Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), menerusi anak syarikat milik penuhnya, Pulau Memutik Ventures Sdn Bhd (PMV), membeli Prince Court Medical Centre (PCMC) di Kuala Lumpur daripada Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
PMV menandatangani perjanjian jual beli saham dengan unit Petronas, Petronas Hartabina Sdn Bhd, bagi membeli 100 peratus kepentingan ekuiti syarikat berkenaan, kata dana pelaburan strategik negara itu dalam satu kenyataan.
Di bawah terma perjanjian itu, Khazanah akan membeli PCMC pada "harga yang dipersetujui setanding dengan penilaian pasaran" dibayar apabila transaksi itu dilengkapkan, yang mana dijangka menjelang akhir suku kedua 2018.
"Kami sangat gembira dengan peluang yang jarang berlaku ini untuk membeli PCMC.
"Kami melabur dalam Pantai Holdings Bhd pada 2006 dan mentransformasi platform ini menjadi apa yang dikenali sekarang sebagai IHH Healthcare Bhd, pengendali hospital yang disenarai dalam pasaran baru muncul terbesar dengan lebih 10,000 katil di 10 negara," kata Pengarah Urusan Khazanah, Tan Sri Azman Mokhtar.
Khazanah, melalui PMV memiliki 40.91 peratus saham dalam IHH Healthcare.
Azman berkata, Khazanah menyasarkan untuk meningkatkan PCMC menjadi hospital terkemuka yang menyediakan perkhidmatan kesihatan bertaraf dunia untuk pelancong perubatan.
Sejajar dengan tandatangan perjanjian jual beli itu, Khazanah juga mengadakan dokumen (term sheet) untuk perjanjian kerjasama dengan IHH Healthcare hari ini bagi berkongsi perkhidmatan sokongan dan inisiatif peningkatan operasi di PCMC.
Menurut Khazanah, IHH Healthcare akan diberikan hak terhadap tawaran pertama bagi membeli PCMC sewaktu tempoh pra dipersetujui.
Dalam kenyataan berasingan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, berkata syarikat minyak kebangsaan itu percaya PCMC sudah bersedia untuk fasa seterusnya pertumbuhannya dan transaksi itu akan meletakkan hospital berkenaan pada kedudukan untuk merealisasikan aspirasinya menjadi penyedia penjagaan kesihatan terkemuka di Asia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 22 2018

Khazanah, melalui PMV memiliki 40.91 peratus saham dalam IHH Healthcare. - Foto Facebook/@PrinceCourtMC

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

NGO misi flotila Gaza 2010 umum lancar armada baharu
Misi kali ini adalah untuk memecahkan kepungan di Gaza, wujudkan gencatan senjata dan menyampaikan bantuan kemanusiaan.

Bursa Malaysia naik hampir paras tertinggi tiga bulan, didorong IHH
Bursa Malaysia ditutup menghampiri paras tertinggi dalam tempoh tiga bulan pada Jumaat.

Saham Hartalega, Top Glove meningkat susulan WHO isytihar COVID-19 sebagai pandemik
Saham syarikat pembuat sarung tangan getah, Hartalega Holdings Bhd dan Top Glove Corporation Bhd diniagakan tinggi hari ini.

Khazanah rugi jual 'pakaian dalam': Ini nota selamat tinggal Azman Mokhtar
Dalam satu nota terakhir Tan Sri Azman Mokhtar, beliau menjelaskan status kerugian pelaburan Khazanah berjumlah RM80 juta syarikat pakaian dalam Zivame.

Khazanah beli Prince Court daripada Petronas
Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), menerusi anak syarikat milik penuhnya, Pulau Memutik Ventures Sdn Bhd (PMV), membeli Prince Court Medical Centre (PCMC) di Kuala Lumpur daripada Petronas