Pemegang saham utama PLUS Malaysia Bhd, Khazanah Nasional Bhd menegaskan tidak berminat untuk menjual aset strategik itu kepada mana-mana pihak.
Pengarah Urusannya Datuk Shahril Ridza Redzuan berkata setakat ini, pihaknya menolak kesemua tawaran yang diterima daripada entiti swasta asing, mahu pun tempatan.
"Banyak tawaran yang kami terima daripada pelbagai pihak. Namun, jawapan kami kepada mereka sangat mudah. Kami tidak berminat untuk menjual," katanya dalam temu bual dengan TV3 yang disiarkan pada Sabtu.
Menurutnya pihak terbabit turut berhasrat membeli PLUS pada harga jauh lebih rendah daripada nilai sebenar, selain mahu membayar harga substandard kepada Khazanah dan menggunakan perbezaan harga pembayaran dan nilai sebenar sebagai diskaun tol kepada rakyat.
"Kalau nak beli (sebarang aset) daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau Khazanah, anda perlu menawarkan harga pasaran yang lebih wajar. Selepas itu kalau nak beri diskaun.... itu daripada keuntungan anda, bukan daripada kami,"katanya.
Khazanah memiliki 51 peratus kepentingan dalam PLUS manakala bakinya dimiliki KWSP susulan pengambilalihan pada 2011 dengan nilai transaksi RM32 bilion.
Beliau berkata sebagai cabang pelaburan kerajaan, Khazanah akan memastikan bahawa aset strategik seperti PLUS tidak dijual kepada pihak atau individu yang berkemungkinan mahu meraih keuntungan semata-mata, tanpa mengambil kira kepentingan rakyat.
"Kalau PLUS menerima keuntungan, keuntungan PLUS kembali kepada kerajaan melalui Khazanah atau kepada rakyat melalui KWSP.
"Jadi, jika anda membenarkan pihak swasta mengambil alih PLUS dan pihak tersebut meraih keuntungan yang tinggi, rakyat tidak akan gembira," kata Shahril Ridza.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 05 2019

Shahril Ridza berkata, Khazanah akan memastikan PLUS tidak dijual kepada pihak atau individu yang berkemungkinan mahu meraih keuntungan semata-mata. --fotoBERNAMA/Fail
Pantau Agenda Reformasi: Menambah baik pengurusan kewangan universiti awam
Susulan pendedahan Laporan Ketua Audit Negara mengenai tiga universiti awam yang mencatat kerugian selama tiga tahun berturut-turut, kami membincangkan bagaimana institusi pengajian tinggi boleh menambah baik pengurusan kewangan yang melibatkan wang rakyat.
Perdagangan sempadan Thailand meningkat
Perdagangan sempadan dan transit Thailand bernilai 145 bilion baht pada Januari, meningkat 2.7 peratus.

Lisa Blackpink artis K-pop pertama buat persembahan di Oscars
Lisa daripada kumpulan Blackpink mencipta sejarah sebagai artis K-pop pertama membuat persembahan di Anugerah Akademi (Oscars).
Keseimbangan perlu dicapai demi melindungi PMKS
Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Indonesia, Dyah Roro Esti Widya Putri, banyak negara anggota ASEAN masih mempunyai bilangan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang tinggi, yang mudah terjejas sekiranya pasaran serantau dibuka sepenuhnya.
ASEAN capai pertumbuhan tertinggi dalam tempoh tujuh bulan
Menurut firma penyelidikan S&P Global, prestasi positif itu didorong oleh pengeluaran yang lebih kukuh dan pantas, di samping peningkatan ketara dalam pesanan baharu.
ASEAN mesti cakna dengan keperluan setiap negara anggota
Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Indonesia, Dyah Roro Esti Widya Putri, setiap negara ASEAN mempunyai status kemajuan berbeza apabila berbincang mengenai teknologi.

Bekas pemandu bas sekolah gagal semak semula hukuman liwat
Panel hakim memutuskan tiada merit dalam permohonan semakan dan Kassim gagal menunjukkan kecuaian ketara oleh peguamnya sebelum ini.
Seorang lemas, lebih 500 penduduk berpindah
Hujan lebat sejak malam Ahad menyebabkan Sungai Cimanceuri melimpah sehingga beberapa kawasan di Bogor, Jawa Barat, dilanda banjir.
Permohonan permit rentas sempadan kenderaan barangan dibuka
Menurut Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), ia membenarkan pengendali berlesen yang layak menjalankan operasi rentas sempadan melibatkan pergerakan kenderaan barangan merentasi sempadan dua negara anggota ASEAN yang bersebelahan.
Perbezaan prioriti negara anggota tidak jadi penghalang
Timbalan Menteri Perdagangan Indonesia, Dyah Roro Esti Widya Putri berkata, ASEAN akan terus menyelesaikan setiap isu melalui prinsip ASEAN Centrality, yang bermakna semua perkara akan dibincang secara terbuka dan sama rata, dan persetujuan perlu dicapai sebelum sebarang tindakan diambil.

Khazanah tidak berminat jual PLUS - Shahril Ridza
Pengarah Urusannya Datuk Shahril Ridza Redzuan berkata setakat ini, pihaknya menolak kesemua tawaran yang diterima daripada entiti swasta asing, mahu pun tempatan.