KUALA LUMPUR: Kilang baharu FamilyMart Malaysia dengan jumlah pelaburan kira-kira RM100 juta akan siap menjelang suku pertama 2022. sekali gus membolehkan pengusaha kedai serbaneka itu membekalkan lebih banyak stok kepada kedai runcitnya.
Pengarah Eksekutif QL Resources Bhd Chia Lik Khai berkata kilang baharu itu terletak berhampiran dengan kilang sedia adanya di Shah Alam, Selangor.
"Saya percaya ia akan mewujudkan ratusan peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia kerana ia memerlukan kumpulan pekerja yang besar untuk bekerja di kilang. Apa yang membezakan kami ialah FamilyMart akan mengambil warga tempatan," katanya pada sambutan ulang tahun kelima dengan pengenalan konsep baharu 'Food Superstore'.
QL Resources ialah pemegang francais utama/induk kedai serbaneka FamilyMart di Malaysia.
Kedai berkonsepkan 'Food Superstore' pertama terletak di Sri Petaling dan Bandar Puteri Puchong.
Beliau berkata kedai dengan konsep baharu itu memenuhi komitmen FamilyMart untuk menjadikan kehidupan pengguna moden lebih mudah dan lebih baik melalui produk, perkhidmatan dan kemudahan yang memenuhi keperluan harian mereka.
Selain itu, Chia berkata syarikat turut merancang membuka sehingga 20 kedai konsep dinaik taraf menjelang akhir 2021.
Beliau berkata, pada kebiasaannya setiap tahun, FamilyMart akan membuka 80 hingga 200 kedai baharu bergantung kepada keadaan pasaran.
"Tetapi sekarang ia tertakluk kepada bagaimana situasi pandemik. Di bawah kedai runcit, kami sebenarnya akan mewujudkan peluang pekerjaan sekitar lapan hingga 10 pekerja untuk setiap kedai yang dibuka bergantung pada saiz kedai," katanya sambil menjelaskan syarikat itu menyasar untuk mencapai 1,000 kedai dalam tempoh 10 tahun sejak pelancaran pertamanya pada 2016.
Setakat ini, FamilyMart telah membuka lebih 250 kedai di seluruh negara.
Mengenai kenaikan harga komoditi di seluruh dunia, Chia berkata seperti mana-mana pengeluar makanan, FamilyMart tidak terkecuali daripada gangguan rantaian bekalan.
Beliau berkata syarikat itu akan cuba sedaya upaya untuk mengatasi keadaan dalam jangka pendek dan tidak bercadang untuk menaikkan harga produknya pada masa ini.
"Tetapi jika harga produk terus meningkat, lambat laun kami perlu melaraskannya dalam jangka panjang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 09 2021
Syarikat itu turut merancang membuka sehingga 20 kedai konsep dinaik taraf menjelang akhir 2021.- Foto FamilyMart Malaysia
Masa depan sistem kesihatan Malaysia: Dari polisi ke transformasi
Kesihatan bukan sekadar rawatan, ia tentang inovasi, polisi yang kukuh, dan akses untuk semua. Future Healthcare Asia 2025 akan menghubungkan pemimpin kesihatan untuk membincangkan cabaran terbesar dalam sektor ini, daripada kekurangan tenaga kerja hingga kepada integrasi teknologi dalam sistem perubatan. Sertai perbincangan untuk mengetahui lebih lanjut bersama Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Galen Centre for Health and Social Policy, Azrul Mohd Khalib.
Grab dan GoTo percepat perbincangan penggabungan bagi atasi kerugian
Grab Holdings Ltd dan GoTo Group mempercepatkan perbincangan penggabungan dan mensasarkan untuk memeterai perjanjian tahun ini juga, bagi mengatasi kerugian yang berlarutan dalam pasaran Internet yang sangat sengit di Asia Tenggara.
Agong jalani rawatan di luar negara - Istana Negara
Istana Negara memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.
Malaysia Berpotensi Jadi Hab Semikonduktor Global
Menurut Pengarah & Penganalisis, Research Institute for Indonesia, Thailand and Singapore (ITS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Md Shukri Shuib.. ini kerana industri semikonduktor di negara ini berjaya menunjukkan kemajuan yang pesat sehingga mampu mengatasi negara Taiwan.
Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 8 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.4230/4375 berbanding dolar AS daripada 4.4320/4385 semasa ditutup pada Khamis.
Permohonan UPU sesi 2025/2026 dibuka 10 Feb - KPT
Permohonan kemasukan pelajar bagi Sesi Akademik 2025/2026 melalui UPUOnline dibuka mulai 10 Februari hingga 14 Mac 2025 untuk Fasa Pertama.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [7 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong
- KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina
- Polis Indonesia sahkan pempengaruh Malaysia buat cerita palsu
- Jurutera dipercayai maut dalam nahas helikopter di Jalan Lama KL - Bentong
- KPM sasar lima tahun laksana sekolah satu sesi seluruh negara - Fadhlina
- Polis Indonesia sahkan pempengaruh Malaysia buat cerita palsu
NCAA larang wanita transgender sertai acara sukan sehari selepas perintah eksekutif Trump
"Seorang atlet pelajar yang ditetapkan sebagai lelaki semasa lahir tidak dibenarkan bertanding dalam pasukan wanita."
Piala EFL: Pesona Salah bawa Liverpool ke final
Pasukan bimbingan Ange Postecoglou tidak dapat mengekang The Reds untuk ke final dengan kelebihan agregat 4-1.
[KOLUMNIS] Perjuangan tanpa henti Malaysia bela nasib Palestin, bangunkan semula Gaza
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memainkan peranan penting dalam memperjuangkan Palestin di peringkat global.
FamilyMart Malaysia henti jual minuman alkohol di 360 kedainya sejak Mac
FamilyMart Malaysia telah menghentikan penjualan minuman alkohol di semua 360 kedainya bagi memberikan keyakinan tambahan kepada para pelanggannya.
Kilang FamilyMart Malaysia siap menjelang suku pertama 2022
Kilang baharu FamilyMart Malaysia dengan jumlah pelaburan kira-kira RM100 juta akan siap menjelang suku pertama 2022.