Kongres India Muslim Malaysia (Kimma) dengan kerjasama Yayasan Kemajuan Islam Nasional (Yakin) merancang untuk membuka 400 Halal Mart di seluruh negara secara berperingkat dalam tempoh lima tahun bermula tahun ini.
Presiden Kimma Datuk Seri Syed Ibrahim Kader berkata setakat ini sebanyak tiga Halal Mart telah dibuka di Selangor masing-masing satu di Bangi dan dua di Kajang kira-kira dua minggu lepas.
Beliau berkata Halal Mart berkenaan akan memasarkan pelbagai produk dan barangan Halal keluaran Bumiputera yang dijual pada harga murah.
"Kita menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat di Selangor apabila tiga Halal Mart yang baharu ini dibuka dan pada tahun ini sahaja kita sasar untuk buka 70 premis Halal Mart di Melaka, Negeri Sembilan dan Johor secara berperingkat.
"Semua barangan yang dijual akan dibekalkan Yakin Konsortium kepada semua cawangan yang ada bagi memastikan produk atau barangan yang dijual menepati kualiti yang telah ditetapkan," katanya kepada Majlis Makan Malam Kimma Bersama Pemimpin di sini, malam tadi.
Mengulas lanjut, Syed Ibrahim berkata, golongan belia berusia 40 tahun ke bawah di negara ini terutamanya Bumiputera dan India Muslim digalakkan untuk memohon dana berjumlah kira-kira RM350,000 melalui Majlis Amanah Rakyat dan Pemodalan Usahawan Nasional Berhad untuk membuka francais kedai berkenaan.
Kimma dan Yakin, katanya, akan memantau perkembangan setiap usahawan yang melibatkan diri dalam pembukaan francais berkenaan sehingga berjaya.
Beliau berkata sebuah gudang jualan produk Bumiputera dan Halal juga telah dibuka di Kajang untuk bekalan kepada peniaga pada harga yang murah.
Menurutnya pembukaan Halal Mart dan gudang berkenaan bertujuan meringankan beban rakyat untuk mendapatkan barangan dan keperluan harian pada harga yang berpatutan serta membuka peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan terutamanya golongan Bumiputera.
Bernama
Sun Feb 28 2016

SYED IBRAHIM: Halal Mart akan memasarkan pelbagai produk dan barangan Halal keluaran Bumiputera yang dijual pada harga murah. - Gambar Fail
Nilai wang, aset ditemukan belum dalam didedahkan - SPRM
Siasatan terhadap empat bekas pegawai kanan kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang ditahan reman pada Jumaat kerana disyaki terlibat dalam rasuah, masih di peringkat awal.
Ketua Balai, Koperal ditahan kes curi RM300,000
Seorang Ketua Balai Polis berpangkat Inspektor dan anggotanhya berpangkat Koperal ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes curi melibatkan nilai RM300,000.
Kerugian anak syarikat agensi kerajaan tak boleh biar berterusan - MCW
Pemerhati Rasuah Malaysia berpandangan mana-mana individu yang didapati bertanggungjawab atas kerugian berulang ini perlu dikenakan tindakan undang-undang, termasuk siasatan terhadap kemungkinan unsur penyelewengan dan salah guna kuasa.
Prasarana tubuh jawatankuasa siasat insiden OKU maut digilis tren
Prasarana Malaysia Berhad dalam kenyataannya memaklumkan hasil laporan itu akan dibentangkan kepada Kementerian Pengangkutan dan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 24 Februari 2025.
Tumpuan Selasa – 25 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (24 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Roberta Flack, penyanyi lagu 'Killing Me Softly With His Song', meninggal dunia
Penyanyi bertaraf legenda itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 88 tahun.

Imigresen serbu 12 kilang proses e-waste haram, tahan 420 pendatang tanpa izin
Kesemua tangkapan di Jalan Buloh Kasap itu dibawa ke Depot Imigresen Machap Umboo, Melaka dan Depot Imigresen Pekan Nanas, Pontian untuk siasatan lanjut.

Kimma rancang buka 400 Halal Mart dalam tempoh lima tahun
Presiden Kimma Datuk Seri Syed Ibrahim Kader berkata setakat ini sebanyak tiga Halal Mart telah dibuka di Selangor masing-masing satu di Bangi dan dua di Kajang.