KUALA LUMPUR: Malaysia tidak perlu menunggu hingga sampai ke tahap ‘sempurna’, seperti mana yang dicapai England pada abad ke-19 sebelum memulakan proses ‘takeoff’, satu terma ekonomi bagi menggambarkan perubahan radikal terhadap sumbernya untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan.
Pakar ekonomi terkemuka dunia, Profesor Stefan Dercon berkata, berdasarkan pemerhatiannya terhadap negara yang dianggap mempunyai tahap kemampanan ekonomi yang baik seperti China, Indonesia dan Bangladesh, negara-negara tersebut mampu membangun dalam suasana yang tidak sempurna.
Sewaktu berucap di Khazanah Megatrends Forum di ibu negara pada Isnin, Dercon berkata, pemerhatian beliau sebagai seorang penganalisis mendapati, demokrasi juga bukan sistem yang paling sempurna, kerana terdapat negara-negara autokrasi yang turut mencapai pertumbuhan seperti mana negara-negara lain.
“Namun terdapat satu perbezaan, iaitu pemboleh ubah dalam negara autokrasi lebih meluas, atau saya cuba katakan begini, salah satu negara yang mempunyai prestasi terbaik adalah negara autokrasi, tetapi salah satu yang terburuk juga negara autokrasi seperti Republik Kongo.
“Jadi sesuatu yang kita boleh katakan di sini, ia tidak semestinya berkaitan dengan pertumbuhan purata, tetapi sesuatu mengenai hamparan atau sebaran ekonomi. Ia adalah sesuatu mengenai konsep tersebut.
“Tetapi sekali lagi saya menegaskan, anda tidak perlu menunggu kesempurnaan, atau model politik yang sempit, sebagai salah satu cara untuk mencapai kejayaan. Tetapi ia perlu mempunyai kepelbagaian dari mana ia datang, dan ini boleh terus berkembang,” katanya lagi.
Dercon merupakan profesor polisi ekonomi di Blavatnik School of Government and Economics Department di University Oxford, dan juga Pengarah di Centre for the Study of African Economies, selain pernah menulis beberapa buku termasuk yang terbaharu – ‘Gambling on Development: Why some countries win and other lose’.
Dalam pada itu Dercon menegaskan, tiada insentif pelaburan yang berkesan sepenuhnya dalam kestabilan makroekonomi keseluruhan, sebaliknya kerajaan harus berpegang kepada polisi berorientasikan luaran.
“Anda perlu berorientasikan keluar dengan secukupnya, anda tahu, mengambil beberapa situasi di dunia memberikan anda pengetahuan, berorientasikan luaran dan cuba bersaing dengannya. Dan kemudian anda perlu melakukan perkara yang wajar dalam infrastruktur kesihatan dan pendidikan.
“Persoalannya mengapa sesetengah negara memilih dasar yang tidak munasabah daripada set dasar munasabah yang luas, atau mengapa kadang-kadang sangat sukar untuk benar-benar membuat pembetulan, untuk menjadikannya lebih munasabah apabila ia dilihat tidak wajar?” soalnya kembali.
Firdaus Azil
Mon Oct 02 2023

Dercon menegaskan, tiada insentif pelaburan yang berkesan sepenuhnya dalam kestabilan makroekonomi keseluruhan, sebaliknya kerajaan harus berpegang kepada polisi berorientasikan luaran. - Gambar fail

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Amaran hujan berterusan tahap waspada beberapa kawasan di Sabah - MetMalaysia
Kawasan terlibat termasuk Ranau dan Kota Belud, Sanadakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran serta Kudat.
AWANI Ringkas: PM tegur pihak 'riuh-rendah' isu remeh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Angka kematian rakyat Palestin meningkat kepada hampir 50,000
Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel di Gaza sejak Oktober 2023 telah meningkat kepada 48,329, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berpangkalan di Gaza pada hari Sabtu.
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Kerajaan tak campur urusan badan penguat kuasa ambil tindakan - PM Anwar
Anwar menjelaskan beliau dan barisan Kabinet tidak mencampuri urusan tindakan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas masing-masing.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.

KMF 2023: Nilai semula sistem 'patronage', ganjaran kepada penyokong parti politik
Amalan memberi konsesi atau kontrak kepada kumpulan yang terpilih, bukan sesuatu sistem ekonomi yang inklusif dan sofistikated.

KMF 2023: Contohi negara capai pertumbuhan mampan dalam keadaan serba kekurangan - Pakar ekonomi
Malaysia tidak sampai ke tahap sempurna, seperti mana yang dicapai England pada abad ke-19 sebelum memulakan proses takeoff'