KUALA LUMPUR: Malaysia perlu melihat kembali ekonomi berdasarkan sistem naungan (patronage system) - amalan pemberian ganjaran seperti kerja atau tender kerajaan kepada penyokong parti -yang dilihat semakin hari semakin tinggi kosnya, dan menghalang kemajuan ekonomi negara.
Pakar ekonomi terkemuka dunia, Profesor Stefan Dercon berpandangan, amalan ini mungkin berkesan sewaktu awal 1960-an, dimana sistem politik pada zaman itu memerlukannya untuk ekonomi terus berkembang dan mewujudkan kestabilan.
Namun beliau berkata, amalan seperti memberi konsesi atau kontrak kepada kumpulan yang terpilih, masih dilihat seperti mengagihkan hasil dalam bentuk sewaan, dan ia bukan sesuatu sistem ekonomi yang inklusif dan sofistikated.
“Sistem politik negara ini memerlukan pengwujudan ekonomi berdasarkan naungan, tetapi sebenarnya, ia menjadi semakin mahal. Terdapat kerugian daripada segi kecekapan. Anda mungkin mempunyai syarikat milik kerajaan, syarikat multinasional, tetapi hubungannya tidak begitu kukuh dengan aktiviti berdasarkan eksport.
"Jadi ia tidak begitu mengubah sempadan sebenar sumber modal Malaysia, modal yang tidak begitu bergerak ke arah perdagangan, ia sebaliknya berdasarkan sumber yang boleh dan tidak boleh didagangkan semata-mata,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian sewaktu menyampaikan ucaptamanya di Khazanah Megatrends Forum (KMF) 2023, bertajuk 'Malaysia's Development Bargain: Can it be Renewed and Enhanced?', di ibu negara, pada Sabtu.
Dercon, yang merupakan profesor ekonomi di Blavatnik School of Government and Economics Department, University Oxford, dan juga Pengarah di Centre for the Study of African Economies, selain pernah menulis beberapa buku termasuk yang terbaharu – ‘Gambling on Development: Why some countries win and other lose’.
Dalam pada itu, Dercon berkata, masalah yang timbul daripada sistem ekonomi yang tidak inklusif memberi kesan kepada pengagihan bantuan kepada golongan yang memerlukan.
“Jadi keterangkuman ini, tidak begitu bersasar. Negara ini besar, tetapi hanya satu pertiga pengagihan, contohnya, program bantuan sosial yang sampai ke golongan termiskin hanya sekitar 20 peratus. Boleh dikatakan prestasi sistem pengagihan anda agak buruk. Ketidaksamaan hanya turun dua mata berbanding tempoh sebelumnya, yang saya kira antara terendah di dunia.
“Pengagihan ini antara yang terendah di dunia, yang menunjukkan ketidakcekapan sistem sosial anda. Ia mahal dan sangat-sangat tidak cekap,” katanya lagi.
Dercon berkata, walaupun wujud rundingan atau tawar-menawar dalam pembangunan, tetapi ia harus lebih bersifat inklusif dan lebih bersifat membangun
“Seperti yang saya ucapkan, saya suka bercakap tentang perkara positif, tetapi saya lebih suka cabaran yang saya risau mungkin akan hadir dalam tempoh mendatang, atau tidak.
“Dan jika ia tidak berjaya, atau kumpulan elit ini mengatakan mereka lebih suka status quo seperti yang sedang berlaku sekarang, saya rasa prestasi pertumbuhan akan menurun, masyarakat akan menjadi lebih kurang terangkum.
“Tambahan pula dengan cabaran yang hadir dari geopolitik dan perubahan ekonomi dunia, anda mungkin boleh mencapai negara berpendapatan tinggi, tetapi akan terperangkap dalam apa yang sering disebut sebagai perangkap kelas pertengahan. Dan itu adalah risiko yang besar untuk anda,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Mon Oct 02 2023

Amalan seperti memberi konsesi atau kontrak kepada kumpulan yang terpilih, masih dilihat seperti mengagihkan hasil dalam bentuk sewaan, dan ia bukan sesuatu sistem ekonomi yang inklusif dan sofistikated. - Gambar fail/Bernama
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

EPL: Arsenal kian menjauh daripada kejuaraan
Aksi tidak kemas Arsenal dalam perlawanan kali ini dihukum Jarrod Bowen yang menanduk masuk lintangan Aaron Wan-Bissaka sebelum separuh masa.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

KMF 2023: Nilai semula sistem 'patronage', ganjaran kepada penyokong parti politik
Amalan memberi konsesi atau kontrak kepada kumpulan yang terpilih, bukan sesuatu sistem ekonomi yang inklusif dan sofistikated.

KMF 2023: Contohi negara capai pertumbuhan mampan dalam keadaan serba kekurangan - Pakar ekonomi
Malaysia tidak sampai ke tahap sempurna, seperti mana yang dicapai England pada abad ke-19 sebelum memulakan proses takeoff'