KUALA LUMPUR: Ringgit mungkin diniagakan dalam julat yang sama sekitar RM4.78 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, memandangkan situasi di Asia Barat akan terus dipantau pelabur, kata penganalisis.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sebarang bentuk peningkatan ketegangan akan menyebabkan permintaan yang lebih tinggi terhadap dolar AS.
"Justeru, ringgit dijangka kekal pada paras semasa minggu depan," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata pada masa sama pasaran akan meneliti pengukur inflasi pilihan Rizab Persekutuan AS (Fed) iaitu indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE).
"Nampaknya kenyataan teori mengenai pengurangan kadar faedah semakin hilang daya tarikannya kerana inflasi dijangka kekal tinggi sejajar dengan keadaan pasaran buruh yang stabil," katanya.
Sementara itu, penyelidikan oleh Kenanga Invesment Bank Bhd menjelaskan prospek pertumbuhan yang stabil dan sokongan berterusan pihak berkuasa mungkin membantu mengekalkan ringgit yang stabil.
Secara teknikal, USD/MYR dijangka berubah neutral kepada menurun minggu depan, dengan pasangan mata wang itu mungkin didagangkan hampir purata pergerakan eksponen (EMA) lima hari pada 4.78, tambahnya.
"Unit tempatan boleh mengukuh berbanding dolar AS jika sentimen risiko bertambah baik, dengan sokongan serta-merta pada 4.781," menurutnya.
Pada 15 April, Bank Negara Malaysia (BNM) menyatakan pihaknya bersedia untuk menggunakan instrumen yang ada bagi memastikan pasaran kewangan Malaysia kekal teratur dan terus berfungsi secara cekap dalam keadaan ketegangan geopolitik yang berterusan.
Pada asas Jumaat ke Jumaat, ringgit susut kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7730 minggu lepas.
Unit domestik didagangkan tinggi kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama lain, disokong oleh lantunan teknikal selepas penyusutan tiga hari dan juga didorong oleh sentimen positif susulan unjuran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia yang lebih baik berbanding jangkaan.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang 3.9 peratus pada suku pertama 2024 berdasarkan jangkaan awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding 3.0 peratus pada suku keempat 2023, diterajui sektor perkhidmatan.
Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0947/0978 daripada 3.1098/1133 minggu lepas, dan naik berbanding pound British kepada 5.9533/9589 daripada 5.9562/9624.
Walau bagaimanapun, unit domestik susut berbanding euro kepada 5.0961/1009 daripada 5.0808/0861.
Ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang negara Asean lain kecuali dolar Singapura.
Unit tempatan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.9668/9847 daripada 13.0831/13.1036 pada Jumaat minggu lepas dan tinggi berbanding peso Filipina kepada 8.30/8.31 daripada 8.43/8.44.
Ringgit lebih kukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 293.9/294.4 daripada 300.8/301.3 pada Jumaat minggu lepas namun, rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.5113/5149 daripada 3.5090/5129.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 20 2024

Pada asas Jumaat ke Jumaat, ringgit susut kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7730 minggu lepas. - Gambar hiasan

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Ringgit diunjur pada RM4.45-RM4.55, FBM KLCI pada 1,700-1,840 pada 2025 - Firma penyelidikan
Firma penyelidikan menjangka 2025 akan menjadi satu lagi tahun yang kukuh bagi ringgit dan Bursa Malaysia, dengan ringgit kekal stabil dan Bursa Malaysia mencatatkan pertumbuhan yang menggalakkan.

Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.

Guna kestabilan politik untuk laksana dasar untungkan rakyat - PM
Perdana Menteri berkata kestabilan politik perlu dimanfaat sebagai ruang untuk melaksanakan dasar yang baik untuk rakyat.

Momentum pengukuhan ringgit dijangka berterusan minggu depan
Ringgit dijangka meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan.

Ringgit paling kukuh berbanding dolar AS di Asia - Rafizi
Ringgit adalah satu-satunya mata wang di Asia yang telah mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) setakat ini, dengan pengukuhan sebanyak 2.16 peratus.

Maybank jangka ringgit naik kepada RM4.60 berbanding dolar AS akhir tahun ini
Maybank Research menjangkakan ringgit lebih kukuh akhir tahun ini pada RM4.60 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Ringgit dibuka tinggi didorong prospek penurunan kadar Fed AS
Ringgit diniagakan tinggi pada Isnin berbanding dolar AS berikutan keyakinan baharu mengenai prospek penurunan kadar oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS pada September.

Konflik Asia Barat: Ringgit dijangka kekal sekitar 4.78 berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit mungkin diniagakan dalam julat yang sama sekitar RM4.78 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan, susulan situasi di Asia Barat.

Kerajaan komited pastikan nilai ringgit mengukuh - Amir Hamzah
Kerajaan komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit di tahap yang lebih baik dan mengukuh, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Kerajaan dan BNM telah dan sedang ambil langkah segera perkukuh ringgit - Kementerian Kewangan
Kerajaan dan Bank Negara Malaysia (BNM) telah dan sedang mengambil pelbagai langkah segera untuk memperkukuh nilai ringgit termasuk memastikan pasaran pertukaran asing dalam negara kekal teratur.