PONTIAN: Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) yang akan diadakan pada bulan depan diharap menjadi platform terbaik melahirkan lebih ramai usahawan sekali gus memperkasakan ekonomi golongan Bumiputera.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan berkata sambil mengakui terdapat beberapa kelemahan perlu diperbaiki melibatkan golongan tersebut, KEB berpotensi meningkatkan penguasaan mereka dalam kegiatan ekonomi negara.
Beliau berkata menerusi data ekonomi Bumiputera yang dikeluarkan Forbes tahun lepas termasuk senarai jutawan Malaysia, ia boleh dijadikan sebagai kayu ukur bagi mengenal pasti beberapa langkah yang perlu dilaksanakan menerusi kongres itu.
"Menurut data itu, daripada 50 jutawan yang disenaraikan, hanya terdapat tiga orang Melayu sahaja di dalamnya iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim dan Tan Sri Azman Hashim.
"Apa yang dikesalkan golongan Bumiputera ini merupakan 70.1 peratus penduduk di negara ini, tetapi hanya tiga orang sahaja dalam senarai berkenaaan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sahabat Ar Rahnu Cawangan Pontian di sini hari ini.
Sementara itu, Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya berkata dalam usaha memperkasa ekonomi golongan Bumiputera dicadangkan supaya gerakan menggalakkan lebih 400,000 pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjadikan kerjaya usahawan sebagai pilihan utama wajar dilaksanakan.
"Bukan itu sahaja, lepasan SPM serta ratusan ribu golongan Bumiputera yang merupakan lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), diploma, ijazah serta yang mengambil pengajian Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) perlu melihat bidang usahawan ini sebagai pilihan.
"Perlu jadikan pilihan kerjaya keusahawanan pilihan utama dan nombor satu barulah kita boleh menguasai ekonomi, bukannya membudayakan kerja makan gaji semata-mata," kata Ahli Parlimen Pontian itu.
Menurut beliau Pengerusi Bersama KEB iaitu Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli akan mengumumkan topik perbincangan pada kongres itu nanti.
Pada 5 Jan lepas, Ahmad Zahid dilapor berkata KEB akan diadakan pada 29 Feb hingga 2 Mac ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, sebagai usaha menetapkan hala tuju dan pendekatan baharu agenda Bumiputera.
Ahmad Zahid dipetik sebagai berkata kongres yang dianjurkan atas arahan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kabinet itu akan memberi tumpuan kepada 10 kluster utama, antaranya reformasi pendidikan dan mosal insan, pengukuhan industri halal, ekonomi Bumiputera Sabah dan Sarawak, dan penguasaan teknologi baharu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 13 2024

Ahli Jawatankuasa Induk Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024, Datuk Seri Ahmad Maslan (dua, kiri) yang juga Ahli Parlimen Pontian menurunkan tandatangan pada gimik perasmian Sahabat Ar Rahnu Cawangan Pontian, hari ini. - Foto Bernama

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

KEB: 74 resolusi, 150 program dimuktamadkan hari ini - Ahmad Zahid
Resolusi dan program itu, telah dirangkumkan di bawah Transformasi Ekonomi Bumiputera.

KEB mesra Bumiputera atau hanya wayang - Ahmad Fadhli
Pas mempersoalkan hala tuju Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) Madani yang dilaksana Kerajaan Perpaduan sama ada mesra Bumiputera atau hanya sekadar wayang.

Kejayaan Bumiputera penting untuk kejayaan Malaysia Madani - Nga
Nga Kor Ming berkata kejayaan masyarakat Bumiputera penting untuk menjayakan aspirasi Malaysia Madani yang inklusif merangkumi semua kaum.

Kerajaan peruntuk dana RM1 bilion lahir generasi baharu usahawan Bumiputera - PM Anwar
Kerajaan akan memperuntukkan dana berjumlah RM1 bilion bagi melahirkan generasi baharu usahawan bumiputera dalam bidang pertumbuhan tinggi.

Golongan pertengahan Bumiputera digesa main peranan pencipta nilai - Rafizi
Golongan pertengahan Bumiputera digesa agar mengubah peranan mereka daripada sebagai penambah nilai kepada pencipta nilai bagi membantu meningkatkan ekonomi negara.

Ramli cadang buka kuota Orang Asli masuk ke MRSM, SBP
Kerajaan dicadang membuka sekurang-kurangnya lima peratus kuota kemasukan pelajar Orang Asli ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

PM Anwar harap KEB 2024 cetus anjakan usaha perkasa agenda ekonomi Bumiputera
KEB 2024 juga diharap dapat menjadi platform bagi merancang hala tuju dalam pembangunan ekonomi Bumiputera.

PM luang masa tinjau perjalanan KEB 2024
Perdana Menteri meluangkan masa meninjau perjalanan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 yang bermula hari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

KEB untuk nilai transformasi ekonomi bumiputera, bukan ganti DEB - Mohamad Hasan
Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 bertujuan menilai semula transformasi ekonomi bumiputera dan bukannya untuk menggantikan Dasar Ekonomi Baru.

KEB 2024: “Jangan biarkan ‘Ali Baba’ terus manipulasi ekonomi Bumiputera” - Ahmad Zahid
'Ali dan Baba' tidak seharusnya dibenarkan memanipulasi peluang dan mengambil jalan mudah mengaut keuntungan, tegas Ahmad Zahid.