KUALA LUMPUR: Konsortium diterajui Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengesahkan tiada sebarang rancangan memberhentikan pekerja susulan langkah menjadikan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) syarikat persendirian dan hak sedia ada kakitangan akan terus dilindungi.
Menerusi satu kenyataan bersama oleh pemegang saham Gateway Development Alliance pada Rabu, Konsortium komited bekerjasama dengan pengurusan MAHB dan kakitangan syarikat dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif dirancang.
‘’Konsortium yakin pelaksanaan inisiatif-inisiatif ini akan menyokong usaha MAHB untuk menjadi pengendali lapangan terbang bertaraf dunia.
‘’Konsortium juga mengesahkan bahawa tidak ada sebarang rancangan untuk memberhentikan pekerja berikutan daripada Tawaran ini dan hak sedia ada kakitangan MAHB akan terus dilindungi,’’ kata kenyataan itu, pada Rabu.
Pada masa sama, tiada perubahan akan dibuat ke atas kadar caj perkhidmatan penumpang yang diumumkan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) pada 12 Mac 2024.
‘’Konsortium komited untuk terus menguruskan operasi lapangan terbang MAHB dan meningkatkan tahap perkhidmatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gökçen di Istanbul, Türkiye.
‘’Tawaran rasmi ke atas MAHB adalah tertakluk kepada beberapa pra-syarat tertentu dan apabila dilaksanakan, akan tertakluk kepada pemilikan sekurang-kurangnya 90 peratus modal saham diterbitkan MAHB Konsortium,’’ tambahnya.
BACA: Konsortium diterajui Khazanah, KWSP umum tawaran bersyarat bagi MAHB
Konsortium turut berkata, seandainya syarat-syarat ini dipenuhi, saham MAHB dijangka akan dinyahsenaraikan daripada Bursa Malaysia apabila tawaran ini selesai, yang dijangka akan berlaku dalam suku keempat tahun ini.
‘’Harga Tawaran sebanyak RM11 ini mencerminkan nilai ekuiti berjumlah RM18.4 bilion, yang menandakan nisbah harga kepada pendapatan sebanyak 37.7x bagi pendapatan setiap saham yang dikonsolidasikan yang diaudit MAHB bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023, ujar Konsortium.
Tawaran ini juga mewakili premium pada kadar 15.2 peratus berbanding harga purata berwajaran volum bagi tempoh tiga bulan terakhir (3-Month VWAP) sebanyak RM9.55 setiap saham dan merupakan peningkatan sejak awal tahun (YTD) sebanyak 49.5 peratus.
‘’Ia berdasarkan harga penutup RM7.36 setiap saham pada 29 Disember 2023, berbanding 10.4 peratus prestasi YTD indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI sehingga tarikh terakhir sebelum Tawaran ini diumumkan,’’ tambahnya lagi.
Ujarnya, sekiranya, sama ada pada atau selepas tarikh pengumuman ini dan sebelum tawaran ini diselesaikan, terdapat sebarang dividen, pengagihan atau pulangan nilai lain diumumkan, dibuat atau dibayar oleh MAHB, harga Tawaran ini akan dikurangkan sewajarnya.
Sekiranya berdepan situasi sedemikian, para pemegang saham MAHB berhak menyimpan sebarang dividen, pengagihan atau sebarang pulangan nilai yang telah diumumkan, dibuat atau dibayar.
Astro Awani
Wed May 15 2024

Menerusi satu kenyataan bersama oleh pemegang saham Gateway Development Alliance pada Rabu, Konsortium komited bekerjasama dengan pengurusan MAHB dan kakitangan syarikat dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif dirancang. - Gambar fail
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Khazanah Nasional berada di landasan tepat
Selepas 32 tahun, Khazanah telah menunjukkan kecemerlangan untuk muncul sebagai dana kekayaan negara terbaik dengan pulangan sebanyak 24.6 peratus.

2025 bukan tahun yang mudah - Khazanah
Khazanah Nasional menjangka tahun 2025 sebagai tahun mencabar dengan ketidaktentuan global dan kadar faedah tinggi, namun pelaburan jangka panjang dan inovasi akan menjadi tumpuan.

Vivy Yusof, suami didakwa atas pertuduhan pilihan salah guna dana Khazanah, PNB
Vivy dan Fadzarudin mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara bersama.

Saham MAHB naik selepas dagangan dihentikan susulan laporan ambil alih
Setakat jam 10.11 pagi ini, saham MAHB menokok enam sen kepada RM10.96 daripada RM10.90 pada akhir dagangan Jumaat lepas.

Khazanah peruntuk RM200 juta untuk latih 11,000 belia melalui K-Youth
Khazanah peruntuk RM200 juta bagi Program Pembangunan Belia Khazanah (K-Youth) tahun ini bertujuan melatih dan membangunkan 11,000 belia Malaysia dalam sektor utama.

KRI gesa takrifkan semula B40, M40, T20 untuk tangani isu kerentanan ekonomi
Pengelasan pendapatan B40, M40, dan T20 tidak mencerminkan realiti ekonomi isi rumah di Malaysia. Hanya T30 menunjukkan corak perbelanjaan kelas pertengahan.

Penswastaan MAHB tidak jejas keselamatan negara - PM
Kerajaan menegaskan tidak akan berkompromi dalam isu keselamatan, walaupun selepas pengambilalihan dan penswastaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dimuktamadkan.

Isu FashionValet: GLIC, Khazanah, PNB tambah baik tatakelola proses penilaian pelaburan - Menteri
GLIC termasuk Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan terus melaksanakan penambahbaikan tatakelola dari segi proses penilaian pelaburan dan pemantauan berterusan.

Aliran tunai FashionValet, SPRM rakam percakapan empat lagi individu
SPRM akan merakam percakapan empat lagi individu dalam menjalankan siasatan berhubung aliran tunai yang diterima pengasas FashionValet.

Khazanah, PNB akui pelaburan tidak selari dengan unjuran pulangan FashionValet - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata, isu FashionValet tidak akan menjejaskan keinginan Khazanah untuk terus melabur dalam syarikat pemula.