KUALA LUMPUR: Indeks Kos Bahan Binaan Bangunan (IKB) tanpa dan termasuk bar keluli bagi semua kategori bangunan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak pada Julai 2022 telah meningkat antara 0.3-24.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), bagi tempoh tersebut, indeks kos binaan di Semenanjung Malaysia meningkat 5.5-18.8 peratus, Sabah (0.3-15.5 peratus) manakala Sarawak (5.6-24.4 peratus).
Perbandingan bagi tempoh Julai 2021 dan Julai 2022 menunjukkan IKB dengan bar keluli meningkat bagi semua kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
"Kategori bangunan yang merekodkan peningkatan tertinggi di Semenanjung Malaysia ialah bangunan (konkrit bertetulang) lima tingkat dan lebih (untuk pejabat) di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan.
"Selain itu, kategori bangunan yang merekodkan peningkatan tertinggi di Sabah dan Sarawak ialah cerucuk (konkrit bertetulang) di Sandakan dan Miri," katanya dalam Penerbitan Indeks Kerja-kerja Pembinaan Bangunan dan Struktur Julai 2022 yang dikeluarkan hari ini.
Menurut DOSM, IKB tanpa bar keluli meningkat di antara 5.5 peratus dan 14.1 peratus untuk semua kategori bangunan di Semenanjung Malaysia.
Kategori bangunan yang merekodkan peningkatan tertinggi di Semenanjung Malaysia adalah bangunan (konkrit bertetulang) lima tingkat dan lebih (untuk pejabat) di Pahang, diikuti oleh cerucuk konkrit bertetulang di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
Selain itu, kategori bangunan dengan peningkatan tertinggi di Sabah ialah kerangka besi 1 Tingkat (menara sahaja) di Sandakan manakala di Sarawak adalah kerangka besi satu tingkat (bangunan) di Miri, katanya.
Dalam pada itu, indeks harga seunit bahan binaan turut meningkat 5.3 peratus hingga 15.5 peratus bagi Julai 2022 berbanding setahun lepas.
"Indeks harga bagi seunit besi dan keratan keluli serta logam telah meningkat masing-masing 15.8 peratus dan 13.5 peratus bagi tempoh tersebut," katanya.
Menurut DOSM, perbandingan bulanan mengikut bahan binaan dan kawasan terpilih menunjukkan penurunan indeks harga seunit bagi besi untuk semua kawasan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak kecuali di Miri (1.3 peratus) dan Sibu (1.4 peratus).
Penurunan indeks harga seunit bagi keratan keluli dan logam antara 0.2 peratus hingga 3.4 peratus bagi semua kawasan kecuali bagi Pahang, Kota Kinabalu dan Sibu.
"Purata harga seunit besi yang terdiri daripada bar bulat keluli lembut dan bar jenis mycon 60 'high tensile deformed' meningkat 12.9 peratus dengan harga purata RM3,879.48 bagi setiap tan berbanding tahun sebelumnya (Julai 2021: RM3,435.24 satu tan).
"Simen pula mencatatkan peningkatan sebanyak 11.7 peratus pada Julai 2022 pada RM20.99 bagi setiap 50 kilogram berbanding RM18.89 bagi setiap 50 kilogram pada Julai 2021. Namun begitu, peningkatan harga bagi kedua-dua bahan ini adalah lebih perlahan berbanding pada Jun 2022," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 10 2022
![Kos bahan binaan bangunan tanpa dan termasuk bar keluli naik 0.3-24.2 peratus Kos bahan binaan bangunan tanpa dan termasuk bar keluli naik 0.3-24.2 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660114122_TBkosbinaan.jpg)
Indeks kos binaan di Semenanjung Malaysia meningkat 5.5-18.8 peratus, Sabah (0.3-15.5 peratus) manakala Sarawak (5.6-24.4 peratus). - Gambar hiasan
Presiden Iran sahkan tidak bangunkan senjata nuklear
Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, menegaskan Iran tidak mengejar senjata nuklear dan proses pengesahan adalah mudah. Kenyataannya dibuat selepas Donald Trump nyatakan hasrat perjanjian damai nuklear.
![Belanda larang penjawat awam guna DeepSeek Belanda larang penjawat awam guna DeepSeek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738881141_TBDeepseek.jpg)
Belanda larang penjawat awam guna DeepSeek
Larangan itu dikenakan oleh Setiausaha Negara bagi Hubungan Kerajaan dan Digitalisasi, Zsolt Szabo, atas alasan kemungkinan aktiviti perisikan.
Marcelo umum bersara daripada bola sepak
Bekas bintang Real Madrid, Marcelo, pada Khamis mengumumkan persaraannya daripada bola sepak.
Menerusi akaun media sosialnya, beliau mengucapkan terima kasih dan berkata masih banyak untuk disumbangkan kepada bola sepak.
Menerusi akaun media sosialnya, beliau mengucapkan terima kasih dan berkata masih banyak untuk disumbangkan kepada bola sepak.
UNRWA berdepan ancaman kewujudan selepas larangan Israel
UNRWA terus beroperasi di Gaza meskipun diharamkan oleh Israel. Pesuruhjaya Philippe Lazzarini menegaskan agensi itu kekal memberi bantuan kepada pelarian Palestin walaupun berdepan tekanan global.
Resipi radikalisme: jordan angkat bendera amaran terhadap pelan trump
Rancangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, untuk memindahkan penduduk Palestin dari Gaza ke Jordan dianggap sebagai ancaman besar yang berpotensi mencetuskan radikalisme dan kekacauan di seluruh Asia Barat.
WHO: krisis kesihatan Gaza kritikal, kemudahan perubatan terhad
WHO mendedahkan sistem kesihatan Gaza lumpuh dengan hospital dan pusat kesihatan beroperasi sebahagian. Pihaknya gesa pembukaan Rafah diperluas bagi rawatan pesakit di Mesir.
Konflik Gaza: Israel serah Gaza kepada A.S setelah konflik berakhir – Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada Khamis umum bahawa Israel akan menyerahkan Kawasan Gaza kepada Amerika Syarikat setelah konflik berakhir.
![ACC: Tiada wakil Malaysia di separuh akhir selepas KL City tumbang ACC: Tiada wakil Malaysia di separuh akhir selepas KL City tumbang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738880899_TBaseanfootball.jpg)
ACC: Tiada wakil Malaysia di separuh akhir selepas KL City tumbang
Turun dalam aksi wajib menang, Miroslav Kuljanac memilih corak permainan bertahan berbanding tuan rumah yang mempamerkan corak menyerang.
![Israel arah tentera rancang bawa keluar warga Palestin ‘secara sukarela’ dari Gaza Israel arah tentera rancang bawa keluar warga Palestin ‘secara sukarela’ dari Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738879833_IsraelKatz.jpg)
Israel arah tentera rancang bawa keluar warga Palestin ‘secara sukarela’ dari Gaza
Kata Menteri Pertahanan Israel, rakyat Palestin boleh pergi "ke mana-mana negara yang sudi menerima mereka."
![Tiada salahnya idea Trump untuk Amerika ambil alih Gaza, kata Netanyahu Tiada salahnya idea Trump untuk Amerika ambil alih Gaza, kata Netanyahu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738724702_tbDonaldTrumpIsr.jpg)
Tiada salahnya idea Trump untuk Amerika ambil alih Gaza, kata Netanyahu
PM Israel sokong rancangan Presiden Trump dan mengarahkan tentera bersedia untuk proses memindahkan warga Palestin dari Gaza.
![Imigresen Johor tahan 120 warga asing disyaki tiada dokumen perjalanan sah Imigresen Johor tahan 120 warga asing disyaki tiada dokumen perjalanan sah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51704121202_BaharuddinTahirPe.jpg)
Imigresen Johor tahan 120 warga asing disyaki tiada dokumen perjalanan sah
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 120 lelaki warga asing selepas disyaki gagal mengemukakan dokumen perjalanan yang sah dan tinggal lebih masa
![Ecuador guna dadah kokain sebagai bahan binaan Ecuador guna dadah kokain sebagai bahan binaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51676676592_DrugsEcuador.jpg)
Ecuador guna dadah kokain sebagai bahan binaan
Setakat ini kira-kira 350 tan kokain hancur dan pes koka yang dirampas antara 2021 dan 2022 telah digunakan.
![Kos bahan binaan bangunan tanpa dan termasuk bar keluli naik 0.3-24.2 peratus Kos bahan binaan bangunan tanpa dan termasuk bar keluli naik 0.3-24.2 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660114122_TBkosbinaan.jpg)
Kos bahan binaan bangunan tanpa dan termasuk bar keluli naik 0.3-24.2 peratus
Indeks kos binaan di Semenanjung Malaysia meningkat 5.5-18.8 peratus, Sabah (0.3-15.5 peratus) manakala Sarawak (5.6-24.4 peratus).
![Kerajaan umum tambah 11 lagi bahan binaan dalam senarai VOP - PM Kerajaan umum tambah 11 lagi bahan binaan dalam senarai VOP - PM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/71657805622_TBISMAILSABRIRAKANMU.jpg)
Kerajaan umum tambah 11 lagi bahan binaan dalam senarai VOP - PM
Kerajaan menambah 11 lagi bahan binaan dalam pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) bagi membantu kontraktor yang berdepan kenaikan harga barangan.
![Kilang tanpa lesen ditutup, 10 pekerja asing ditahan Kilang tanpa lesen ditutup, 10 pekerja asing ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71625873125_TBKILANGTUTUP.jpg)
Kilang tanpa lesen ditutup, 10 pekerja asing ditahan
Sepanjang pemantauan tersebut, sebanyak 536 premis dan tiga penjaja dilawat dan 132 premis diperiksa.
![Tanah terhad punca rumah mahal di Perlis Tanah terhad punca rumah mahal di Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-07/81437660915_AZLANMAN.jpg)
Tanah terhad punca rumah mahal di Perlis
Kemelut harga rumah terlalu tinggi disifatkan tidak seiring dengan jumlah pendapatan yang diraih kebanyakan penduduknya.
![Rehda jangka penjimatan kos dengan pengecualian SST Rehda jangka penjimatan kos dengan pengecualian SST](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/51526899257_Rumah.jpg)
Rehda jangka penjimatan kos dengan pengecualian SST
Ia hanya akan terpakai kepada projek-projek baharu sahaja kerana harga bagi projek semasa era GST telah dipersetujui kontraktor dan sedang berada di beberapa peringkat untuk disiapkan.
![Tarik balik pengecualian SST kalau harga rumah tak turun - Guan Eng Tarik balik pengecualian SST kalau harga rumah tak turun - Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-09/41537764297_LIMGUANENG.jpg)
Tarik balik pengecualian SST kalau harga rumah tak turun - Guan Eng
Kerajaan akan menarik balik langkah pengecualian SST sebanyak enam peratus yang dikenakan terhadap perkhidmatan dan bahan binaan jika semua pemaju perumahan tidak menurunkan harga rumah.
![Kontraktor kecil bumiputera digesa menubuhkan consortium Kontraktor kecil bumiputera digesa menubuhkan consortium](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-08/61375369114_295x200.jpg)
Kontraktor kecil bumiputera digesa menubuhkan consortium
Kontraktor kecil bumiputera digesa menubuhkan konsortium bagi mengatasi masalah mendapatkan bekalan bahan binaan.