KUALA LUMPUR: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dan agensi berkaitan akan terus meningkatkan eksport produk hiliran minyak sawit dan derivatifnya.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, kementerian telah membangunkan dasar sifar sisa lanjutan, melibatkan sejumlah besar sisa, termasuk kulit isirung sawit dan serat mesokarpa daripada tandan buah segar kelapa sawit, dahan buah kosong dan bahan lain digunakan sepenuhnya.
"Minyak sawit menjadi tonggak utama ekonomi Malaysia kerana ia bukan sahaja membawa hasil eksport bernilai tinggi tetapi juga menyediakan pekerjaan langsung kepada lebih 650,000 orang termasuk kira-kira 450,000 pekebun kecil," katanya ketika berucap pada majlis makan malam perniagaan kumpulan syarikat Gamalux 2023 pada Isnin.
Beliau juga berkata, KPK telah melaksanakan semua inisiatif utama dengan visi memajukan sektor komoditi pertanian Malaysia bagi merealisasikan kemakmuran bersama dan pembangunan mampan di seluruh rantaian nilai.
Fadillah berkata, minyak sawit adalah salah satu industri utama Malaysia dan penyumbang pendapatan eksport terbesar daripada sektor pertanian di Malaysia.
"Pada 2022, jumlah nilai eksport minyak sawit dan produk sawit berjumlah RM130 bilion (AS$29.8 bilion), atau 8.4 peratus daripada jumlah nilai eksport Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 06 2023
![KPK pertingkat eksport produk hiliran minyak sawit, derivatif - Fadillah KPK pertingkat eksport produk hiliran minyak sawit, derivatif - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678119207_TBisirung.jpg)
Minyak sawit adalah salah satu industri utama Malaysia dan penyumbang pendapatan eksport terbesar daripada sektor pertanian di Malaysia. - Gambar hiasan/Bernama
"Gugurkan bom nuklear dan biarkan semuanya berakhir" - penduduk Gaza
"Kami tidak akan meninggalkan Gaza" , itu tegas seorang penduduk Gaza, Manal Al-Khaldi, yang menemani anaknya untuk menjalani rawatan di Mesir.
![Sebar pornografi bawah umur: Mahkamah Sepanyol tolak rayuan bintang Real Madrid, Raul Asencio Sebar pornografi bawah umur: Mahkamah Sepanyol tolak rayuan bintang Real Madrid, Raul Asencio](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739336540_RaulAsencio.jpg)
Sebar pornografi bawah umur: Mahkamah Sepanyol tolak rayuan bintang Real Madrid, Raul Asencio
Rayuan bintang Real Madrid, Raul Asencio untuk menamatkan siasatan terhadap peranannya dalam skandal video penderaan seks kanak-kanak ditolak oleh mahkamah Sepanyol.
Rakyat Gaza tolak rancangan Trump
Penduduk Gaza dengan tegas menolak rancangan Donald Trump untuk menempatkan semula mereka di luar wilayah itu.
Mereka berikrar untuk kekal di tanah air walaupun berdepan kemusnahan akibat serangan Israel.
Mereka berikrar untuk kekal di tanah air walaupun berdepan kemusnahan akibat serangan Israel.
Raja Jordan tolak cadangan Trump pindahkan penduduk Gaza
Raja Jordan, Raja Abdullah, menegaskan bahawa Jordan tegas menolak cadangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump supaya menerima penduduk Palestin yang akan dipindahkan secara tetap di bawah rancangannya untuk Amerika mengambil alih Semenanjung Gaza.
Ketika bercakap di Rumah Putih bersama Raja Abdullah, Trump menyatakan bahawa beliau tidak akan berganjak daripada rancangannya.
Ketika bercakap di Rumah Putih bersama Raja Abdullah, Trump menyatakan bahawa beliau tidak akan berganjak daripada rancangannya.
Dasar kerajaan dalam memperkasa peluang pendidikan dan kerjaya belia
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, keberkesanan dasar ini bukan sahaja untuk menggalakkan pengajian ke peringkat universiti, tetapi juga memberi sokongan kepada belia yang memilih laluan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).
![Kertas Kabinet cadangan wujud Lembaga Pemasaran Pertanian Sabah telah siap - Jeffrey Kertas Kabinet cadangan wujud Lembaga Pemasaran Pertanian Sabah telah siap - Jeffrey](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739335178_TBJEFFREY.jpg)
Kertas Kabinet cadangan wujud Lembaga Pemasaran Pertanian Sabah telah siap - Jeffrey
Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata, Kertas Kabinet tersebut dijangka dibentangkan dalam Mesyuarat Kabinet Negeri akan datang.
Kerajaan terus komited perkukuh perpaduan kaum
Kementerian Perpaduan Negara tidak mempunyai sebarang garis panduan untuk jabatan dan agensi Kerajaan mengenai aktiviti yang melibatkan unsur keagamaan. Namun, Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berkata, Kementerian telah mengambil pendekatan melalui pelaksanaan program (programme based) untuk merapatkan jurang sosial antara rakyat Malaysia sekaligus meraikan kepelbagaian budaya, adat resam, perayaan dan warisan
Tiada diskriminasi untuk wanita dalam ATM
Tidak timbul soal diskriminasi terhadap anggota wanita dalam Angkatan Tentera Malaysia dari sudut kenaikan pangkat atau penjawatan, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari (Alor Gajah) berkata, peluang kenaikan pangkat adalah terbuka kepada semua, tanpa mengira jantina, dengan syarat mereka mempunyai keupayaan yang diperlukan.
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari (Alor Gajah) berkata, peluang kenaikan pangkat adalah terbuka kepada semua, tanpa mengira jantina, dengan syarat mereka mempunyai keupayaan yang diperlukan.
![Kes tular: Mekanik tidak mengaku pukul anjing sendiri guna tukul besi Kes tular: Mekanik tidak mengaku pukul anjing sendiri guna tukul besi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739335466_TBPUKULANJING.jpg)
Kes tular: Mekanik tidak mengaku pukul anjing sendiri guna tukul besi
Seorang mekanik motosikal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan memukul seekor anjing jantan baka Pit Bull, dengan tukul besi, bulan lalu.
Lelaki dihadap ke mahkamah, didakwa bunuh mentua
Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru atas tuduhan membunuh ibu mentuanya di sebuah rumah di Skudai, Johor, 5 Februari lalu.
![KPK pertingkat eksport produk hiliran minyak sawit, derivatif - Fadillah KPK pertingkat eksport produk hiliran minyak sawit, derivatif - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678119207_TBisirung.jpg)
KPK pertingkat eksport produk hiliran minyak sawit, derivatif - Fadillah
KPK melaksanakan semua inisiatif utama dengan visi memajukan sektor komoditi pertanian Malaysia bagi merealisasikan kemakmuran bersama.