KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyaksikan sejumlah 107,105 pendaftaran ahli baharu pada suku pertama 2024, menjadikan jumlah keahlian kepada 16.1 juta.
Menurut KWSP, daripada jumlah tersebut, sebanyak 8.6 juta adalah ahli aktif, yang kini mewakili 50 peratus daripada 17.1 juta tenaga buruh Malaysia.
"Pendaftaran majikan baharu juga menunjukkan pertumbuhan kukuh sebanyak 20,080 dalam tempoh tersebut, menjadikan jumlah majikan yang berdaftar dengan KWSP kepada 608,433.
"Jumlah caruman yang diterima meningkat daripada RM25.83 bilion pada suku pertama 2023 kepada RM29.13 bilion pada suku pertama 2024," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pada suku yang dikaji, KWSP juga mengekalkan nisbah ahli aktif dengan tidak aktif pada 53:47 pada suku pertama 2024, selaras dengan tempoh yang sama pada tahun sebelumnya, dengan 8.6 juta ahli aktif daripada jumlah keseluruhan keahlian sebanyak 16.1 juta.
"Bagi memastikan lebih ramai rakyat Malaysia dalam sektor informal dan pekerja gig mendapat liputan perlindungan sosial, KWSP terus memperluaskan liputan i-Saraan bagi membolehkan pekerja dalam sektor informal atau tanpa pendapatan tetap untuk menyimpan dengan KWSP demi persaraan mereka, di samping menerima insentif kerajaan.
"Sepanjang suku pertama 2024, i-Saraan merekodkan pendaftaran baharu sebanyak 146,171, seterusnya menjadikan jumlah keseluruhan keahlian i-Saraan meningkat 43.9 peratus kepada 1.4 juta, daripada 997,659 pada suku tahun yang sama tahun lepas," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Ahmad Zulqarnain Onn berkata peningkatan bilangan rakyat Malaysia yang memilih untuk menyimpan dengan KWSP dan ahli semasa yang membuat caruman sukarela, menunjukkan momentum pertumbuhan ekonomi negara yang berterusan disokong oleh dasar Malaysia MADANI yang kukuh.
"KWSP akan terus meningkatkan keupayaannya untuk memenuhi keperluan dan jangkaan yang semakin berkembang daripada ahli dan majikan serta membina prestasi portfolionya berpandukan Alokasi Aset Strategik (SAA) jangka panjangnya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 12 2024

Menurut KWSP, daripada jumlah tersebut, sebanyak 8.6 juta adalah ahli aktif, yang kini mewakili 50 peratus daripada 17.1 juta tenaga buruh Malaysia. - Gambar hiasan/Bernama
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Tuduhan KWSP rugi jual saham MAHB tidak berasas, catat pendapatan pelaburan RM63.48b
Tuduhan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) disifatkan sebagai tidak berasas.

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi KLCI sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

Tawaran sukarela konsortium dianggotai KWSP adalah pelaburan baharu jangka panjang - MOF
Tuduhan bahawa KWSP mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) adalah tidak berasas.

Kakitangan Petra News tuntut tunggakan gaji, KWSP dan Perkeso
15 kakitangan Petra News termasuk penerbit portal berita The Malaysian Insight, The Vibes dan Getaran, menuntut pembayaran segera caruman KWSP.

KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB
KWSP menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200
Dua wanita mengalami kerugian keseluruhan RM565,200 selepas masing-masing terpedaya dengan skim pelaburan, dan sindiket penipuan dalam talian di Pahang.

Caruman KWSP pekerja asing: Empat pandangan Ameer Ali Mydin
Walaupun kadar caruman KWSP sebanyak du peratus kelihatan kecil, kesan jangka panjang terhadap ekonomi negara tidak boleh dipandang ringan.

Peningkatan kos paksa lebih ramai rakyat Malaysia tangguh persaraan - Pakar
Selama ini, persaraan melambangkan era keemasan dalam kehidupan seseorang pekerja yang menandakan masa untuk mereka berehat dan meraih manfaat daripada hasil kerja keras selama berdekad-dekad.