Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengemukakan permohonan untuk mendapatkan status kedaulatan di Amerika Syarikat (AS) bagi membolehkannya memperolehi lebih banyak peluang pelaburan di negara tersebut, kata Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Shahril Ridza Ridzuan.
Beliau berkata perbincangan mengenai perkara itu telah diadakan dalam tempoh yang agak lama malah turut dibangkitkan semasa lawatan kerajaan ke Washington pada September 2017.
"Kerajaan Malaysia sentiasa berbincang dengan rakan sejawat AS mengenai permohonan kami untuk mendapatkan status kedaulatan, yang akan membolehkan kami melabur secara lebih efektif di AS.
"Ia kemudiannya akan membolehkan KWSP melakukan lebih banyak bagi pelaburan dari segi infrastruktur atau hartanah, yang menjadi hasrat kami," katanya kepada pemberita di luar acara Invest Malaysia 2018 di sini, pada Selasa.
Shahril Ridza merupakan penceramah bagi sesi bertajuk Kemampanan dan Pasaran Pesat Membangun (Sustainability and Emerging Markets).
Beliau berkata kerajaan kini menunggu bagi permohonan itu diputuskan.
Terdahulu dalam sesi itu, Shahril Ridza berkata KWSP sentiasa menumpukan kepada pulangan yang cekap bagi pelabur dan menyasarkan aset dilaraskan oleh kesan inflasi yang ditawarkan AS.
"Aset global menyumbang kira-kira 30 peratus kepada aset di bawah pengurusan keseluruhan dan AS jelas merupakan antara pasaran terbesar yang kita ada.
"Pasaran AS adalah sangat kukuh, jadi kita bersedia untuk melakukan lebih banyak lagi dalam pasaran ini, terutama dalam projek infrastruktur, keutamaan paling penting bagi pentadbiran AS ketika ini, dan sektor hartanah," katanya.
Mengenai projek Battersea Power Station, Shahril Ridza menekankan bahawa pelaburan KWSP dalam projek ini bukan untuk hasil jangka pendek dan aset tersebut sangat sesuai bagi dana jangka panjang KWSP dan Permodalan Nasional Bhd.
BACA: KWSP, PNB rancang beli aset Fasa 2 Battersea dengan harga RM8.8 bilion
BACA: Kerajaan tidak campur tangan dalam rancangan beli aset Fasa 2 Battersea
"Kami berada di situasi terbaik untuk menempatkan modal menerusi banyak kitaran, bagi pemaju, mereka lebih menumpukan kepada keuntungan pembangunan jangka pendek berbanding pegangan aset jangka panjang.
"Ini benar-benar tidak lebih daripada penstrukturan semula pemilikan aset, untuk meletakkan aset yang tepat di tempat yang betul, di mana ia sepatutnya," katanya.
Beliau mengulas mengenai laporan berita bahawa hasil daripada projek Battersea mungkin berkurangan daripada apa yang dijangka KWSP ketika melancarkan projek tersebut.
Sementara itu, mengenai kemungkinan kadar dividen 2017, Shahril Ridza berkata ia dijangka pada kadar yang 'agak selesa'.
Pengumuman akan diumumkan pada Februari ini.
KWSP telah mengumumkan dividen 5.7 peratus bagi 2016, dengan pembayaran keseluruhan sebanyak RM37.08 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 23 2018

SHAHRIL: Kerajaan Malaysia sentiasa berbincang dengan rakan sejawat AS mengenai permohonan KWSP untuk mendapatkan status kedaulatan, yang akan membolehkannya melabur secara lebih efektif di AS. - Gambar fail
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

AS rancang pengurangan 10 peratus diplomat di China - Laporan
Amerika Syarikat (AS) merancang untuk mengurangkan saiz misi diplomatiknya di China sebanyak 10 peratus.
![[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika [KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738841420_DonaldTrump.jpg)
[KOLUMNIS] Dasar ekonomi dan perniagaan Trump berpotensi merugikan rakyat Amerika
Masalah kos sara hidup rakyat Amerika pasti meningkat dan ia mungkin diperburuk lagi oleh tarif tinggi yang dikenakan ke atas produk import.

AS, Rusia komited akhiri perang di Ukraine melalui penyelesaian adil
Kata sepakat itu dicapai dalam perbincangan peringkat tinggi antara Rubio dan Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov, di Riyadh, Arab Saudi, pada Selasa.

Sekurang-kurangnya 10 maut akibat hujan lebat, banjir kilat landa Kentucky
Selain banjir, sebahagian negeri itu turut mengalami salji dan keadaan berais, menjadikan perjalanan lebih berbahaya.

Rubio tegaskan keperluan penyelesaian Gaza Demi keselamatan serantau - Jabatan Negara AS
Rubio dan Mohammed memperbaharui komitmen mereka terhadap pelaksanaan gencatan senjata di Gaza serta usaha membebaskan semua tawanan.

Pelaburan: Ini 3 strategi berdepan risiko geopolitik dan kadar faedah tinggi
Dalam persekitaran ekonomi global yang penuh ketidaktentuan, pelabur perlu lebih strategik dalam membuat keputusan.

Sekurang-kurangnya 9 maut dalam banjir di AS
Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seramai lapan orang disahkan meninggal dunia di negeri tenggara AS itu.

AS arah mansuh program kepelbagaian di sekolah awam
Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (AS) telah mengarahkan pemansuhan program kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman (DEI) di sekolah awam dalam tempoh 14 hari.

Hujan lebat berterusan, Kentucky dilanda banjir
Hujan lebat berterusan pada Sabtu menyebabkan banjir di beberapa bahagian di Kentucky dan Tennessee.

Agenda pembangunan Gaza: Pelan Trump berbau keangkuhan imperialis, jahil - MWCQP
Pengerusi MWCQP, Zuraidah Kornain berkata, cadangan agenda penjajahan Trump itu adalah satu pelan tindakan penghapusan etnik atau genosid