Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak menghadapi masalah kewangan seperti didakwa oleh pembangkang, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan.
Beliau berkata jika KWSP berada dalam kesulitan atau mengalami kerugian, agensi itu tidak akan mampu membayar dividen langsung, apatah lagi mengeluarkan dividen 5.7 peratus bagi 2016.
Bekas Anggota Parlimen dari Parti Amanah Negara, Dr Dzulkefly Ahmad, Anggota Parlimen Kelana Jaya Wong Chen (PKR) dan Anggota Parlimen Seputeh Teresa Kok (DAP) secara berniat jahat menuduh KWSP kini mengalami masalah kewangan, justeru mengisytiharkan kadar dividen yang lebih rendah pada 5.7 peratus bagi 2016 berbanding 6.4 peratus pada tahun sebelumnya.
Tiga ahli politik senior itu turut mendakwa ia berikutan pelaburan KWSP dalam 1Malaysia Development Bhd (1MDB), dengan secara tidak benar mendakwa melibatkan nilai RM1.72 bilion.
BACA: Strategi portfolio KWSP tepat, jamin dividen konsisten
BACA: Dividen KWSP lebih tinggi jika Bursa Malaysia kembali tinggi tahun ini
Abdul Rahman, yang juga Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) berkata pendedahan KWSP kepada 1MDB adalah RM200 juta, dan bukannya RM1.72 bilion.
Katanya pelaburan ini adalah dalam bentuk Sukuk 30 tahun yang dikeluarkan pada 2009 dan dijamin sepenuhnya oleh kerajaan.
Menjelas dengan lebih lanjut, pendedahan KWSP juga adalah bagi dua bon RM1.5 bilion untuk dua loji Pengeluar Tenaga Persendirian (IPP) iaitu Panglima Power Sdn Bhd (PPSB) dan Jimah Energy Ventures Sdn Bhd (JEV).
"Bon ini dibeli oleh KWSP, masing-masing pada 2003 dan 2005 sebelum 1MDB diwujudkan dan turut disokong oleh aliran tunai yang kukuh," jelasnya.
Sebagaimana diketahui umum, katanya kedua-dua IPP itu telah dibeli oleh 1MDB baru-baru ini dan sejak itu telah dijual melalui satu urus niaga yang dilengkapkan pada Mac 2016, sebagai sebahagian daripada pelan rasionalisasi 1MDB.
Oleh itu, katanya kedua-dua bon tersebut tidak lagi berkait dengan 1MDB.
"Ketiga-tiga bon ini adalah bon perolehan tetap yang membayar kupon tetap dan tidak pernah tertunggak. KWSP tidak pernah mengalami kerugian daripadanya," tegasnya.
Sebagai tambahan, katanya pendedahan KWSP kepada Sukuk RM200 juta yang dijamin kerajaan adalah hanya 0.02 peratus daripada keseluruhan aset KSWP iaitu RM731 bilion.
Sehubungan itu, katanya dakwaan ketiga-tiga pemimpin pembangkang itu yang mendakwa KWSP menghadapi masalah kewangan atau 1MDB menyebabkan kerugian kepada KWSP adalah tidak benar dan berniat jahat.
"Sebagai bekas dan Anggota Parlimen yang masih berkhidmat, ketiga-tiga pemimpin pembangkang ini gagal melaksanakan tanggungjawab mereka untuk berlaku jujur kepada rakyat apabila membuat tuduhan mengarut seumpama itu dalam kenyataan bersama mereka.
"Mereka seharusnya tidak mengulangi tindakan seumpama ini pada masa akan datang," katanya.
Katanya berdasarkan pembayaran dividen sejak 2000, situasai ekonomi serantau dan global masa kini serta prestasi tabung kewangan pekerja serta dana bersama lain di rantau ini, pemberian 5.7 peratus oleh KWSP harus diberi pujian.
Bagi tempoh sembilan tahun dari 2000 hingga 2008, KWSP telah merekodkan kadar pembayaran dividen purata sebanyak 4.99 peratus, dan dari 2009 hingga 2016, purata ini meningkat kepada 6.1 peratus, katanya.
"Saya yakin dengan pertumbuhan positif Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tempoh dua suku tahun sebelum ini dan lonjakan terhadap indeks Bursa Malaysia, insya-Allah, prestasi KWSP akan bertambah baik bagi tahun 2017," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 24 2017

RAHMAN: KWSP tidak menghadapi masalah kewangan seperti didakwa oleh pembangkang. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.