BUKIT MERTAJAM: Ladang vanila di Taman Agro Permatang Pauh, di sini, menjadi satu-satunya ladang vanila yang menggunakan teknologi pintar di negara ini selari dengan era revolusi industri 4.0.
Ladang berkenaan diselia oleh Kairos Agriculture dan menggunakan Teknologi Agrikultur 4.0 meliputi teknologi kebendaan (IoT), kecerdasan buatan (AI), penggunaan data raya serta pembelajaran mesin dan sistem dron.
Ketua Pegawai Eksekutif Kairos Agriculture, Ezra Tan memberitahu pihaknya memaksimumkan penggunaan teknologi sebaik mungkin bagi menjimatkan penggunaan tenaga kerja dan pada masa sama meningkatkan kualiti vanila yang ditanam.
"Kami menggunakan teknologi untuk mengawal suhu ‘rumah hijau’ yang menempatkan pokok vanila ini. Di sini suasana dan tempat amat baik untuk tanaman vanila berkembang.
"Setakat ini, penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan Xiamen University (Malaysia) bekerjasama dengan kami dalam membuat kajian berkaitan vanila, justeru, kami berharap dengan kajian yang dilakukan bersama ini akan membantu lebih banyak pengusaha ladang vanila untuk mendapat lebih banyak pendapatan di masa depan," katanya.
Ezra berkata demikian selepas perasmian tapak fasa kedua untuk tanaman vanila yang dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Antarabangsa dan Pembangunan Usahawan Pulau Pinang, Datuk Abdul Halim Hussain pada Sabtu.
Sebanyak 5,000 keratan batang pokok vanila telah ditanam di atas tanah seluas dua ekar (0.809 hektar) sejak 2020 malah, kebun pintar tersebut menggunakan teknologi sistem penyiraman yang akan bertindak secara automatik jika keadaan cuaca terlalu panas atau tanah terlalu kering.
Sebanyak 10,000 keratan batang lagi akan ditanam pada fasa kedua bagi memenuhi permintaan terhadap tumbuhan herba itu yang banyak digunakan dalam industri makanan terutama ais krim dan produk tenusu.
Menurut Ezra, ketika ini pihaknya memberi tumpuan kepada usaha mengeksport vanila ke Jepun dan Singapura dan sedang mengintai pasaran lebih luas termasuk ke Eropah dan Amerika Syarikat.
"Kami berharap lebih ramai pengusaha akan terlibat dalam sektor ladang vanila di Malaysia dan kita dapat bekerjasama untuk menjenamakan vanila Malaysia , jadi kita boleh meningkatkan pasaran eksport seterusnya menjadikan produk vanila dari Malaysia ini kebanggaan negara," katanya.
Kairos Agriculture yang mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sedia bekerjasama dengan pengusaha ladang vanila di negara ini untuk mengeluarkan produk berkualiti bagi pasaran global.
Zulfa Mohamad
Sat Aug 27 2022
Kairos Agriculture yang mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records sedia bekerjasama dengan pengusaha ladang vanila di negara ini untuk mengeluarkan produk berkualiti bagi pasaran global.
Sekatan Eksport AI tidak beri kesan kepada Malaysia
Cadangan Amerika Syarikat (AS) untuk menyekat eksport cip kecerdasan buatan (AI) tidak akan menjejaskan pusat-pusat data sedia ada di negara ini.
Malaysia perlu jadi lokasi penting para pelabur dunia - PM
Anwar menekankan bahawa pentadbiran Malasyia ketika ini disifatkan stabil dan mempunyai satu dasar yang konkrit.
Dua beranak cedera kenderaan dihempap pokok tumbang
Dua beranak cedera ringan selepas kereta yang mereka naiki dihempap pokok tumbang berhampiran bangunan pejabat di Jalan Pudu-Bukit Bintang di sini, pagi tadi.
Kerajaan diarahkan segerakan pelarasan pencen
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan memihak kepada sekumpulan bekas penjawat awam dengan mengarahkan kerajaan segera melaksanakan pelarasan pencen seperti yang ditetapkan keputusan mahkamah terdahulu.
Polis siasat dokumen palsu guna nama Ketua Polis Negara
Polis membuka kertas siasatan berhubung penyebaran satu dokumen palsu yang meniru tanda tanga Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husaun berserta Jata Negara dan logo Badan Peguam Malaysia.
Mindef beri perhatian perumahan, pendidikan warga ATM tahun ini
Kementerian Pertahanan (Mindef) akan memperkasakan aspek kesejahteraan warganya dengan memberi tumpuan kepada aspek keselesaan tempat tinggal dan pendidikan pada tahun ini.
Arul Kanda beritahu mahkamah, beliau tidak meminta penjelasan penamatan dua juruaudit 1MDB
Arul Kanda menjelaskan, beliau tidak menanyakan mengenai perkara tersebut kerana beliau hanya menyertai dana kekayaan negara itu, pada 2015.
Gencatan senjata: Bantuan kemanusiaan perlu disalurkan segera ke Gaza
Keperluan mendesak adalah memastikan akses kemanusiaan penuh kepada semua orang awam yang memerlukan bantuan untuk menyelamatkan nyawa.
Tipu umrah: Lapan termasuk pasangan suami isteri direman tiga hari
Penahanan itu melibatkan enam lelaki dan dua wanita berusia antara 25 hingga 46 tahun untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Salah guna logo halal: Denda sedia ada sudah tinggi - Armizan
Sesebuah syarikat boleh didenda sehingga RM5 juta manakala untuk individu pula, denda tidak lebih RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun.
Ladang vanila pintar manfaat teknologi pertanian 4.0
Ladang vanila di Taman Agro Permatang Pauh, satu-satunya ladang vanila yang menggunakan teknologi pintar di negara ini selari dengan era revolusi industri 4.0.