SEREMBAN: Langkah Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) sebagai peneraju awal industri peruncitan tempatan berasimilasi dengan perubahan dalam era pendigitalan ekonomi merupakan suatu usaha terpuji dan wajar dicontohi syarikat-syarikat lain, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Beliau berkata MYDIN yang telah 66 tahun bertapak dalam industri peruncitan melakukan anjakan paradigma yang harus diikuti syarikat-syarikat lain supaya mereka kekal kompetitif dalam industri perniagaan.
"MYDIN diakui aktif menyantuni masyarakat dengan jualan barangan pada harga kompetitif dan berpatutan. Saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada rakan-rakan strategik kempen ini yang turut menawarkan diskaun istimewa untuk semua pelanggan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Semarak Gemilang Malaysia MADANI OHMYDIN! yang dihadiri Pengarah Urusan MYDIN Mohamed Holdings Berhad (MYDIN), Datuk Dr Ameer Ali Mydin di sini pada Khamis.
Fahmi berkata Ulang Tahun MYDIN ke-66 itu juga mempunyai persamaan unik dengan Hari Kemerdekaan negara dan menjadikan MYDIN lebih dekat di hati rakyat Malaysia.
Dalam pada itu Fahmi menyarankan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneliti isu kelajuan Internet di semua bangunan MYDIN termasuk Sabah dan Sarawak supaya dapat diselesaikan.
"Saya juga ambil maklum kelajuan Internet di bangunan ini (MYDIN Seremban 2) adalah 146mbps (megabait sesaat)...jadi kita perlu teliti, sebab capaian Internet sudah 5G. Kalau boleh perkara ini diberi penekanan," katanya.
Dalam pada itu Ameer berkata walaupun MYDIN mencecah 66 tahun, namun syarikat itu bergerak seiring dengan era pendigitalan untuk kekal relevan dan kompetitif dalam industri peruncitan.
"MYDIN Online memberi kemudahan kepada masyarakat khususnya pelanggan setia kami mendapatkan barangan keperluan secara dalam talian," katanya.
Selain itu MYDIN turut menjalin kerjasama dengan rakan e-dagang terkemuka dan telah beralih ke platform baharu yang lebih inovatif iaitu "TikTok Shop"
Katanya MYDIN meneruskan kolaborasi dengan platform pembayaran digital serta rakan e-dompet bagi menggalakkan rakyat menggunakan aplikasi teknologi digital ketika membeli-belah seperti Boost, MBSB Bank E-Wallet, MCash, WavPay dan Zapp.
Kempen OHMYDIN! Meriah Bersama, menawarkan pelbagai tawaran penjimatan hebat, termasuk penganjuran peraduan melibatkan pelbagai rakan e-dompet dan menawarkan ganjaran bernilai RM6.6 juta bermula hari ini sehingga 31 Oktober.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Aug 17 2023
![Langkah MYDIN sahut pendigitalan ekonomi, usaha terpuji, wajar dicontohi - Fahmi Langkah MYDIN sahut pendigitalan ekonomi, usaha terpuji, wajar dicontohi - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692289203_TBfahmi.jpg)
Fahmi dan Ameer (dua, kiri) ketika melawat reruai pameran pada majlis pelancaran Semarak Gemilang Malaysia MADANI OHMYDIN! Meriah Bersama di Mydin Mall, Seremban 2, 17 Ogos 2023. --fotoBERNAMA
Kerajaan Indonesia optimis pertumbuhan perdagangan
Sehingga kini, 19 perjanjian perdagangan telah dilaksanakan, 10 perjanjian perdagangan lain telah ditandatangani atau disahkan,16 sedang dalam proses rundingan, dan enam lagi di luar perjanjian perdagangan bebas dan perjanjian perkongsian ekonomi komprehensif sedang diproses.
UUM terajui program mobiliti pelajar ASEAN
Universiti Utara Malaysia (UUM) akan menerajui Program Mobiliti Pelajar ASEAN sempena penganjuran Pameran dan Forum Universiti ASEAN 2025 (AEF2025) yang akan berlangsung di Petaling Jaya, Selangor pada 24 dan 25 Feb ini.
Pelaksanaan RCEP, memperkukuh integrasi ekonomi ASEAN
ASEAN perlu menekankan integrasi ekonomi yang lebih mendalam, pengukuhan rantaian bekalan serantau dan sumbangan kepada pembangunan ekonomi global sebagai keutamaan bersama.
Biodiesel: Indonesia kaji campuran 50 peratus biodiesel
Pengeluar minyak sawit terkemuka dunia itu tahun ini meningkatkan campuran mandatori minyak sawit dalam biodiesel kepada 40 peratus (B40) daripada 35 peratus untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api diesel yang diimport.
Pelita Raya: Penyertaan Thailand, Singapura bakal meriahkan acara
Singapura dan Thailand telah bersetuju untuk menghantar wakil bagi memeriahkan program selama empat hari yang dijadualkan bulan depan itu.
Laos berhasrat majukan kawasan gunung berapi jadi tarikan
Usaha menaik taraf tapak gunung berapi yang tidak pernah meletus itu sedang dalam perancangan, dan ia disasarkan menjadi satu daya tarikan pelancongan.
AS kecam tindakan provokasi China ke atas Filipina
Duta Amerika Syarikat ke Filipina, Marykay Carlson mengecam tindakan china yang dianggap mendatangkan bahaya kepada juruterbang dan penumpang dalam pesawat peronda kerajaan Filipina di Laut China Selatan.
Filipina dakwa helikopter China lakukan provokasi
Pengawal Pantai Filipina mendakwa sebuah helikopter milik China melakukan penerbangan secara berbahaya di kawasan terumbu karang yang dipertikaikan di Laut China Selatan pada Selasa.
200 warga China akan dihantar pulang pada Khamis
China akan menghantar pulang 200 warganya yang terlibat dalam sindiket penipuan pekerjaan di sempadan Myanmar-Thailand.
![Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739960155_TBAMINUDDINHARUN.jpg)
Remaja maut akibat kusta, dua kampung Orang Asli di Kuala Pilah dikuarantin
Seorang remaja perempuan Orang Asli berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia Isnin lepas, setelah seminggu demam akibat dijangkiti kusta, manakala lapan lagi sedang menerima rawatan.
![Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739940968_TBFahmi.jpg)
Ahli Parlimen perlu bahas perkara bantu pupuk perpaduan, bukan berunsur hasutan - Fahmi
Ahli Parlimen diingatkan untuk membahaskan perkara yang boleh membantu memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat dan bukannya membangkitkan isu berunsur hasutan.
![Tindakan tegas akan dikenakan terhadap stesen televisyen langgar garis panduan - Fahmi Tindakan tegas akan dikenakan terhadap stesen televisyen langgar garis panduan - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739876816_FahmiFadzil.jpg)
Tindakan tegas akan dikenakan terhadap stesen televisyen langgar garis panduan - Fahmi
Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana stesen televisyen yang melanggar sebarang garis panduan ditetapkan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
![Manfaatkan AI untuk memerangi maklumat palsu - Fahmi Manfaatkan AI untuk memerangi maklumat palsu - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739826694_FAHMIFADZIL.jpg)
Manfaatkan AI untuk memerangi maklumat palsu - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menggesa agensi berita untuk memanfaatkan AI bagi menangani maklumat palsu.
![Pelaksanaan Pakej P-hailing Rahmah akan ditambah baik, beri manfaat kepada pekerja Pelaksanaan Pakej P-hailing Rahmah akan ditambah baik, beri manfaat kepada pekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739523348_FahmiFadzil.jpg)
Pelaksanaan Pakej P-hailing Rahmah akan ditambah baik, beri manfaat kepada pekerja
Fahmi berkata pihaknya akan mendapatkan analisis daripada syarikat berkaitan bagi meneliti serta mengkaji keperluan untuk penambahbaikan itu.
![Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 fokus isu jenayah dalam talian Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 fokus isu jenayah dalam talian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738991687_FahmiFadzil.jpg)
Pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 fokus isu jenayah dalam talian
Pindaan ini bertujuan menyediakan ekosistem rangkaian internet yang lebih selamat dan mampan.
![Lebih 1,500 tetamu meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai Lebih 1,500 tetamu meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739663671_TBFahmi.jpg)
Lebih 1,500 tetamu meriahkan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Parlimen Lembah Pantai
Fahmi berkata sambutan itu cukup meriah dengan kehadiran komuniti setempat meskipun dalam keadaan cuaca kurang baik.
![Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739657048_TBFahmi.jpg)
Fahmi ucap takziah kepada keluarga bekas wartawan Utusan Melayu Muhammad Basir
Fahmi mendoakan agar seluruh keluarga Allahyarham tabah dan dikurniakan kekuatan dalam menghadapi kehilangan itu.
![Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739630205_MuhammadBasirAbuB.jpg)
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Tiada undian 7-2 di Majlis Raja-Raja, beberapa individu dikenal pasti - Fahmi Tiada undian 7-2 di Majlis Raja-Raja, beberapa individu dikenal pasti - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739523348_FahmiFadzil.jpg)
Tiada undian 7-2 di Majlis Raja-Raja, beberapa individu dikenal pasti - Fahmi
Kerajaan menafikan dakwaan yang tular di media sosial mengenai kononnya terdapat undian dengan keputusan 7-2 dalam sidang Majlis Raja-Raja, baru-baru ini.
![Kabinet setuju SOSMA diteliti, disemak semula - Fahmi Kabinet setuju SOSMA diteliti, disemak semula - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739523348_FahmiFadzil.jpg)
Kabinet setuju SOSMA diteliti, disemak semula - Fahmi
Mesyuarat Kabinet bersetuju supaya agar Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) diteliti dan disemak.