Khazanah Nasional Bhd menyatakan laporan berita baru-baru ini mengenai prestasi kewangannya bertajuk "Khazanah Feels The Heat Amid Push To Change Its Investment Strategy", dan kemudiannya dilaporkan oleh media dan media sosial lain adalah tidak tepat dan seterusnya memberikan gambaran mengelirukan tentang prestasi kewangan dana pelaburan nasional itu.
"Ini terutamanya disebabkan fokus terpilihnya kepada set petunjuk prestasi kewangan yang tidak lengkap dan terbatas," kata syarikat itu dalam satu kenyataan, pada Rabu.
Seperti yang dilaporkan secara meluas, petunjuk pengukuran prestasi kewangan Khazanah adalah merujuk kepada jumlah pulangan yang mengambil kira pulangan direalisasikan dan tidak direalisasikan, serta, pengagihan pulangan menerusi dividen.
Laporan itu, antara lainnya, mendakwa, nilai bersih terlaras (NWA) Khazanah telah jatuh sejak 2014 daripada RM111 bilion kepada RM102 bilion.
Menjelas lebih lanjut, Khazanah berkata jumlah pulangannya merupakan pertumbuhan dalam nilai bersih portfolionya, iaitu NWA syarikat itu.
"Seperti yang dilaporkan sebelum ini, nilai NWA daripada portfolio berkembang 3.1 kali atau 207 peratus kepada RM102.1 bilion pada Disember 2016 daripada RM33.3 bilion pada Mei 2004, mencerminkan tempoh sejak permulaan penyusunan semula Khazanah dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
"Ini diterjemahkan kepada pulangan gabungan 9.3 peratus setahun bagi tempoh lebih 13 tahun, dan bukannya pulangan hanya satu peratus atau 2.6 peratus seperti yang dilaporkan oleh artikel-artikel tersebut.
"Selain itu, dana pemegang saham diaudit Khazanah meningkat kepada RM37.8 bilion, setakat 31 Dis, 2016, daripada RM13.2 bilion, pada 31 Dis, 2004, peningkatan RM24.6 bilion dalam tempoh tersebut," kata syarikat itu.
Dalam mengetengahkan beberapa aspek penting portfolio dan mandat sebagai sebuah dana pelaburan strategik, Khazanah berkata kadar jumlah pulangan seperti yang diwakili oleh pertumbuhan NWA adalah sejajar dengan penanda aras relevan, terutamanya, dengan FBM KLCI yang mencatatkan jumlah pulangan pemegang saham 9.4 peratus setahun semasa tempoh yang sama.
Khazanah juga mempunyai pelbagai mandat yang termasuk melabur bagi mencapai pertumbuhan dan pulangan komersial - di peringkat tempatan dan antarabangsa - di samping juga melaksanakan inisiatif pembangunan dan nasional. Ia termasuklah pembangunan koridor ekonomi serantau, pembaharuan sektor pendidikan dan penyusunan semula serta pemangkin bagi pelbagai sektor ekonomi dan syarikat nasional.
Pulangan daripada inisiatif ini adalah berbeza-beza daripada pulangan rendah malahan negatif bagi lebih banyak aktiviti pembangunan hinggalah kepada pulangan tinggi bagi operasi komersial dan antarabangsa kami, dengan purata pada 9.3 peratus pulangan NWA setahun.
"Memandangkan mandat Khazanah tidak melibatkan menerima sebarang suntikan modal biasa dan ia perlu melabur semula bagi pertumbuhan dan inisiatif nasional, sebahagian besar pulangannya disalurkan terutamanya bagi pelaburan semula dan bukannya dividen," kata Khazanah.
Menurut syarikat itu, keperluan bagi strategi pelaburan semula berimbang bagi pertumbuhan, pembangunan dan dividen dilaksanakan secara perundingan dan mendapat kelulusan lembaga pengarah dan kerajaan.
"Kami berharap perkara di atas dapat menjelaskan kesimpulan oleh artikel-artikel itu berkaitan dengan prestasi kewangan dan bukan kewangan Khazanah.
"Akhir sekali, berkaitan dengan penggantian kepimpinan Khazanah seperti yang dirujuk dalam artikel itu, kami ingin menegaskan bahawa Khazanah memiliki proses penggantian yang mantap dan teratur, diluluskan oleh lembaga pengarah dan sejajar dengan amalan institusi yang baik," kata syarikat itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2017

Menurut syarikat itu, keperluan bagi strategi pelaburan semula berimbang bagi pertumbuhan, pembangunan dan dividen dilaksanakan secara perundingan dan mendapat kelulusan lembaga pengarah dan kerajaan.
ADMM bincang usaha kukuh kerjasama, perpaduan ASEAN - Khaled
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin memberitahu antara perkara yang dibincangkan pada Sesi Permukiman Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ialah usaha memperkukuhkan kerjasama ASEAN dan perpaduan ASEAN serta kerjasama serantau dalam mendepani cabaran baharu keselamatan di rantau ini dan dunia.

Warner Bros Games tutup studio yang hasilkan Shadow of Mordor, F.E.A.R
Penutupan Monolith Productions menyebabkan pembatalan permainan Wonder Woman yang diumumkan pada tahun 2021 dan mengurangkan harapan untuk permainan baharu dengan Nemesis System.

27 Proton e. MAS 27 disediakan sebagai pengangkutan rasmi Permukiman AEM
Kenderaan itu bertujuan membawa wakil-wakil utama Mesyuarat Pegawai Kanan (SOM) ASEAN sepanjang mesyuarat berkenaan.

Petronas, Petrovietnam percepat kerjasama dalam sektor tenaga di Vietnam - PM Anwar
Kerjasama ini melibatkan penjanaan kuasa dan sambungan grid dari Vietnam ke Malaysia, dengan fokus pada tenaga boleh baharu.
Korea Selatan catat peningkatan kelahiran selepas 9 tahun
Kadar kesuburan di Korea Selatan meningkat pada tahun 2024 buat pertama kali dalam tempoh sembilan tahun, didorong oleh lonjakan jumlah perkahwinan, menurut data awal yang dikeluarkan pada Rabu.
Perkembangan ini memberi petanda bahawa krisis demografi negara itu mungkin memasuki fasa pemulihan.
Perkembangan ini memberi petanda bahawa krisis demografi negara itu mungkin memasuki fasa pemulihan.

Rakyat Malaysia diseru menyumbang kepada tabung wakaf pembangunan semula Gaza
Malaysia akan menggerakkan usaha untuk membina sebuah sekolah, hospital dan masjid di Gaza bagi membantu meringankan penderitaan yang ditanggung penduduk Palestin.
Hamas umum penyelesaian isu pembebasan tahanan Palestin
Hamas mengumumkan bahawa pihaknya telah mencapai penyelesaian semasa lawatan ke Kaherah bagi menamatkan kelewatan pembebasan tahanan Palestin, menurut kenyataan kumpulan itu pada Selasa.
Penyelesaian tersebut melibatkan pembebasan tahanan Palestin secara serentak dengan penyerahan mayat tebusan Israel yang terbunuh, seperti yang dipersetujui dalam fasa pertama perjanjian.
Penyelesaian tersebut melibatkan pembebasan tahanan Palestin secara serentak dengan penyerahan mayat tebusan Israel yang terbunuh, seperti yang dipersetujui dalam fasa pertama perjanjian.
SIBS 2025 sedia jadi pemangkin pelaburan dan perdagangan ASEAN
Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2025, yang akan berlangsung dari 8 hingga 11 Oktober di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), dijangka memperkukuh kedudukan Selangor sebagai hab pelaburan serantau dan pintu masuk ke pasaran ASEAN.

Sanusi mohon maaf kepada Amirudin, saman RM10 juta selesai
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, memohon maaf kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
PM yakin ASEAN berada di ambang pembaharuan
ASEAN perlu bersatu dan memperkukuh kedudukannya dalam menghadapi ketidaktentuan geopolitik serta persaingan kuasa besar.

Manfaat PKS: MITI, SC lancar dana pelaburan bersama RM131.5 juta
Dana itu bertujuan menggalakkan syarikat tempatan, khususnya PKS, mengambil bahagian dalam pertumbuhan ekonomi.

Apple, NVIDIA dilapor ingin melabur dalam OpenAI
Ini akan membuatkan pelbagai syarikat terkemuka teknologi kini bersaing dalam mendapatkan pegangan masing-masing pada OpenAI.

Laporan berita mengenai prestasi kewangan tidak tepat, kata Khazanah
Khazanah menyatakan laporan mengenai prestasi kewangannya bertajuk "Khazanah Feels The Heat Amid Push To Change Its Investment Strategy" memberikan gambaran mengelirukan.