KUALA LUMPUR:Jabatan Audit Negara mengesan 11 isu punitif yang boleh disiasat pihak berkuasa menerusi Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1.
Namun begitu, Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid enggan mendedahkan isu terbabit kerana khuatir individu yang disyaki atau bertanggungjawab dalam masalah itu akan menyembunyikan maklumat.
"Dalam pengauditan, kita mengesan 153 isu dan daripada isu itu terdapat 11 isu yang punitif, maknanya ada isu yang boleh disiasat oleh pihak penguat kuasa.
"Cuma saya tidak boleh dedahkan kerana mereka yang terlibat mungkin akan menyembunyikan maklumat-maklumat itu," katanya pada sidang akhbar di Parlimen di sini, pada Khamis.
Mengulas lanjut, Nik Azman berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pihak penguat kuasa bagi tindakan lanjut.
Beliau turut memaklumkan satu jawatankuasa tindakan LKAN akan ditubuhkan bagi memantau dan meastikan isu-isu yang dibangkitkan diambil perhatian dari segi pembetulan.
Perkara itu katanya, adalah bagi meminimumkan kerugian kepada kerajaan.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh yang turut hadir sidang media itu berkata, PAC akan mengadakan mesyuarat khas bagi menentukan kementerian, jabatan, badan berkanun atau agensi yang akan dipanggil untuk menjalankan prosiding.
"Kita mengambil maklum isu-isu yang dibangkitkan oleh Ketua Audit Negara dalam kedua-dua laporan," ujarnya.
Astro Awani
Thu Dec 10 2020

Nik Azman Nik Abdul Majid berkata, pihaknya mengesan 11 isu yang punitif. - Foto fail/BERNAMA
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.

Dr Zulkifli beri jaminan akan segera tunai syor Laporan Ketua Audit Negara
Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan memastikan amanah dan kepercayaan pembayar zakat dapat dipenuhi dengan sebaik mungkin.

Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 1 kesan 11 isu punitif
Jabatan Audit Negara mengesan 11 isu punitif yang boleh disiasat pihak berkuasa menerusi Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1.

LKAN 2019: Penempatan semula markas/unit TUDM dan TDM dari PUKL lewat tiga tahun
Proses pemindahan Markas /Unit TUDM dan TDM dari PUKL enam lokasi baharu menelan belanja RM2.166 bilion, namun lewat tiga tahun.

LKAN 2019: Aset X milik TUDM bernilai RM3.574b lewat diterima, tidak tepati spesifikasi
Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2019 mendapati perolehan aset berkenaan dilaksanakan tanpa perancangan yang rapi.