Laporan agensi penarafan, Moody's Investors Service (Moody's), tidak menyatakan tahap sebenar hutang kerajaan, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
Laporan Moody's pada Rabu menyebut, perkembangan baru-baru ini seperti cadangan menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), pengenalan semula subsidi bahan api dan tahap hutang 1MDB, mungkin memberi kesan buruk kepada penarafan kredit Malaysia.
"Moody's menyatakan hutang langsung kerajaan adalah RM687 bilion dan kita tidak menafikannya.
"Ini dengan sendirinya menunjukkan mereka (Moody's) sedar akan jaminan kerajaan yang sudah menjadi hutang langsung berganda. Ini seharusnya diambil kira apabila anda mendedahkan tahap sebenar hutang kerajaan.
"Saya menyangkal dakwaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bahawa tahap hutang kita bukannya RM1.087 trilion," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa yang dianjurkan Country Heights Holdings Bhd, di sini, malam tadi.
BACA: Hutang RM1 trilion: Moody's pun kata MoF salah - Najib
BACA: Guan Eng dedah perincian hutang RM1 trilion
Lim berkata, hutang kerajaan Persekutuan adalah pada jumlah berkenaan kerana kerajaan pada masa ini mahu memasukkan liabiliti kontingen ini yang mana pada masa ini sudah menjadi hutang langsung.
"Sebagai contoh, hutang 1MDB adalah dalam bentuk jaminan dan kerana 1MDB dalam keadaan tidak mampu membayar hutang, ia tidak dapat membayarnya dan kerajaan harus melaksanakannya. Kenapa tidak berterus terang yang jaminan kerajaan ini sudah menjadi hutang langsung," tambahnya.
Katanya, laporan Moody's menunjukkan terdapat kesan positif dan negatif.
"Komen agensi berkenaan mengenai penghapusan GST adalah ia mengurangkan sumber perolehan, tetapi pada masa sama kerajaan menggantikannya dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
"Bagaimanapun, agensi itu juga berkata dengan menghapuskan GST ia akan menggalakkan penggunaan. Dengan peningkatan dalam penggunaan, ia akan membantu memacu ekonomi," tambah Lim
Sementara itu, pada majlis berkenaan, barangan keperluan harian diserahkan kepada 844 keluarga dan 156 pelajar dari rumah anak yatim.
Keseluruhannya, sebanyak 1,000 beg barangan diedarkan kepada mereka yang memerlukan dan sekolah di beberapa negeri.
--BERNAMA
Bernama
Wed Jun 13 2018

Lim berkata, hutang kerajaan Persekutuan adalah pada jumlah berkenaan kerana kerajaan pada masa ini mahu memasukkan liabiliti kontingen ini yang mana pada masa ini sudah menjadi hutang langsung. - Gambar fail

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 20 Februari 2025.

Saksi pembelaan gagal dikesan, perbicaraan kes 1MDB Najib ditangguh
Perbicaraan kes Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan penyelewengan RM2.3 bilion daripada 1MDB hari ini ditangguh kerana saksi gagal dikesan.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.