KUALA LUMPUR: Larangan eksport ayam terhadap penggiat industri dilihat tidak memberi impak yang ketara berikutan eksport hanya menyumbang peratusan kecil daripada jualan mereka, menurut ahli ekonomi.
Profesor Ekonomi Malaysia University of Science and Technology (MUST) Geoffrey Williams berkata walaupun negara akan berhenti mengeksport sehingga 3.6 juta ekor ayam sebulan mulai 1 Jun untuk menstabilkan harga dan pengeluaran ayam, penggiat industri masih dijangka mendapat manfaat daripada pasaran tempatan, yang menghadapi masalah kekurangan yang berterusan.
Bagaimanapun, katanya pengeksport akan kehilangan bahagian pasaran dan pendapatan. Oleh itu, beliau mencadangkan skim pampasan untuk mereka jika skim tersebut belum wujud.
"Stok suapan mereka boleh disubsidi atau mereka boleh diberi konsesi cukai.
"(Bagaimanapun,) perniagaan mereka akan bertahan. Mereka hanya perlu menghadapi tempoh sukar ini sehingga keadaan menjadi reda. Dalam tempoh jangka panjang, mereka boleh melihat untuk mempunyai model perniagaan yang lebih baik," katanya kepada Bernama.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin, mengumumkan keputusan Kabinet untuk melarang eksport ayam berikutan aduan pengguna mengenai kekurangan dan harga ayam yang tinggi.
BACA: Isu bekalan ayam: Kerajaan henti eksport ayam, wujudkan stok penimbal - Ismail Sabri
Williams, yang juga provost MUST untuk penyelidikan dan inovasi, menyifatkan larangan eksport itu sebagai penyelesaian jangka pendek yang baik untuk kekurangan, yang semakin meruncing.
Bagaimanapun, katanya langkah itu bukan penyelesaian jangka panjang berikutan had harga akhirnya akan menjadikan lebih sukar untuk mendapatkan wang daripada perniagaan.
Beliau berkata kerajaan melakukan perkara yang betul untuk menstabilkan pasaran dengan memansuhkan keperluan permit yang diluluskan untuk mengimport ayam, termasuk keseluruhan ayam dan bahagian ayam serta menyiasat dakwaan bahawa kartel mengawal harga dan pengeluaran ayam dalam kalangan syarikat yang lebih besar.
Sementara itu, antara penggiat ternakan ayam terbesar di Malaysia, yang pada masa ini mengeksport ayam ke Brunei, menjangka jualan bulanan akan lebih rendah sekitar RM500,000.
"Kami menghantar 50 tan untuk keseluruhan ayam secara berterusan ke Brunei pada setiap bulan. Oleh itu, syarikat akan mencatatkan pendapatan yang lebih rendah berikutan larangan eksport itu," kata jurucakapnya kepada Bernama.
Bagaimanapun, katanya syarikat kini memberi tumpuan kepada pasaran tempatan, yang mewakili 98 peratus daripada jumlah jualan.
"Sebelum ini, kami menjual 20,000 ekor ayam setiap hari dan jumlahnya berkurangan 20 peratus dalam tempoh kekurangan tersebut.
"Oleh itu, kami kini memberi tumpuan kepada permintaan tempatan, terutamanya di pasar raya runcit," katanya, sambil menambah ia mencatatkan jualan RM13 juta sebulan sebelum kekurangan itu.
Selain itu, katanya, syarikat masih menunggu Jabatan Perkhidmatan Veterinar untuk melaksanakan mekanisme larangan eksport itu.
Sementara itu, Pengurus Jualan Farm's Best Food Industries Sdn Bhd Lee Kuan Loong berkata syarikat mengeksport kira-kira 10,000 ekor ayam kepada syarikat sekutunya di Singapura sekali pada setiap dua bulan, yang boleh menjana kira-kira RM30,000.
Katanya susulan isu kekurangan itu, syarikat mengalami kerugian kira-kira 50 hingga 60 peratus baru-baru ini dan larangan eksport itu dijangka turut menyebabkan pendapatan lebih rendah.
"Kami mengeksport lima peratus daripada produk kami ke Singapura selain mempunyai kedudukan yang kukuh di Malaysia.
"Keputusan kerajaan itu dijangka menyebabkan gangguan sementara kepada bekalan ayam di Singapura," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 25 2022

Penggiat industri masih dijangka mendapat manfaat daripada pasaran tempatan, yang menghadapi masalah kekurangan yang berterusan. - Gambar hiasan/BERNAMA

Malaysia buka jalur baharu dengan negara berkembang, perluas skop dagangan negara - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perubahan dalam landskap geopolitik dunia pada masa ini memerlukan penyesuaian dalam strategi perhubungan antarabangsa.

Kerajaan Persekutuan, Sarawak akan perinci skop kerjasama Petronas-Petros - PM Anwar
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
AWANI Ringkas: Gegaran di Butterworth berpunca latihan TUDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.

Larangan eksport ayam tidak beri impak ketara kepada penggiat industri - Ahli ekonomi
Larangan eksport ayam terhadap penggiat industri dilihat tidak memberi impak yang ketara berikutan eksport hanya menyumbang peratusan kecil daripada jualan mereka, menurut ahli ekonomi.

FLFAM nafi ladang ternakan ayam ditutup tanda protes
Penghentian operasi sesebuah premis sedemikian adalah perkara biasa disebabkan faktor tertentu.