Malaysia yakin lawatan Presiden Perancis, Francois Hollande akan menarik lebih banyak syarikat Perancis menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Menurut beliau, kini terdapat sekurang-kurangnya 270 syarikat Perancis beroperasi di sini dengan nilai pelaburan RM15 bilion, dalam sektor seperti pembuatan, perkhidmatan dan kewangan.
"Perancis adalah antara negara yang mempunyai pelaburan besar di Malaysia dan juga sebuah negara kuasa besar. Oleh itu kerjasama ini akan meningkatkan profil Malaysia dalam sektor tenaga," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan pemeteraian enam memorandum persefahaman (MoU) di antara kedua-dua kerajaan di sini, pada Selasa.
Antara MoU berkenaan ialah dalam sektor gas, penjanaan tenaga solar dan gas, yang nilainya belum didedahkan.
Mustapa berkata, lawatan yang kerap antara Malaysia dan Perancis telah mengesahkan penglibatan dua hala aktif dan produktif Malaysia.
Beliau juga berkata, kementeriannya akan mewujudkan pembabitan berterusan dengan syarikat Perancis di negara ini.
Hollande tiba di Malaysia Isnin malam dan dijadual berlepas ke Jakarta malam tadi.
Menurut Mustapa, kebelakangan ini Malaysia setiap minggu menerima pelawat dari seluruh dunia berkaitan kerjasama perniagaan dan ia termasuk Pengerusi Alibaba Group, Jack Ma dan Raja Salman Abdulaziz Al Saud dari Arab Saudi.
"Ia mencerminkan keyakinan syarikat asing terhadap Malaysia. Oleh itu, kami menjangka pelaburan asing akan meningkat," tambahnya.
MoU yang ditandatangani pada Selasa termasuk antara syarikat Perancis, Electricite de France dan Tenaga Nasional Bhd.
Melalui MoU dua tahun tersebut, kedua-dua pihak akan mendapat manfaat daripada pengkongsian pengalaman dan pertukaran maklumat mengenai aspek pentadbiran, pengurusan dan teknikal berkaitan sektor tenaga.
Satu lagi MoU dimeterai antara kumpulan Perancis, Engie, peserta tenaga global dan Sime Darby, bagi membangunkan peluang perniagaan secara bersama dalam tenaga solar dan perkhidmatan pengurusan kemudahan bersepadu canggih.
MoU turut ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan Perancis dalam bidang memajukan perusahaan kecil dan sederhana serta syarikat baru bermula inovatif.
Ia dimeterai antara Bpifrance dan PlaTCOM Ventures.
Satu lagi MoU adalah antara Air Liquide and Invest KL untuk menyokong penubuhan Pusat Kecemerlangan, manakala MoU keenam antara Prestariang dan Thales Malaysia.
Perancis adalah rakan dagang keempat terbesar Malaysia dalam kalangan negara-negara Kesatuan Eropah.
Jumlah perdagangan antara Malaysia dan Perancis pada 2016 naik sebanyak 6.3 peratus kepada RM15.23 bilion. Eksport Malaysia ke Perancis berjumlah RM5.75 bilion manakala import sebanyak RM9.49 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 28 2017

Presiden Perancis Francois Hollande (berdiri kanan) bersama Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed menyaksikan pertukaran dokumen Memorandum Persefahaman (MoU) pada Selasa. - Foto Bernama

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Manchester United ada lebih banyak masalah daripada penyelesaian - Amorim bakal angkat kaki?
Amorim hanya dapat mengumpulkan 14 mata daripada 14 penampilannya sebagai pengurus United setakat ini.

Presiden Perancis akhiri lawatan negara dua hari ke Malaysia
Dalam lawatannya, Hollande diiringi oleh menteri-menterinya, anggota parlimen, pegawai-pegawai dan delegasi perniagaan.

Michelle Yeoh dianugerah Legion D'Honneur, Perancis
Beliau dianugerahi darjah 'the Commander of the Legion d'Honneur' oleh presiden Francois Hollande dalam satu majlis di kediaman duta besar Perancis di sini pada Selasa.

Songket Malaysia bakal diketengahkan di muzium Perancis
MoU akan mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua kerajaan dan mencipta lebih peluang untuk pertukaran budaya.

Lawatan Hollande akan lonjakkan pelaburan syarikat Perancis di Malaysia - Mustapa
Kini terdapat sekurang-kurangnya 270 syarikat Perancis beroperasi di sini dengan nilai pelaburan RM15 bilion, dalam sektor seperti pembuatan, perkhidmatan dan kewangan.

Peugeot, Proton bincang kemungkinan jalin perkongsian - PM Najib
Pembuat kereta Perancis, Peugeot, kini mengadakan perbincangan serius dengan Proton Holdings Bhd mengenai kemungkinan mewujudkan jalinan perkongsian.

Malaysia, Perancis terus komited perkukuhkan hubungan
Perancis ingin terus memastikan hubungan rapat antara dengan Malaysia dikekalkan.

Francois Hollande terima sambutan negara
Presiden Perancis Francois Hollande yang tiba untuk lawatan negara dua hari ke Malaysia, diberi sambutan negara di Dataran Parlimen di sini, hari ini.

Hollande tiba di Malaysia untuk lawatan negara dua hari
Presiden Perancis Francois Hollande tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL di sini, hari ini untuk memulakan lawatan negara dua hari di Malaysia.

Sekatan imigresen Trump bersifat diskriminasi
Sekatan imigresen Presiden Amerika Syarikat Donald Trump kepada warga Islam dari tujuh negara disifatkan tidak wajar dan bersifat diskriminasi.

Sekatan kemasukan AS: Presiden Perancis beri amaran kepada Trump
"Dalam dunia yang tidak stabil dan tidak menentu ini, bertindak secara 'inward' merupakan satu jalan buntu," kata Hollande kepada Trump dalam perbualan telefon rasmi pertama antara mereka.