Penggiat e-dagang, Lazada Malaysia dan TNG Digital Sdn Bhd memperkenalkan program insentif bernilai RM6 juta dinamakan #KitaBantuKita untuk merangsang ekonomi negara selepas COVID-19 dan melindungi lebih 320,000 perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta netpreneur.
Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Leo Chow berkata ekonomi digital akan menjadi faktor penting dalam pemulihan ekonomi Malaysia.
"Kita telah menyaksikan perubahan yang ketara dalam landskap perniagaan, dengan lebih banyak PKS tempatan mendigitalkan perniagaan mereka dengan memilih dalam talian.
"Sejak lima bulan lepas, jumlah penjual baharu di Lazada naik lebih 200 peratus berikutan rakyat Malaysia semakin ke arah penyelesaian dalam talian untuk keperluan harian mereka," katanya dalam kenyataan bersama pada Selasa.
Dengan satu pertiga daripada rakyat Malaysia yang membeli-belah di Lazada setiap bulan, inisiatif #KitaBantuKita menyasarkan untuk membantu PKS kembali bangkit dan mempercepatkan pemulihan mereka, katanya.
Sebagai tambahan kepada Pakej Kedai Pintar melibatkan dana tunai sebanyak RM10 juta sebelum ini, program itu merupakan yang pertama daripada beberapa langkah dalam perancangan mereka.
"Ini termasuk pembiayaan bersama kempen Shop Malaysia Online yang akan datang sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan kami untuk menyokong PKS tempatan.
"Dengan pendekatan digital diterajui kerajaan ke arah penjanaan semula ekonomi negara daripada kelembapan baru-baru ini, Lazada bersama komuniti kami terdiri daripada pelanggan, penjual, jenama dan rakan kongsi akan mempercepatkan pemulihan ekonomi negara melalui ekosistem e-dagang kami," kata Leo.
Rakyat Malaysia akan dapat menikmati penjimatan sehingga RM36 setiap satu melalui baucar dan rebat #KitaBantuKita semasa membeli-belah di Lazada.
Program insentif itu, bekerjasama dengan TNG Digital, akan mempercepatkan penggunaan platform digital dan pembayaran dalam kalangan pengguna dan peniaga, terutamanya perusahaan kecil dan perniagaan runcit, serta membantu mereka kembali bangkit dan berkembang dalam normal baharu.
Ketua Pegawai Eksekutif TNG Ignatius Ong berkata melalui program insentif #KitaBantuKita dengan Lazada Malaysia, syarikat akan terus membantu meningkatkan pemulihan ekonomi negara dan menggalakkan penyelesaian pembayaran yang mampan melalui Touch 'n Go eWallet.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 16 2020

Inisiatif #KitaBantuKita menyasarkan untuk membantu PKS kembali bangkit dan mempercepatkan pemulihan mereka. --fotoBERNAMA
Tukang cuci dipenjara 11 bulan, denda RM2,000 pecah masuk pejabat ADUN
Seorang tukang cuci dijatuhi hukuman penjara 11 bulan dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret George Town atas pertuduhan mencuri wang berjumlah RM7,259 di Pejabat Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, pada Disember tahun lalu.

Beego tidak setuju cerai, Linda Hashim akan berjuang lepaskan diri
Kes permohonan cerai pasangan pelakon, Beego dan Linda Hashim akan diteruskan dengan pelantikan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) pada 23 April depan.

Nilai rampasan e-waste cecah RM3.9 bilion - Saifuddin
Jumlah sitaan keseluruhan daripada operasi berkaitan sindiket e-waste kini sudah mencecah nilai RM3.9 bilion.

BNM kekal OPR pada 3.0 peratus
Bank pusat itu berkata ekonomi global tahun ini diunjur akan dikekalkan oleh keadaan pasaran buruh yang positif, inflasi sederhana dan dasar monetari yang kurang ketat.

Gangguan teknikal e-Placement, KKM batal keputusan penempatan 2,245 pegawai perubatan
Kementerian Kesihatan membatalkan pemilihan penempatan 2,245 Pegawai Perubatan Gred UD10, susulan gangguan teknikal pada sistem ePlacement.

Unit Integriti UA, IPT akan diletakkan di bawah Lembaga Pengarah Universiti - Zambry
Zambry berkata langkah itu diambil, bagi memastikan ketelusan tadbir, pelaksanaan tugas dan pemantauan integriti dilaksana sebaiknya.

Enam jenis ubat termasuk dari Jepun dirampas dari rumah Ridz Okumura
Enam jenis ubat-ubatan termasuk dari Jepun dirampas polis dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Ridz Okumura untuk siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura, Jumaat lalu.

Lelaki direman tiga hari bantu siasatan kes penemuan peluru
Seorang lelaki direman tiga hari bagi membantu siasatan penemuan beg mengandungi lebih 700 peluru di tempat pembuangan sampah sebuah pangsapuri.

RUU Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 diluluskan
RUU itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju, selepas dibahaskan 11 Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang.

Terdapat kejanggalan dalam perolehan FWCMS - PAC
PAC mendapati terdapat kejanggalan apabila Kementerian Dalam Negeri mengeluarkan Surat Setuju Terima sebelum memuktamadkan terma dan kaedah perolehan FWCMS.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.