KUALA LUMPUR: Syarikat Malaysia yang bersedia untuk mengeksport digalakkan memanfaatkan peluang perniagaan dalam persediaan Perancis menganjurkan Sukan Olimpik dan Paralimpik 2024 di Paris.
Pesuruhjaya Perdagangan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di Frankfurt, Zuhaila Sedek berkata penting bagi pengesport Malaysia untuk mempersiapkan diri bagi memastikan mereka mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Kesatuan Eropah (EU).
Jelas beliau lagi, ia membolehkan pemain-pemain industri tempatan mengakses pasaran EU terutamanya Perancis yang bakal menganjurkan sukan berprestij itu, yang dijadual bermula 26 Julai hingga 11 Ogos 2024.
"Matrade ingin berkongsi bahawa terdapat banyak peluang dalam penganjuran Sukan Olimpik dua tahun lagi iaitu dalam beberapa tender yang telah dikeluarkan oleh kerajaan Perancis.
"Secara kumulatifnya tender-tender ini bernilai 5 bilion Euro dan syarikat-syarikat Malaysia boleh mengambil peluang dalam prospek perniagaan yang ada melalui pembinaan Perkampungan Olimpik, misalnya yang sedang giat dijalankan.
"Jadi, kita boleh lihat peluang-peluang untuk mengesport dalam sektor seperti pembinaan, perkhidmatan profesional, makanan dan minuman halal, teknologi dan pelbagai lagi.
"Namun penting untuk syarikat Malaysia mencari strategi yang dinamik untuk mereka mengakses pasaran ini. Contohnya dengan berkolaborasi dengan pemain industri di Perancis, dan juga tentunya mempersiapkan diri dalam pematuhan undang-undang EU," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Mengulas lanjut, Zuhaila berkata penyertaan pengesport tempatan di pasaran Perancis memberi peluang besar untuk menjenamakan Malaysia di pasaran EU.
Ini kerana, katanya Perancis menjangkakan 9.7 juta pengunjung di Paris dan lebih empat bilion penonton di media elektronik sempena penganjuran Sukan Olimpik 2024.
Sehubungan itu, beliau berkata Matrade bersedia untuk membantu syarikat Malaysia yang memerlukan maklumat pasaran dan prospek spesifik bagi penganjuran Sukan Olimpik 2024.
Astro Awani
Tue Apr 19 2022

Matrade menggalakkan syarikat Malaysia yang sedia untuk eksport memanfaatkan peluang perniagaan yang wujud daripada Sukan Olimpik dan Paralimpik Paris 2024. - Gambar fail
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

EPL: Sensasi Asensio buat Chelsea gigit jari
Asensio menjaringkan gol kemenangan Villa pada minit ke-89 hasil kesilapan penjaga gol Chelsea, Filip Jorgensen.

Saya kehilangan sahabat baik - MB Perak
Menurutnya, secara peribadi hubungan mereka baik sejak sebelum Allahyarham menjadi Ketua UMNO Bahagian Tapah pada 2018.

Muhammad Kamil akan umum keputusan tanding Ketua AMK
Katanya, walaupun kesemua 14 AMK negeri telah nyatakan sokongan terhadapnya, beliau perlukan sedikit masa untuk mempertimbangkannya.
#AWANIRingkas 23 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 Februari 2025
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ Kesihatan tebusan Israel yang dibebaskan dalam keadaan baik
2️⃣ Pope Francis kritikal setelah kesihatan merosot
3️⃣ Trump dakwa capai perjanjian hasil galian dengan Ukraine
#awaniringkas

Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning diserah Selasa - Speaker
Speaker Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, ia akan dibuat selepas urusan kematian Allahyarham selesai.

EPL: Arsenal kian menjauh daripada kejuaraan
Aksi tidak kemas Arsenal dalam perlawanan kali ini dihukum Jarrod Bowen yang menanduk masuk lintangan Aaron Wan-Bissaka sebelum separuh masa.

Pasaran bunga terbesar Asia saksikan perniagaan berkembang dalam 2024
Dengan nilai transaksi 11.57 bilion yuan, pasaran itu mendahului dalam jumlah serta nilai dagangan bunga negara 25 tahun berturut-turut.

300,000 PMKS catat jualaan eksport berjumlah RM867 juta menerusi e-dagang bagi tempoh 2021 hingga 2024 - MITI
MATRADE telah menyelaras usaha membangunkan keupayaan kira-kira 300,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berjaya mengeksport keluar negara melalui pemasaran di platform e-dagang.

Malaysia perlu kembangkan pasaran dalam blok negara tidak dianggotai AS - Penganalisis
Malaysia perlu kembangkan aktiviti ekonomi dengan RCEP dan CPTPP yang tidak melibatkan Amerika Syarikat.

MIHAS@Dubai cecah jualan luar biasa RM2.2 bilion
Matrade) telah memuktamadkan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Dubai (MIHAS@Dubai) dengan kejayaan luar biasa, dengan jualan melangkaui sasaran sebanyak 120 peratus kepada RM2.2 bilion.

20 syarikat pembeli premium global sedia pasarkan produk halal melalui MIHAS@Dubai
Sebanyak 20 syarikat pembeli premium telah mengesahkan penyertaan mereka di MIHAS@Dubai bagi membolehkan syarikat dari Malaysia meneroka pasaran baharu yang bukan tradisional di peringkat global.

CIIE 2024: PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Pavilion berkenaan mengetengahkan 16 pempamer Malaysia yang disokong oleh rakan strategik Matrade.

Anak Najib, Nooryana Najwa dilantik Ahli Lembaga Pengarah Matrade
Anak perempuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa dilantik menjadi salah seorang Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade).

Malaysia raih jualan lebih RM400 juta di Ekspo China-ASEAN 2024
Pempamer Malaysia di Ekspo China-ASEAN ke-21 (CAEXPO) 2024 di Nanning, China baru-baru ini, mencatat jualan bernilai lebih RM402.88 juta.

Acara “Malaysia Breakfast Business Networking” perkukuh hubungan ekonomi Malaysia-Perancis
"Malaysia Breakfast Business Networking Event" di Paris bertujuan mendalamkan pemahaman sektor awam dan swasta Perancis mengenai landskap ekonomi Malaysia.

Pulau Pinang kekal negeri pengeksport utama Malaysia bagi Januari-Mei 2024
Pulau Pinang kekal sebagai negeri pengeksport utama Malaysia bagi tempoh Januari hingga Mei 2024 dengan nilai RM177.99 bilion.

Pertumbuhan sektor peranti perubatan Malaysia dijangka terus berkembang - Matrade
Kerajaan giat mempromosikan Malaysia sebagai hab pembuatan serantau dan komited untuk membangunkan industri penjagaan kesihatan.