KUALA LUMPUR: Gamuda Bhd mengumumkan bahawa empat syarikat pegangan konsesi, masing-masing secara berasingan telah menerima surat tawaran bersyarat untuk cadangan pelupusan semua sekuriti kepada Amanat Lebuhraya Rakyat Bhd (ALR) dan penyampaian penerimaan bertulis.
Syarikat-syarikat itu adalah Kesas Holdings Bhd (KESAS Holdings), Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Holdings Sdn Bhd (SPRINT Holdings), Lingkaran Trans Kota Holdings Bhd (LITRAK Holdings) dan Projek Smart Holdings Sdn Bhd (SMART Holdings).
Gamuda dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia berkata setiap tawaran KESAS, tawaran SPRINT, tawaran LITRAK dan tawaran SMART telah diberikan oleh ALR secara kendiri dan saling eksklusif antara satu sama lain.
"Setiap syarikat pegangan konsesi dijangkakan untuk memulakan rundingan berasingan dengan ALR bagi memuktamadkan terma dan syarat perjanjian masing-masing untuk cadangan pelupusan," katanya, Bernama melaporkan.
Pelaksanaan perjanjian muktamad oleh setiap syarikat dengan ALR akan tertakluk kepada penyempurnaan pelaksanaan usaha wajar ke atas setiap syarikat konsesi lebuh raya dan kelulusan oleh pihak berkuasa kawal selia yang berkaitan bagi setiap tawaran mengikut kehendak ALR.
Selain itu, perjanjian tersebut juga tertakluk kepada pelaksanaan oleh setiap syarikat berdasarkan terma dan syarat yang akan diluluskan oleh ALR, kelulusan pengecualian cukai pendapatan termasuk pengecualian duti setem daripada kerajaan dan kelulusan pemegang saham yang diperlukan oleh pemegang saham masing-masing.
Pada 4 April, Gamuda telah menerima surat tawaran bersyarat untuk ALR mengambil alih semua sekuriti dalam syarikat konsesi lebuh rayanya.
Katanya, ALR telah menawarkan untuk memperoleh 70 peratus kepentingannya dalam KESAS Sdn Bhd; 51.6 peratus kepentingan dalam SPRINT; 43.2 peratus kepentingan dalam LITRAK dan 50 peratus kepentingan dalam SMART, dengan bahagian nilai ekuiti yang dijangkakan untuk semua syarikat konsesi lebuh rayanya berjumlah RM2.33 bilion.
ALR menawarkan secara bersyarat untuk membeli semua sekuriti KESAS berdasarkan nilai perusahaan sebanyak RM1.24 bilion pada tarikh penilaian 31 Dis 2021; RM1.81 bilion untuk SPRINT; RM2.12 bilion untuk LITRAK dan RM313 juta untuk SMART.
LITRAK Holdings Bhd dalam satu makluman berasingan hari ini berkata adalah menjadi hasrat lembaga pengarahnya untuk mengagihkan hasil bersih yang sama daripada pelupusan yang dicadangkan kepada pemegang saham, tertakluk kepada pelaksanaan perjanjian muktamad dan penyelesaian pelupusan yang dicadangkan.
Sementara itu, Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (KPS) berkata syarikat bersekutu 20 peratus miliknya, SPRINT Holdings, juga telah menerima tawaran SPRINT dan akan membuat pengumuman terperinci yang sesuai berhubung tawaran itu dalam masa terdekat. - DagangNews.com
Dagang News
Tue Apr 19 2022

ALR menawarkan secara bersyarat untuk membeli semua sekuriti KESAS berdasarkan nilai perusahaan sebanyak RM1.24 bilion pada tarikh penilaian 31 Dis 2021. - Foto DagangNews

Katy Perry, tunang Jeff Bezos antara kru wanita bakal ke angkasa lepas
Enam kru penerbangan wanita sepenuhnya akan berlepas ke angkasa lepas dengan roket Blue Origin, yang pertama dalam tempoh lebih enam dekad.

Israel umum ‘sekatan keselamatan’ di al-Aqsa sempena Ramadan
Hanya lelaki berumur 55 tahun ke atas dan wanita berumur lebih 50 tahun dibenarkan memasuki pekarangan masjid "atas sebab keselamatan."

Perpaduan kunci utama keamanan, kemakmuran - Sultan Pahang
Titah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, perpaduan adalah kunci utama kepada keamanan dan kemakmuran sejagat.

Putera Mahkota Arab Saudi berkenan hadir Sidang Kemuncak ASEAN-GCC Di KL- Mohamad
Turut mengesahkan kehadiran ke sidang kemuncak itu ialah Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Farhan Al-Saud.

Liga Super: Selangor, Sabah seri tanpa jaringan
Keputusan seri itu menyaksikan Selangor kekal di tangga kedua liga dengan 43 mata, manakala Sabah berada di kedudukan ketiga dengan 35 mata.

Bazar Ramadan Rahmah di 95 lokasi seluruh negara - Fuziah
BRR menyediakan pilihan hidangan berbuka puasa pada harga berpatutan, dengan tumpuan khas kepada Menu Rahmah yang dijual tidak melebihi RM5.

KPM komited jadikan semua sekolah seluruh negara sekolah digital
Sasaran tersebut disokong pencapaian 90 peratus akses penggunaan DELIMa oleh pendidik dan keaktifan pelajar mengaplikasi teknologi digital.

Pusat Sains Negara ditutup sementara, namun Program STI terus diperhebat
Kerja-kerja pembaikan bumbung PSN akan dilaksanakan oleh JKR bagi memastikan keselamatan dan keselesaan pengunjung pada masa akan datang.

Faedah RM136 juta kepada GOVCO Holdings, faktor dua syarikat subsidiari Felda rugi
Kerugian juga berpunca daripada penjejasan nilai pelaburan dalam syarikat bersekutu akibat penurunan harga pelaburan saham pada 2023.

Kerajaan negeri pastikan pelaksanaan projek KDVT di Selangor berjalan lancar - Exco
Ng berkata terdapat beberapa isu yang dibangkitkan PBT dan kontraktor serta aduan penduduk berhubung projek itu.

Gamuda tingkat komitmen biasiswa kepada RM30 juta, perkasa 123 pelajar
Ia bakal beri manfaat kepada 123 pelajar, meningkat daripada 79 pelajar tahun lepas, dengan lebih 70% penerima daripada kumpulan B40.

Pelaksanaan LRT Pulau Pinang petanda baik bagi sektor pembinaan - Penyelidikan
Bank pelaburan itu mengekalkan saranan 'positif' bagi sektor pembinaan dengan projek itu dijangka memperkukuh kualiti pendapatan.

Gamuda dijangka raih kontrak RM8 hingga RM10 bilion bagi segmen pertama LRT Pulau Pinang
RHB Investment menganggarkan saiz kontrak segmen pertama Transit Aliran Ringan Pulau Pinang (LRT Pulau Pinang) yang bakal diraih Gamuda Bhd adalah antara RM8 bilion hingga RM10 bilion.

Kumpulan Gamuda perkasakan inovasi serantau dengan Google Cloud AI
Ia memperkasakan pekerja Gamuda untuk jadi lebih efisien dan inovatif dalam menyampaikan projek kejuruteraan, pembinaan dan infrastruktur awam.

Gamuda Land, Digital Nasional Bhd bekerjasama dorong Pelan Bandar Pintar
MoU berkenaan memastikan penduduk, orang awam dan perusahaan dalam projek Gamuda Land meraih manfaat daripada kesalinghubungan terkini 5G.

Gamuda meterai perjanjian JV bangunkan loji janakuasa hidroelektrik di Sabah
Ia bertujuan membangunkan Loji Janakuasa Hidroelektrik Upper Padas di Tenom, Sabah dengan anggaran kos projek berjumlah RM4 bilion.

Saham Gamuda naik susulan pengambilalihan di Vietnam
Harga saham-saham Gamuda Bhd meningkat pada sesi awal dagangan Jumaat, didorong oleh laporan media mengenai cadangan pengambilalihan tanah kediaman dan komersial oleh Gamuda Land Sdn Bhd di Vietnam.

MIDF yakin dengan sektor pembinaan, jangka 2023 tahun lebih baik bagi kontraktor
MIDF Research terus kekal yakin dengan sektor pembinaan susulan pengumuman dana tambahan oleh kerajaan persekutuan kepada Pulau Pinang untuk melaksanakan projek transit aliran ringan (LRT).

ALR capai persefahaman dengan Kesas, Sprint, Litrak berhubung tuntutan waranti - Gamuda
Gamuda berkata Kesas bersetuju menerima tuntutan ALR berkenaan fi tinjauan dan penggantian kenderaan berjumlah RM1.25 juta.

Gamuda sasar projek pembangunan pam hidro di Australia
Pelan RE Gamuda telah melebihi sempadan Malaysia yang menyaksikan Australia sebagai pasaran terpenting dan utama bagi kumpulan itu.