KUALA LUMPUR : Malaysia Debt Ventures Berhad (MDV) baru-baru ini menandatangani perjanjian pembiayaan ketiga dengan syarikat teknologi hartanah, LiveIn.
Pembiayaan itu antaranya bertujuan untuk membiayai sebahagian daripada keperluan modal kerja dan perbelanjaan modal LiveIn di Malaysia, serta menyokong rancangan pengembangan agresif mereka di Thailand.
Ia juga dijangka menjadi pelengkap kepada dana yang telah diperoleh daripada pelabur-pelabur antarabangsa baru-baru ini termasuk daripada Singapura, Jepun, Korea, dan Amerika Syarikat, dalam usaha memacu pengembangan strategik LiveIn di rantau ini.
"Rekod pertumbuhan kukuh LiveIn dan pendekatan inovatif dalam sektor teknologi hartanah mencerminkan matlamat MDV sendiri untuk memupuk syarikat pemula teknologi tempatan. Pembiayaan ini merupakan langkah penting dalam mengukuhkan pertumbuhan syarikat pemula teknologi Malaysia, menekankan kekuatan dan kemampuan sektor teknologi Malaysia dalam pasaran global, kata Ketua Pegawai Eksekutif MDV, Nizam Mohamed Nadzri.
Manakala, Ketua Pegawai Eksekutif & Pengasas Bersama LiveIn, Keek Wen Khai berkata, pihaknya yakin suntikan dana tersebut akan mengukuhkan keyakinan terhadap strategi pengembangan syarikat dan sumber tambahan bagi mempercepatkan pelaburan di rantau ini.
“Misi kami adalah untuk menangani isu mendesak perumahan mampu milik untuk golongan muda, dan setakat ini, kami telah mencapai kemajuan yang ketara ke arah mencapai matlamat ini dengan sokongan berterusan MDV.
“Potensi pasaran perumahan mampu milik ini amat menggalakkan untuk LiveIn dan kami kekal komited untuk mempelopori pasaran baru serta memperkenalkan perkhidmatan yang inovatif bagi merevolusikan industri ini. Dengan sedikit masa, kami yakin kami akan dapat berdiri setara dengan syarikat-syarikat terkemuka Malaysia yang lain di pasaran global,” kata Keek Wen Khai.
Kerjasama produktif di antara MDV dan LiveIn bermula sejak 2021 apabila LiveIn menerima pembiayaan pertama daripada MDV di bawah program Hutang Teroka MDV.
LiveIn mengambil langkah mengembangkan operasi ke Thailand pada tahun 2020, di sebalik cabaran pandemik COVID-19. Ia memberi tumpuan untuk membina hubungan dengan pemilik hartanah dan pemaju dalam usaha meningkatkan jumlah serta kepelbagaian bilik sedia disewa di rantau itu.
Langkah ini memberikan LiveIn peluang untuk menarik minat golongan muda yang kembali ke bandar-bandar besar untuk mencari peluang pekerjaan seiring dengan pemulihan ekonomi. Di antara tahun 2019 hingga 2023, LiveIn telah menyaksikan pertumbuhan pendapatan berulang tahunan atau ARR sebanyak 5 kali ganda.
Astro Awani
Tue Feb 20 2024

Nizam berkata pembiayaan itu antaranya bertujuan untuk membiayai sebahagian daripada keperluan modal kerja dan perbelanjaan modal LiveIn di Malaysia. - Foto MDV

Meta akan mulakan ujian Community Notes di Facebook, Instagram dan Threads
Meta, syarikat induk Facebook, Instagram dan Threads, mengumumkan pada Khamis, ia akan memulakan ujian Community Notes di platformnya.

All England: Kecederaan tidak halang Pearly-Thinaah layak ke suku akhir
Pearly mempamerkan daya tahan yang luar biasa dengan mengatasi ketakutan terhadap kecederaan pada set kedua untuk melonjakkan dirinya dan Thinaah, ke suku akhir All England di Birmingham hari ini.
Donatella Versace letak jawatan sebagai Ketua Pegawai Kreatif Versace
Jawatan itu akan diambil oleh bekas Pengarah reka bentuk dan imej jenama Miu Miu, Dario Vitale berkuat kuasa 1 April 2025.
Polis sahkan ancaman senjata palsu, hospital selamat digunakan
Jabatan Sheriff Daerah San Bernardino mengesahkan menerima panggilan daripada seorang suspek lelaki yang memaklumkan dia mendengar suara dalam kepala mengarahnya untuk membunuh orang.
Constantine Tassoulas rasmi Presiden baru Greece
Tassoulas, 65 tahun, menggantikan Katerina Sakellaropoulou yang penggal lima tahunnya tamat pada awal Mac lalu.
NHS England dimansuhkan, elak pertindihan
Badan bebas, Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS) Englands dimansuhkan susulan penyususnan semula yang ketat di bawah kepimpinan baharu.
Pemimpin masyarakat disaran bantu perjelas dasar kerajaan
Pemimpin masyarakat perlu membantu dalam memperjelaskan dasar dan kejayaan yang dicapai oleh Kerajaan MADANI kepada rakyat.
Satu daripada 3 kanak-kanak Malaysia alami masalah obesiti
Laporan NHMS menunjukkan satu daripada tiga kanak-kanak Malaysia mengalami masalah lebihan berat badan atau obesiti.
Elaun pelatih PLKN digantikan elaun perjalanan berstruktur
Kerajaan telah memutuskan untuk menggantikan pemberian elaun harian sebanyak RM8 kepada pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
Jho Low masih dalam senarai permohonan notis merah INTERPOL
Kementerian Dalam Negeri menegaskan permohonan notis merah kepada Polis Antarabangsa (Interpol) terhadap Jho Low masih lagi aktif dan berkuat kuasa sehingga hari ini.

MDV lantik Rizal Fauzi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu
Rizal gantikan Nizam Mohamed Nadzri setelah tempoh perkhidmatan beliau berakhir pada Februari 2024 selepas berkhidmat sebagai KPE sejak tahun 2018.

MDV sasar perluas produk ke peringkat global
MDV sedang merancang untuk memperluaskan produk Venture Finance dan bekerjasama dengan agensi di peringkat serantau dan global.

Syarikat pemula niaga dinasihat pastikan data kewangan mereka dalam keadaan baik - MDV
Bakal pelabur mahukan gambaran penuh mengenai perniagaan pemula niaga sebelum membuat keputusan untuk memberikan pelaburan atau pembiayaan.