KUALA LUMPUR: Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
Presidennya, Mohd. Shamsor Mohd Zain berkata unjuran bagi jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) itu terdiri daripada kuantiti kenderaan penumpang yang lebih tinggi iaitu sebanyak 696,150 unit dan kenderaan komersial yang lebih rendah iaitu 68,850 unit berbanding unjuran awal masing-masing pada 666,000 dan 74,000 unit sebelum ini.
"Faktor yang menyumbang kepada peningkatan TIV termasuk ekonomi domestik yang berdaya tahan. Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia berada pada kedudukan yang baik untuk berkembang dalam julat unjuran rasmi empat hingga lima peratus.
"Keputusan Bank Negara Malaysia untuk mengekalkan kadar dasar semalaman pada tiga peratus adalah satu lagi faktor utama yang akan mengekalkan pasaran automotif," katanya pada sidang media pada Selasa.
Beliau berkata pesanan tertunggak yang banyak terutamanya dalam pasaran kenderaan penumpang segmen A ditambah dengan pelancaran lebih banyak model baharu oleh pemain baharu, menjadi faktor utama yang menyumbang kepada unjuran disemak semula itu.
"Kesinambungan strategi promosi agresif oleh ahli MAA yang menyediakan perkhidmatan nilai tambah serta lebih banyak pilihan kepada pelanggan akan membantu meningkatkan lagi permintaan," katanya.
Mohd Shamsor berkata TIV bagi tempoh Separuh Pertama 2024 meningkat sebanyak 6.6 peratus kepada 390,296 unit daripada 366,176 unit pada tempoh yang sama 2023, dengan kenderaan penumpang merupakan penyumbang kuantiti terbesar.
Menurutnya, jumlah pengeluaran industri bagi tempoh Separuh Pertama 2024 juga meningkat sebanyak 8.1 peratus kepada 392,052 unit daripada 362,535 pada 2023.
Sementara itu, MAA akan menganjurkan edisi ke-10 Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) 2024 dari 5 sehingga 11 Disember di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.
Qube Integrated Malaysia Sdn Bhd, penyelaras KLIMS 2024 berkata seramai 250,000 pengunjung dijangka mengunjungi acara yang berlangsung selama tujuh hari itu.
Pengarah Acara Perniagaannya Yuhanis Latif berkata jenama automotif utama seperti Perodua, Proton, Toyota, Honda, Mitsubishi, dan Nissan telah mengesahkan penyertaan mereka di KLIMS 2024.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 16 2024

Menurut Mohd. Shamsor, jumlah pengeluaran industri bagi tempoh Separuh Pertama 2024 juga meningkat sebanyak 8.1 peratus kepada 392,052 unit daripada 362,535 pada 2023. - Foto fail/Dagang News
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai bekas Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$117.7 bilion pada 14 Feb 2025
Bank pusat menjelaskan paras rizab itu memadai untuk membiayai lima bulan import barangan dan perkhidmatan serta 0.9 kali jumlah hutang luar negara jangka masa pendek.

Ringgit dalam hala tuju tepat meskipun berdepan perang perdagangan AS - Gabenor BNM
Pergerakan ringgit berada dalam hala tuju yang tepat meskipun berada dalam persekitaran ketidaktentuan akibat perang perdagangan Amerika Syarikat (AS).

Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus berbanding dolar US pada 2024 - BNM
Ringgit menambah nilai keseluruhan sebanyak 2.7 peratus dolar US pada 2024, merupakan satu daripada beberapa mata wang di Asia yang meningkat berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS).

Inflasi keseluruhan, inflasi teras turun kepada 1.8 peratus pada 2024
Inflasi keseluruhan dan inflasi teras Malaysia bagi 2024 masing-masing turun kepada 1.8 peratus, berbanding 2.5 peratus dan 3.0 peratus pada 2023.

Prestasi kukuh KDNK 2024 pacu ringgit ditutup tinggi
Pertumbuhan kukuh ekonomi Malaysia pada 2024 telah membantu melonjakkan ringgit untuk ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS hari ini.

Pertumbuhan KDNK Malaysia 5.1 peratus perlihat daya tahan dalam ketidaktentuan global
Pertumbuhan KDNK Malaysia bagi suku keempat 2024 pada 5.0 peratus yang menyumbang pengembangan setahun penuh 5.1 peratus, mencerminkan ekonomi berdaya tahan yang memanfaatkan kekuatan domestik.

BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030
BNM melalui Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) menerbitkan kertas perbincangan yang menggariskan cadangan dasar bagi Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan (NSFL) kedua (2026 - 2030).

SPRM sahkan panggil tiga selebriti minggu ini
Berdasarkan siasatan awal, artis-artis berkenaan dibayar sehingga ratusan ribu ringgit bagi menggunakan wajah mereka untuk meyakinkan orang awam menggunakan perkhidmatan disediakan.

Aset rizab rasmi Malaysia AS$116.22 bilion pada akhir Disember 2024 - BNM
Unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah AS$2.49 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.

BNM keluarkan dokumen semakan semula dasar wang elektronik
Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan dokumen dasar wang elektronik dan set soalan lazim (FAQ) yang disemak semula berkuat kuasa hari ini.