KUALA LUMPUR: Persatuan Penganjur dan Pembekal Persidangan dan Pameran Malaysia (MACEOS) menyasar untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi acara perniagaan utama di dunia dengan memperkenalkan beberapa inisiatif kelestarian strategik bagi menyokong agenda Sifar Bersih karbon.
Presidennya Francis Teo berkata persatuan itu akan menyelaraskan semua inisiatif berkaitan kelestarian, justeru, ia mengharapkan ahlinya agar melaksanakan usaha yang sama dalam aktiviti perniagaan mereka.
Beliau berkata antara inisiatif tersebut termasuklah pemeteraian Memorandum Persefahaman dengan Yayasan Hijau Malaysia untuk melaksanakan beberapa program kesedaran dan latihan kepada ahli MACEOS bagi melengkapkan mereka dengan pengetahuan dan instrumen yang sesuai untuk memacu kelestarian dalam kalangan pemain.
"Kerjasama dengan agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam mengukuhkan lagi komitmen dan perkongsian kami untuk menyepadukan standard amalan berkualiti ke dalam perniagaan kami," katanya dalam ucapan beliau pada majlis Anugerah Acara Perniagaan Malaysia (MBEA) di sini, malam ini.
Selain itu, Teo berkata MACEOS juga komited untuk meningkatkan kualiti acara perniagaan di Malaysia dengan menjalin kerjasama bersama dengan Jabatan Standard Malaysia untuk membangunkan standard dan mengawal selia industri.
Standard yang dibangunkan termasuklah keperluan konvensyen, pusat pameran dan ruang acara, keperluan penganjur kongres profesional dan keperluan penganjur pameran profesional.
"Standard ini akan memastikan penetapan penanda aras berkualiti untuk memupuk kepercayaan dan keyakinan dalam kalangan bakal pelanggan kami, bagi membolehkan kami mengukuhkan penjenamaan Malaysia sebagai destinasi acara perniagaan dan membantu kami berkembang ke pasaran baharu," katanya.
Justeru, beliau menggalakkan ahli MACEOS untuk menyemak draf standard yang telah dikeluarkan dan berkongsi pandangan mereka sebelum tarikh akhir pada 14 Feb.
Sementara itu mengenai MBEA, Teo berkata, penganugerahan pada tahun ini menumpukan kepada inisiatif kelestarian dan hijau sebagai kriteria utama selain inovasi, kreativiti dan impak, antara lainnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 31 2024

Francis berkata persatuan itu akan menyelaraskan semua inisiatif berkaitan kelestarian. - Gambar fail

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

MyCEB, MACEOS meterai kerjasama strategik untuk transformasi MBEW 2024
Pencapaian besar untuk Minggu Acara Perniagaan Malaysia (MBEW) Ke-9 2024, menggariskan komitmen bersama untuk kedua-dua penganjur mengangkat sektor acara perniagaan di Malaysia.

MACEOS perkenal inisiatif kelestarian strategik jadikan Malaysia destinasi acara perniagaan utama dunia
MACEOS menyasar untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi acara perniagaan utama di dunia dengan memperkenalkan beberapa inisiatif kelestarian strategik bagi menyokong agenda Sifar Bersih karbon.