KUALA LUMPUR: Industri madu kelulut semakin berkembang pesat dalam pasaran hari ini dan mempunyai potensi memberikan pulangan lumayan sehingga RM500 juta.
Menyedari potensi itu, Pharmaniaga Bhd menerusi Pharmaniaga Naturals melancarkan produk ARNIA madu kelulut 100 peratus asli, iaitu ARNIA Mono-Floral dan ARNIA Multi-Floral yang mengandungi 265gram (g) madu kelulut setiap botol.
Ketua Pembangunan Perniagaan, Shahanaz Sulaiman berkata, produk tersebut adalah sebahagian tanggungjawab sosial pihaknya mendidik masyarakat tentang kebaikan madu kelulut, di samping menjamin keasliannya mengikuti piawaian ditetapkan.
“ARNIA akan memberi jaminan keyakinan kepada pengguna dengan keluaran madu yang asli dan berkualiti tinggi. Ini adalah disebabkan penghasilan ARNIA mengikut piawaian Malaysian Standard MS 2683 dan sijil pengilangan GMP. Serta, kandungan airnya kurang 22 peratus menjadikan ia lebih likat dan mudah disimpan,” katanya dalam program AWANI Pagi, baru-baru ini.
“Madu kelulut bukan sahaja berkhasiat dan bermanfaat terhadap kesihatan, malah ia adalah produk agro yang berpotensi untuk dikembangkan memandangkan permintaannya yang tinggi. Seperti yang kita ketahui, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah mengiktiraf Madu kelulut sebagai 'superfood' pertama di Malaysia,” katanya.
Ujarnya lagi, selain diiktirafkan sebagai ‘superfood’, produk tersebut sudah melalui pelbagai proses termasuk mendapat pengiktirafan halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Dalam pada itu, Pensyarah Fakulti Sains dan Sekitaran Marin Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Prof Madya Dr Wan Iryani Wan Ismail berkata, madu kelulut ARNIA berbeza dengan kebanyakan madu di pasaran kerana mempunyai khasiat yang baik untuk kesihatan.
“Terdapat gula semula jadi yang dipanggil sebagai trehalulose dan boleh didapati sehingga 40 peratus dalam madu kelulut, itu satu keistimewaan madu kelulut Malaysia. Tetapi, kita juga menghadapi masalah kewujudan madu tiruan dan untuk atasinya, perlu menggalakkan dan mendedahkan kepada masyarakat tentang madu kelulut asli.
“Kandungan trehalulose yang tinggi ini juga membantu pengguna menjaga nilai indeks glisemik yang rendah (GI), iaitu dapat diserap secara perlahan ke dalam aliran darah kita yang dapat juga menghalang daripada meningkatkan tahap gula dalam darah,” katanya.
Tambah Wan Iryani, pengguna tidak perlu risau mengenai keaslian dan kualiti madu kelulut, malah ia mempunyai rasa yang sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia.
“Selain itu, madu tiruan yang diamalkan boleh menyebabkan pelbagai risiko penyakit seperti diabetes, obesiti, kolesterol tinggi dan sebagainya. Jadi, kami para penyelidik memang fokus untuk mendidik masyarakat dalam penemuan madu melalui penemuan-penemuan saintifik.
“Pada masa sama, cara mengenal pasti status ketulenan madu, antaranya dengan bau, rasa dan warna madu atau dipanggil sebagai pengujian berasaskan deria. Sebagai contoh, madu asli mempunyai aroma yang wangi dan berasaskan bunga manakala madu tiruan tidak mempunyai bau dan hapak atau umpama karamel yang kebanyakan dibuat daripada gula.
“Keduanya, dari segi warna dilihat melalui keterlihatan, madu asli mempunyai keterlihatan dan tidak lutsinar sepenuhnya kerana mempunyai banyak bahan mineral berbanding madu tiruan. Ketiga, melalui rasa, kebanyakan madu tiruan mempunyai rasa manis ketara dan tiada aftertaste, iaitu rasa selepas rasa berbanding madu asli yang menyerap dan ambil masa untuk hilang,” katanya.
Kini, ARNIA Madu Kelulut boleh didapati di seluruh AEON Wellness dan AEON terpilih. Orang ramai juga boleh mendapatkannya secara dalam talian Shopee, Lazada dan PG Mall.
Layari www.arnia.my untuk maklumat lanjut dan sebarang promosi, boleh mengikuti ARNIA di Instagram dan Facebook di @arniamadukelulut.
Ehsan A Marisah
Fri Sep 24 2021

Produk ARNIA madu kelulut 100 peratus asli didatangkan dalam dua jenis pilihan, iaitu ARNIA Mono-Floral dan ARNIA Multi-Floral. - Gambar Pharmaniaga Naturals
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

FAMA kaji harga lantai belian sayur dan buah ladang kontrak
Kajian harga lantai bagi produk di bawah seliaan FAMA akan dibuat dua tahun sekali dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Jabatan Pertanian.

Bapa saudara cabul remaja ditahan polis
Suspek berusia 30-an melakukan perbuatan itu ketika mangsa yang juga seorang remaja berusia 14 tahun berada di rumah neneknya.

Jerman adakan pilihan raya awal Ahad ini
Jerman akan mengadakan pilihan raya awal pada Ahad bagi memilih 630 ahli Bundestag.

Kastam rampas senjata api tiruan bernilai RM1.8 juta sepanjang tahun lepas
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan 31 kes cubaan membawa masuk senjata api ringan tiruan ke negara ini sepanjang tahun lepas, membabitkan nilai rampasan RM1.8 juta.

Melaka Sentral akan dibaik pulih demi keselesaan pengguna
Bangunan Melaka Sentral tidak akan dirobohkan tetapi kerja-kerja pemuliharaan dan baik pulih pada bahagian yang rosak bakal dilaksanakan.

Terengganu guna khidmat pelajar tahfiz imam solat tarawih
Semua masjid dan surau digalak melantik imam dalam kalangan pelajar tahfiz yang menguasai aspek al-Quran dan mempunyai ilmu pengetahuan fiqah.

Industri madu kelulut berpotensi tinggi dikembangkan - Dr Zaliha
Berdasarkan data Jabatan Pertanian, pengeluaran madu kelulut di Malaysia mencecah hampir 146kg dengan nilai melebihi RM21 juta.

Madu kelulut, roti pratha, rempah dari Malaysia dapat permintaan di AS - Enescorp
Firma penyelidikan pasaran berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), Enescorp International LLC, yang telah membantu 15 syarikat Malaysia dalam industri makanan menembusi pasaran di AS.

Beruang musnah sarang madu kelulut, pengusaha rugi RM20,000
Selain log kelulut, haiwan liar itu turut merosakkan pagar yang dibina di kawasan madu kelulutnya itu.

Perusahaan madu kelulut di Kapit, jana pendapatan lumayan
Bermula dengan hanya dua log madu kelulut, seorang pengusaha produk itu di Kapit kini boleh berbangga apabila terus mendapat permintaan yang tinggi.

Pengawal keselamatan jana pendapatan sampingan hasil ternak kelulut
Dia mula menceburi penternakan lebah kelulut kira-kira lima tahun lalu dan mampu meraih pendapatan lebih RM3,000 sebulan.

Madu kelulut jana pulangan lumayan, baik untuk kesihatan
Pharmaniaga Bhd menerusi Pharmaniaga Naturals melancarkan produk ARNIA madu kelulut 100 peratus asli, iaitu ARNIA Mono-Floral dan ARNIA Multi-Floral.

Beruang matahari ceroboh kampung, penduduk bimbang keselamatan keluarga
Penduduk yang sebelum ini tidak pernah diganggu haiwan liar yang ganas sejak tinggal di penempatan itu, mengakui kehidupan mereka agak terjejas sejak kebelakangan ini.

Felda Taib Andak bakal dijadikan hab pengeluaran madu kelulut
Untuk menjadikan rancangan itu satu realiti, setiap peserta akan diberi kursus dan juga latihan selama dua minggu bermula bulan hadapan.

Ternak kelulut sumber pendapatan menguntungkan di pedalaman Terengganu
Sebahagian mereka kini mula beralih kepada penternakan kelulut yang menghasilkan madu sebagai sumber pendapatan baharu dan sampingan yang menguntungkan.

Swasta digalak buka makmal proses madu kelulut - Ahmad Shabery
Pihak swasta digalak membuka makmal atau pusat pemprosesan madu kelulut bagi menghasilkan madu berkualiti dan mampu menjana keuntungan.