Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong akan mengetuai Misi Ekonomi dan Teknikal Mengenai Minyak Sawit, Produk Kayu dan Getah ke Iran dan India mulai 5 hingga 9 Februari 2017.
Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata, delegasi tersebut akan terdiri daripada wakil kementerian itu, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Majlis Minyak Sawit Malaysia, Lembaga Getah Malaysia, Majlis Perkayuan Malaysia serta sektor swasta.
"Misi itu bertujuan mempromosi dan mengukuhkan eksport minyak sawit, produk kayu dan getah ke Iran dan India serta memantapkan hubungan perniagaan antara sektor swasta kedua-dua negara dengan Malaysia," katanya.
Kementerian itu berkata, Mah akan merasmikan pembukaan pejabat serantau MPOB serta Pesta Dagangan dan Seminar Minyak Sawit (POTS Iran 2017) di Teheran, Iran dan Seminar Rangkaian Minyak Sawit di Mumbai, India.
"Ia akan mengadakan perbincangan dua hala dengan menteri bertanggungjawab untuk perdagangan, pertanian serta kesihatan di Iran ketika lawatan mulai 5 hingga 7 Februari," katanya.
Kementerian itu berkata, mesyuarat berkenaan akan memberi tumpuan kepada pelbagai isu, termasuk keselamatan dan faedah pemakanan minyak sawit dan beberapa bidang kerjasama bagi mengukuhkan dagangan dua hala.
Sementara itu, ketika lawatan ke India pada 8 Februari, Mah akan merasmikan Seminar Rangkaian Minyak Sawit dan mengadakan perbincangan meja bulat dengan Persatuan Pengekstrak Pelarut India.
"Mesyuarat terbabit akan memberi tumpuan ke atas pelbagai bidang bagi mengukuhkan perdagangan minyak sawit," katanya.
Bagi tempoh Januari hingga November 2016, jumlah dagangan dengan Iran bernilai RM2.59 bilion.
Jumlah eksport bernilai RM1.97 bilion dan daripada jumlah itu, produk komoditi menyumbang RM1.55 bilion, atau 78.7 peratus daripada jumlah eksport.
Produk komoditi utama yang dieksport dalam tempoh sama adalah produk minyak sawit yang bernilai RM1.21 bilion, produk perkayuan (RM33.76 juta) dan produk getah, RM268.94 juta.
Untuk India, bagi tempoh Januari hingga November 2016, jumlah dagangan bernilai RM44.48 bilion.
Jumlah eksport bernilai RM29.24 bilion dan daripada jumlah itu, produk komoditi menyumbang RM9.57 bilion atau 32.7 peratus.
Produk komoditi terbesar yang dieksport bagi tempoh sama ialah produk minyak sawit (RM7.8 bilion), produk kayu (RM1.42 bilion) dan produk getah, RM279.53 juta).
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 04 2017

MAH: Misi itu bertujuan mempromosi dan mengukuhkan eksport minyak sawit, produk kayu dan getah.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Sarung tangan: Permintaan melebihi kapasiti pengeluaran untuk tiga tahun seterusnya
Ini berikutan usaha penghasilannya termasuk proses celupan sarung tangan itu akan memakan masa yang panjang.

Bina jalan raya guna getah untuk bantu pekebun kecil - LGM
Di Malaysia secara purata 5 ke 10 peratus jalan daripada 100,000 kilometer keseluruhan, akan diturap kembali setiap tahun.

Boleh toreh getah waktu tengkujuh - LGM
Bagaimanapun, Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia berkata hanya sekitar 5 hingga 10 peratus pekebun kecil Malaysia menggunakan alat pelindung hujan.

PAU2017: Dapat BR1M, keluar getah
Manfaat Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan hanya terhad kepada pembelian barangan keperluan asas.

Insentif bagi pengeluaran getah dan getah buku disemak semula - Uggah
Insentif Pengeluaran Getah dinaikkan kepada RM5.10 daripada RM4.60 sekilogram bagi getah SMR 20 FOB berkuat kuasa bulan ini.
Pasaran getah mungkin pulih minggu depan
Pasaran getah Malaysia diunjurkan pulih minggu depan apabila semakin banyak pelabur kembali ke pasaran selepas menyambut perayaan Tahun Baru Cina.