LANGKAWI: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menjangkakan lebih banyak syarikat penerbangan, termasuk syarikat penerbangan baharu dari Asia Utara dan Eropah meneroka pasaran industri penerbangan Malaysia di antara suku keempat 2024 dan suku pertama tahun depan.
Pengurus Besar Kanannya, Megat Ardian Wira Mohd Aminuddin berkata, beberapa syarikat penerbangan sama ada syarikat penerbangan baharu atau syarikat penerbangan sedia ada menunjukkan minat memulakan laluan baharu ke Malaysia.
"Kami juga sedang berbincang dengan mereka mengenai operasi di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Langkawi, jadi ramai daripada mereka telah menunjukkan minat sama ada untuk memulakan semula laluan atau memasuki destinasi baharu," katanya kepada media di Routes Asia 2024 pada Rabu.
Megat berkata, bagaimanapun, semuanya bergantung kepada rundingan dengan syarikat penerbangan berkenaan mengenai insentif dan cadangan yang ditawarkan oleh MAHB.
"Biasanya, di bahagian lapangan terbang, kami boleh membantu dengan kos operasi, memberikan sedikit pengecualian dari segi bayaran pendaratan, dan membantu dengan perbelanjaan pemasaran untuk mempromosikan destinasi," katanya.
Beliau berkata, MAHB bekerjasama rapat dengan Tourism Malaysia untuk mengemukakan beberapa cadangan bagi perbelanjaan pemasaran dan menyelaras dengan pengendali daratan untuk meneroka kemungkinan insentif seperti jumlah diskaun.
Ketika ditanya mengenai jumlah syarikat penerbangan yang disasarkan, beliau berkata, pengendali lapangan terbang menyasarkan hampir 70 hingga 80 syarikat penerbangan.
Dari segi persediaan Tahun Melawat Malaysia 2026, beliau berkata, antara inisiatif yang sedang dijalankan ialah menggantikan Aerotrain dan naik taraf sistem pengendalian bagasi.
"Dari segi peruncitan, kami mempunyai jenama baharu yang masuk, selain dari kedai runcit sedia ada seperti Jamie Oliver, Taco Bell dan Kitchen by Open House, dan (kesemua inisiatif) akan dipertingkatkan menjelang 2026," tambahnya. - BERNAMA
Bernama
Wed Feb 28 2024

Megat Ardian Wira berkata, beberapa syarikat penerbangan sama ada syarikat penerbangan baharu atau syarikat penerbangan sedia ada menunjukkan minat memulakan laluan baharu ke Malaysia. - Gambar Bernama
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

MAHB akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 25 Feb 2025
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijadualkan akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 25 Feb 2025.

Tuduhan KWSP rugi jual saham MAHB tidak berasas, catat pendapatan pelaburan RM63.48b
Tuduhan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) disifatkan sebagai tidak berasas.

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi KLCI sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

Usaha transformasi MAHB akan buahkan hasil - MOF
Usaha penstrukturan semula MAHB dengan penubuhan konsortium diterajui Gateway Development Alliance dijangka membuahkan hasil.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Tawaran sukarela konsortium dianggotai KWSP adalah pelaburan baharu jangka panjang - MOF
Tuduhan bahawa KWSP mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) adalah tidak berasas.

KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB
KWSP menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di KLIA, pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.

MAHB akan dinyahsenarai dari pasaran utama, hari terakhir dagangan pada 19 Feb
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan dinyahsenarai dari Pasaran Utama Bursa Malaysia kerana peratusan saham syarikat yang dimiliki oleh pelabur awam minimumnya kini kurang daripada 25 peratus.

Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.