KUALA LUMPUR: Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kekal untung selepas mencatatkan keuntungan bersih RM58.19 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, 2023 (S1 TK2023), berbanding kerugian RM104.76 juta pada suku yang sama sebelumnya.
Ini selepas pengendali lapangan terbang itu kembali memperoleh keuntungan pada S4 TK2022, menamatkan kerugian pada 11 suku berturut-turut sebelum ini.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Selasa, MAHB berkata hasilnya meningkat kepada RM1.03 bilion pada suku dalam tinjauan, berbanding RM570.85 juta tahun lepas, peningkatan sebanyak 81.2 peratus.
"Kumpulan mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM63.3 juta pada suku semasa dalam tinjauan didorong oleh hasil lebih tinggi, pendapatan lain dan kos kewangan yang lebih rendah bagi tempoh tersebut.
"Peningkatan hasil ini adalah sejajar dengan pertambahan ketara jumlah penumpang bagi kumpulan, didorong oleh protokol perjalanan yang dilonggarkan lagi dan penyambungan semula perkhidmatan penerbangan dan ketersambungan dengan pemulihan trafik yang menyaksikan jumlah trafik sebanyak 26.8 juta penumpang berbanding 14.7 juta penumpang pada suku yang sama tahun sebelumnya," katanya.
Secara keseluruhannya, MAHB berkata operasi di Malaysia telah mencatatkan peningkatan ketara dalam hasil sebanyak 131.5 peratus daripada RM273.1 juta kepada RM632.2 juta.
Mengenai prospek, MAHB berkata rangkaian trafik lapangan terbangnya terus menunjukkan pemulihan, dengan pergerakan penumpang suku pertama TK2023 menghampiri paras prapandemik, mencapai 80.2 peratus daripada paras suku pertama TK2019 dan mencatatkan 26.8 juta pergerakan penumpang, pertumbuhan sebanyak empat peratus berbanding S4 TK2022.
"Melangkah ke hadapan, memandangkan sekatan perjalanan terutamanya di wilayah seperti China, Jepun, dan Korea Selatan yang semakin dilonggarkan, dijangkakan 2023 akan mencapai pemulihan kira-kira 80-90 peratus daripada tahap prapandemik. Itupun jika tidak berlakunya keadaan diluar jangkaan.
"Namun begitu, cabaran dan ketidaktentuan terus kekal disebabkan ketidaktentuan geopolitik, kenaikan harga bahan api pesawat, prospek ekonomi makro tempatan dan global," katanya.
MAHB menambah tiada dividen dibayar atau diisytiharkan pada suku semasa dan pada tempoh kewangan dalam kajian sehingga kini. - BERNAMA
Bernama
Tue May 30 2023

MAHB berkata hasilnya meningkat kepada RM1.03 bilion pada suku dalam tinjauan, berbanding RM570.85 juta tahun lepas, peningkatan sebanyak 81.2 peratus. - Gambar fail
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.
PBT disaran papar nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengurusan bazar memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses dengan segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.24 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.0 mata kepada 1,578.70 daripada 1,574.70 pada Jumaat lepas.

Pasaran hilang petunjuk? Lima strategi pelabur menghadapi ketidaktentuan
Sentimen global yang lemah, dasar perdagangan proteksionis, serta ketidak tentuan ekonomi menambah tekanan kepada pasaran.

Bursa Malaysia ditutup rendah susulan sentimen lemah ekoran pengumuman tarif AS
Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dengan indeks petunjuk pasaran turun 0.75 peratus sejajar dengan prestasi pasaran serantau lain.

Keuntungan bersih CIMB Group melonjak kepada RM7.73 bilion
Perolehan untuk tahun di bawah kajian turut meningkat kepada RM22.3 bilion daripada RM21.01 bilion sebelum ini.

Untung bersih Bank Islam naik 3.3 peratus kepada RM571.1 juta bagi tahun kewangan 2024
Hasil meningkat sebanyak 3.8 peratus kepada RM4.70 bilion daripada RM4.53 bilion sebelum itu.

Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada jam 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 7.83 mata kepada 1,578.77 daripada penutupan Khamis pada 1,586.60.

Bursa Malaysia ditutup rendah susulan sentimen pelabur elak risiko
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.11 mata kepada 1,586.60 daripada 1,588.71 ketika ditutup pada Rabu.

Bursa Malaysia dibuka rendah susulan prestasi Wall Street
Pada 9.05 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.41 mata kepada 1,584.30 daripada paras 1,588.71 yang dicatatkan semalam.

Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada jam 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.67 mata kepada 1,569.70 daripada 1,568.03 ketika ditutup pada Selasa.

Bursa Malaysia ditutup rendah seiring pasaran serantau
Bursa Malaysia meneruskan penyusutan untuk hari kedua berturut-turut hari ini, seiring dengan prestasi suram pasaran serantau berikutan petunjuk negatif daripada ekuiti global. Pad