Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) yang juga pengendali kumpulan lapangan terbang kedua tersibuk dunia dari segi bilangan kendalian penumpang, mempelawa lebih banyak syarikat penerbangan antarabangsa untuk beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
"Kami masih ada kapasiti (untuk mereka beroperasi di sini)," kata Pengarah Urusannya, Datuk Badlisham Ghazali, dalam temubual eksklusif dengan akhbar News Straits Times yang disiarkan hari ini.
Badlisham yang menyertai kumpulan pengurusan MAHB pada Jun tahun lepas, turut menyambut baik jika syarikat penerbangan beroperasi di lapangan terbang utama Malaysia itu serta antara lapangan terbang utama di Asia Tenggara, berhasrat menambah kekerapan sedia ada.
"(Syarikat penerbangan) Emirates mengendalikan penerbangan sebanyak empat kali sehari. Ia juga akan membawa semula perkhidmatan pesawat A380 ke Kuala Lumpur (KUL). Begitu juga Qatar Airways yang menambah kekerapannya ke KUL kepada 24 penerbangan mingguan dan empat kali sehari.
"Air China pula menawarkan penerbangan empat kali seminggu. Syarikat penerbangan baharu yang kami terima adalah milik bersama Shanghai dan Hainan (empat kali seminggu). Inilah kekerapan yang kami terima semula dan bukan semuanya syarikat penerbangan baharu. Aliran penumpang intra Asia sememangnya besar," katanya.
Bagi syarikat penerbangan lain di KLIA, Badlisham berkata, China Southern beroperasi sebanyak 10 kali seminggu, Bangkok Airways dan Jetstar Asia (empat kali seminggu) manakala Xiamen Airlines dan Saudi Arabian Airlines (tiga kali seminggu).
"Oman Air, British Airways dan All Nippon Airways pula menyediakan perkhidmatan penerbangan harian," katanya.
Beliau juga berharap Turkish Airlines yang menambah penerbangan daripada tujuh kali kepada 10 kali seminggu, akan meningkatkannya kepada dua penerbangan sehari yang menjadikannya 14 kali seminggu.
Badlisham berkata MAHB turut menyertai persidangan global, Routes iaitu platform bagi syarikat penerbangan membincangkan perkara seperti penjadualan bagi menggalakkan syarikat lain singgah serta beroperasi di KLIA.
MAHB tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Bhd dan setakat ini mengendalikan dan menguruskan 39 lapangan terbang di Malaysia iaitu lima antarabangsa, 16 domestik dan 18 lapangan udara dan pendaratan serta sebuah lapangan terbang antarabangsa di Istanbul, Turki.
Syarikat itu turut menyediakan perkhidmatan pengurusan lapangan terbang serta perkhidmatan teknikal bagi pembangunan, operasi dan penyelenggaraan lapangan terbang antarabangsa di luar negara.
Pritha Manivannan
Wed Dec 16 2015

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mempelawa lebih banyak syarikat penerbangan antarabangsa untuk beroperasi di KLIA.

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.

Pengurusan bagasi 'mogok', lebih 50 penerbangan di KLIA ditunda
Badlisham memaklumkan pihaknya masih menunggu laporan kerana kemungkinan ada antara bagasi penumpang yang tidak sampai ke destinasi.

MAHB sentiasa pastikan keselamatan penumpang di klia2
MAHB komited untuk memberi kerjasama penuh kepada pihak polis dan pihak berkuasa lain berhubungan sebarang tindakan yang diperlukan dalam memastikan keselamatan pengguna lapangan terbang.

Penyebaran CCTV KLIA2: MAHB bakal ambil tindakan tegas individu terlibat
Badlisham yang kecewa dengan kejadian tersebut menegaskan akan mengambil tindakan tegas terhadap kakitangannya yang menyebarkan video tersebut.

MAHB pelawa syarikat beroperasi, tambah penerbangan di KLIA
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mempelawa lebih banyak syarikat penerbangan antarabangsa untuk beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).