KUALA LUMPUR:Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menawarkan pakej bantuan yang baharu kepada semua peruncitnya dengan rebat sewa 100 peratus selama enam bulan, mulai Julai sehingga Disember 2020.
MAHB dalam satu kenyataan berkata pakej bantuan itu akan menggantikan tawaran yang diumumkan pada September lepas, yang mana penyewa runcit lapangan terbang berkenaan diberikan rebat sewa sehingga 50 peratus selama enam bulan tahun ini.
Ini diikuti moratorium selama enam bulan ke atas sewa, yang berkuat kuasa dari Mei hingga Oktober.
Bagi peruncit sedia ada yang telah mendaftar di bawah program penetapan semula komersial, pakej bantuan itu disesuaikan untuk menawarkan rebat sewa 30 peratus bermula Januari 2021, dengan mekanisme bagi membayar pampasan kepada mereka dengan lanjutan kontrak berdasarkan kadar pertumbuhan trafik sebenar, kata MAHB.
''Mulai 2021 dan seterusnya, peruncit sedia ada hanya akan dikenakan sewa berdasarkan kadar pertumbuhan penumpang sebenar di lapangan terbang. Sebagai contoh, jika trafik penumpang berada pada 20 peratus, maka mereka hanya akan membayar 20 peratus daripada sewaan penuh.
''Model penyewaan yang baharu ini, yang terpakai bagi mereka yang di bawah program penetapan semula komersial, akan membolehkan penyewa runcit yang layak menikmati pengurangan sewa sehingga 30 peratus daripada kadar semasa, dengan faedah tambahan untuk mengimbangi jurang trafik lebih rendah daripada 70 peratus dengan tempoh kontrak yang dilanjutkan,'' katanya.
Selain itu, syarikat penerbangan yang menjadi rakan kongsi juga akan menikmati rebat sehingga 30 peratus ke atas caj aeronautik seperti pendaratan, tempat letak pesawat, jambatan udara dan caj kaunter daftar masuk tetapi tidak membabitkan caj perkhidmatan penumpang.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAHB Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh, pakej bantuan itu diperkenalkan sebagai respons kepada permintaan penyewa yang sedang berdepan dengan cabaran aliran tunai, terutama dengan pengenaan semula Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kebanyakan negeri.
"Apa yang kami lakukan untuk peruncit kami sudah amat banyak dan melebihi apa sahaja pakej bantuan yang ditawarkan oleh mana-mana pusat membeli-belah di bandar, dan kami percaya bahawa ia adalah pakej yang adil bagi semua pihak dalam keadaan tersebut.
"Kami membuat langkah ini sejajar dengan prinsip panduan yang kami ada walaupun kami sendiri berada dalam kerugian sejak tiga suku terakhir dan langkah ini akan mengurangkan rizab tunai kami lebih mendalam,'' katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 08 2020

Pakej bantuan diperkenalkan sebagai respons kepada permintaan penyewa yang berdepan cabaran aliran tunai, terutama dengan pengenaan semula PKPB di kebanyakan negeri.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

MAHB akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 25 Feb 2025
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dijadualkan akan dinyahsenarai daripada Bursa Malaysia pada 25 Feb 2025.

Tuduhan KWSP rugi jual saham MAHB tidak berasas, catat pendapatan pelaburan RM63.48b
Tuduhan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) disifatkan sebagai tidak berasas.

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi KLCI sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

Usaha transformasi MAHB akan buahkan hasil - MOF
Usaha penstrukturan semula MAHB dengan penubuhan konsortium diterajui Gateway Development Alliance dijangka membuahkan hasil.

MAHB nyahsenarai dari Bursa Malaysia, Pengarah Bebas Bukan Eksekutif letak jawatan
Semua Pengarah Bebas Bukan Eksekutif (INED) MAHB telah mengemukan peletakan jawatan mereka.

Tawaran sukarela konsortium dianggotai KWSP adalah pelaburan baharu jangka panjang - MOF
Tuduhan bahawa KWSP mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) adalah tidak berasas.

KWSP tolak dakwaan berkaitan pelaburan MAHB
KWSP menolak sebarang dakwaan salah laku atau pelanggaran peraturan dalam urusan jual beli saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di KLIA, pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.

MAHB akan dinyahsenarai dari pasaran utama, hari terakhir dagangan pada 19 Feb
Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan dinyahsenarai dari Pasaran Utama Bursa Malaysia kerana peratusan saham syarikat yang dimiliki oleh pelabur awam minimumnya kini kurang daripada 25 peratus.

Aerotrain KLIA disasar kembali beroperasi sepenuhnya suku kedua tahun ini
Perkhidmatan aerotrain di KLIA disasar untuk kembali beroperasi sepenuhnya pada suku kedua tahun ini, setelah hampir dua tahun digantung.