Mahkamah Tinggi hari ini menolak saman pemilik pakaian berjenama tempatan, BritishIndia terhadap Suria KLCC Sdn Bhd selepas memutuskan tiada penamatan secara salah dalam perjanjian sewa antara syarikat itu dan kompleks beli-belah tersebut.
Hakim Datuk Nor Bee Ariffin juga berkata perjanjian sewa itu yang tamat pada 30 Jun 2014 tidak pernah diperbaharui dan BTC Clothier Sdn Bhd, syarikat yang memiliki BritishIndia juga gagal membuktikan Suria KLCC selaku defendan berhasrat untuk mengekalkan syarikat itu sebagai penyewa.
Beliau berkata defendan memberikan hujahan berasas apabila menyatakan ia menerima sewa untuk bulan Julai 2014 iaitu selepas tamat tempoh perjanjian pada 30 Jun tahun sama.
Oleh itu, Hakim berkata hujahan plaintif bahawa dengan menerima bayaran sewa pada bulan itu (Julai 2014) menunjukkan wujudnya kontrak sewa baharu, adalah tidak berbangkit sama sekali.
BACA: Premis BritishIndia kekal di Suria KLCC hingga injunksi didengari
Mahkamah memerintahkan BTC Clothier membayar kos RM100,000 kepada Suria KLCC, yang diwakili peguam Tan Sri Cecil Abraham.
Pada 24 Feb 2015, BTC Clothier, yang premisnya terletak di tingkat 1, bangunan Suria KLCC, memperoleh injunksi daripada mahkamah sama untuk menghalang Suria KLCC daripada mengganggu perniagaannya di premis tersebut sementara menunggu kes saman itu selesai.
Nor Bee turut membenarkan tuntutan balas oleh Suria KLCC terhadap BTC Clothier bagi menuntut pemilikan kosong premis itu dan memerintahkan syarikat itu membayar sewa bulanan berjumlah RM336,145 bermula dari Julai 2014 sehingga syarikat itu menyerahkan premis itu kepada Suria KLCC.
BTC Clothier yang menyewa lot bagi premis BritishIndia masih lagi beroperasi di situ.
Mahkamah juga menolak permohonan lisan peguam Khong Jo Ee, mewakili BTC Clothier untuk menangguhkan keputusan itu sehingga rayuan difailkan di Mahkamah Rayuan.
Pada Julai 2014, BTC Clothier memfailkan saman terhadap Suria KLCC selepas mendakwa Suria KLCC telah secara salah menamatkan perjanjian penyewaan antara mereka melalui surat bertarikh 4 Julai 2014.
Dalam pernyataan tuntutan itu, BTC Clothier,mendakwa defendan juga mengugut untuk menutup premis BritishIndia pada pukul 10 malam, 7 Julai 2014 sekiranya plaintif enggan untuk menerima surat tawaran baharu yang disediakan oleh defendan.
BTC Clothier mendakwa surat tawaran tersebut dilampirkan menerusi e-mel pada 4 Julai 2014, dengan meminta supaya syarikat itu (BTC Clothier) menandatangani surat tawaran untuk satu unit premis di Tingkat 2, Suria KLCC, tanpa berbincang dengan syarikat berkenaan.
Sehubungan itu, BTC Clothier menuntut satu deklarasi bahawa perjanjian sewa masih wujud antara syarikat itu dengan Suria KLCC untuk premis perniagaan BritishIndia dan memohon deklarasi bahawa tindakan defendan menamatkan perjanjian penyewaan adalah tidak sah.
BTC Clothier juga menuntut defendan atau pekerjanya berhenti daripada mengganggu perniagaan premis itu dan defendan juga dihalang daripada menutup atau melitupi pameran produk di premis berkenaan.
Syarikat itu antara lain memohon ganti rugi am, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Syarikat BTC Clothier, yang menjual pakaian dan barangan kelengkapan rumah, mempunyai 13 kedai jualan di Malaysia dan lima kedai jualan di Singapura serta mempunyai rantaian runcit meliputi Asia Tenggara.
Bernama
Thu Mar 17 2016
Defendan memberikan hujahan berasas apabila menyatakan ia menerima sewa untuk bulan Julai 2014 iaitu selepas tamat tempoh perjanjian pada 30 Jun tahun sama. - Foto laman web BritishIndia
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.28 mata kepada 1,572.92 daripada 1,577.20 semalam.
Saham AS di tahap tertinggi, didorong ucapan Trump dalam forum Davos
Trump menyeru penurunan segera kadar faedah dan mendesak Arab Saudi mengurangkan harga minyak mentah.
Imigresen Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
Jersi baru Indonesia guna jenama tempatan curi tumpuan
Jersi pasukan di ranking ke-127 dunia itu bakal digunakan menjelang baki saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.
AWANI Ringkas: Pertemuan MMA, Menteri Kesihatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
WEF 2025: Turunkan harga minyak, potong kadar faedah atau berdepan tarif - Trump
Trump turut memberi amaran untuk mengenakan tarif jika pemain industri bertindak menghasilkan produk di luar Amerika Syarikat.
#AWANIRingkas 24 Januari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 Januari 2025
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
1️⃣ bincang isu WBB
2️⃣ 80 daripada 560 kanak-kanak belum dituntut
3️⃣ Mahu jumpa Putin, selesai perang di Ukraine
#awaniringkas
UEL: Gol dramatik Bruno Fernandes pacu kemenangan Manchester United
Tuan rumah menguasai perlawanan dalam separuh masa pertama namun tidak berjaya menoktahkan beberapa peluang terhidang dengan jaringan.
PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.
AWANI Pagi: Debat ukir nama uiam sebaris universiti ternama dunia
Ikuti diskusi pagi Jumaat bersama Prof Datuk Dr. Mohamad Fauzan Noordin, Timbalan Rektor (Pembangunan Pelajar dan Libatsama Komuniti), UIAM dan Anas Ahmad Zaharim, pendebat UIAM berkongsi kejayaan luar biasa di Kejohanan Debat Universiti Dunia 2025 di Panama, Amerika Tengah, sekali gus mengharumkan nama negara di peringkat global.
Mahkamah tolak saman pemilik BritishIndia terhadap Suria KLCC
Perjanjian sewa itu yang tamat pada 30 Jun 2014 tidak pernah diperbaharui dan BTC Clothier Sdn Bhd, syarikat yang memiliki BritishIndia.