Kerajaan perlu memastikan pembabitan secara maksimum rakyat dalam setiap intipati pelaksanaan Bajet 2018 yang akan diumumkan 27 Oktober ini.
Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin berkata, pendekatan 'participatory budgeting' atau bajet yang terbuka pada cadangan perlu dilaksana secara berterusan bagi membolehkan rakyat memahami keperluan dan memperoleh manfaat secara langsung dari Bajet kerajaan.
"Pendekatan participatory budgeting' ketika ini sudah dilakukan di kebanyakan negara maju termasuk di Amerika Syarikat, selain Brazil dan Portugal.
"Ini akan memberikan rakyat peluang untuk terlibat secara terus di dalam bukan sahaja idea tetapi juga perlaksanaan bajet tersebut," katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
BACA: Bajet 2018 merangkumi aspirasi TN50 - PM Najib
BACA: Bajet 2018 inklusif, tingkat pendapatan dan keperluan rakyat
Rahman turut memuji inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengajak rakyat berkongsi pandangan dan cadangan mengenai Bajet 2018.
Najib sebelum ini membuka satu ruangan menerusi web https://bajet2018.najibrazak.com yang mengajak rakyat berkongsi cadangan mengenai Bajet 2018.
Sebanyak 13,837 cadangan rakyat diperoleh dan diteliti Najib.
Rahman turut berkata, pendekatan itu juga secara langsung akan menjadikan rakyat lebih memahami mengenai satu-satu keputusan penting yang dibuat kerajaan seperti peruntukan besar disalur kepada sebuah kementerian dan agensi.
Dalam pada itu, Rahman turut berharap bajet kali ini memberi ruang dan kelebihan kepada ibu bapa yang bekerja untuk melakukan kerja sambilan di rumah.
"Ia membawa objektif meningkatkan keseimbangan dan menambah baik kualiti hidup golongan bekerja.
"Ia boleh dilaksana menerusi kewujudan insentif untuk syarikat swasta supaya memberikan skim 'bekerja dari rumah' sekurang-kurangnya sekali seminggu mengikut keperluan tugasan mereka," ujarnya.
Rahman turut berharap supaya lebih banyak program atau inisiatif untuk membantu menangani inflasi dan kenaikan kos sara hidup diperkenal samada dari segi kad diskaun atau peluang perniagaan serta pembelajaran kemahiran.
"Semua ini dapat membantu menambahkan pendapatan rakyat.
"Bajet kali ini juga harus memberikan lebih banyak insentif kepada pengguna yang menggunakan tenaga boleh ubah atau renewable energy.
"Ia bagi menggalakkan lebih banyak penggunaan teknologi hijau dan membantu ke arah mencapai target defisit karbon kerajaan," katanya.
Najib sebelum ini berkata, Bajet 2018 yang bakal dibentangkan akan merangkumi aspirasi rakyat yang disampaikan menerusi siri dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50).
Beliau berkata kerajaan tidak akan menunggu sehingga 2050 untuk melaksanakan input-input yang disuarakan menerusi siri dialog TN50, tetapi berusaha merealisasikannya secara berperingkat.
Ikuti liputan Bajet 2018 di AstroAwani.com DI SINI
Wan Syamsul Amly
Mon Oct 09 2017
RAHMAN: Bajet kali ini juga harus memberikan lebih banyak insentif kepada pengguna yang menggunakan tenaga boleh ubah. - Gambar fail
Pantai Air Papan jadi tumpuan ketika cuti sekolah
Pantai Air Papan yang terletak kira-kira 12 kilometer dari bandar Mersing menjadi tumpuan ramai untuk beriadah sepanjang cuti sekolah dan cuti Tahun Baharu Cina baru-baru ini.
Budaya Korea Selatan jadi tarikan kepada pelancong perubatan asing
Empat daripada 10 warga asing yang melawat Korea Selatan untuk rawatan perubatan menyatakan bahawa budaya negara itu mempengaruhi keputusan mereka.
Jumlah mangsa di Sarawak melepasi 12,000
Jumlah mangsa banjir di seluruh Sarawak menunjukkan penurunan, namun terdapat beberapa kawasan baharu yang mula dinaiki air, berikutan fenomena air pasang besar, yang bertembung dengan banjir termenung.
Bekas ADUN lapor polis khatib masjid tidak baca teks khutbah Jumaat JAIPk
Bekas ADUN Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abd Munaim membuat laporan polis berhubung dakwaan khatib sebuah masjid di Teluk Intan tidak membaca teks khutbah Jumaat yang disediakan.
AKPS bakal diperluas di pintu sempadan negara - Menteri Dalam Negeri
Selain di KLIA, AKPS juga akan diperluaskan di beberapa pintu utama udara sempadan negara iaitu di Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.
DBKL diminta selesaikan kerja naik taraf Jalan Melayu sebelum Ramadan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta memastikan kerja-kerja menaik taraf Jalan Melayu di sini, dapat diselesaikan sebelum Ramadan pada awal Mac ini.
Lelaki mengaku salah bakar lima motosikal dipenjara 12 tahun
Mahkamah jatuhkan hukuman penjara 12 tahun ke atas tertuduh bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 20 Januari lalu.
Tiga nelayan hilang di laut
Ketiga-tiga nelayan berkenaan iaitu dua warga tempatan dan seorang rakyat Thailand hilang bersama bot ketika dalam perjalanan pulang ke Kuala Kurau, Perak.
AWANI Ringkas: Elak salah laku oleh majikan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ops Selamat 2025 catat penurunan kemalangan berbanding 2024
Sehingga hari kelima pelaksanaan Ops Selamat 23 sempena Tahun Baharu Cina 2025, statistik kemalangan catat penurunan jumlah kemalangan berbanding Ops Selamat 21 Tahun Baharu Cina 2024.
Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, sebanyak 639 kemalangan dicatatkan, berbanding 681 kemalangan tahun lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, sebanyak 639 kemalangan dicatatkan, berbanding 681 kemalangan tahun lalu.
Perhimpunan Agung PBB lulus belanjawan bagi 2024
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan bajet tetap tahunan kira-kira AS$3.59 bilion.
Peruntukan RM56.4 juta untuk imam, bilal, siak, guru takmir, guru KAFA Selangor
Peruntukan yang diterima oleh Selangor adalah sebahagian daripada RM968.77 juta kepada Jakim oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Pandelela tagih layanan seimbang penerjun elit-muda
Penerjun muda tidak diberi kelebihan yang sama seperti atlet elit disebabkan bajet ke atas mereka sangat terhad.
#SuaraMalaysia: 57 peratus mahu kerajaan tumpu bantuan sara hidup dalam Bajet 2023
Manakala 21 peratus responden mahu menyatakan subsidi diberi perhatian dalam Belanjawan 2023.
Peruntukan RM500,000 kurangkan masalah banjir 4 kampung
Peruntukan RM500,000 yang diluluskan kerajaan pusat akan mengurangkan masalah banjir di empat buah kampung dalam DUN Duyong.
KKR tak cukup bajet untuk perhebat kerja-kerja pre-emtif - Menteri Kerja Raya
Data dan maklumat sudah ada, tapi kewangan terhad membataskan kerja-kerja kepada usaha reaktif - sudah terjadi baru dibaiki.
Perak bentang Belanjawan 2023, peruntuk RM1.19 bilion
Belanjawan Perak 2023 yang bertemakan 'Perak Makmur, Rakyat Sejahtera' memperuntukkan RM1.19 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan pada tahun depan.
Kerajaan teliti langkah terbaik kurangkan bajet defisit - Timbalan Menteri Kewangan
Datuk Seri Ahmad Maslan berkata bajet defisit dijangka pada kadar 5.8 peratus bagi 2022 dan unjuran bagi 2023 akan diumum kelak.
Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar
Ringgit 'berehat' seketika daripada pergerakan rancak semalam dan dibuka hampir tidak berubah pagi ini berbanding dolar AS.
ATM perlu bajet lebih tinggi, tingkat keupayaan pertahanan negara - Panglima TLDM
Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany berharap kerajaan baharu dapat mempertimbangkan untuk menyelaraskan bajet Angkatan Tentera Malaysia (ATM).