KUALA LUMPUR: Malaysia Aviation Group (MAG), syarikat induk Malaysia Airlines Bhd, bakal memperoleh 25 pesawat baharu Boeing 737-8, melalui perjanjian sewaan jangka masa panjang yang dimeterai bersama Air Lease Corporation (ALC).
Air Lease Corporation dalam satu kenyataan pada Isnin berkata, proses penghantaran akan bermula pada 2023, sehingga awal 2026.
“ALC dengan berbesar hati mengumumkan perjanjian yang signifikan untuk 25 pesawat baharu 737-8 dengan MAG. 25 pesawat ini akan membantu Malaysia Airlines memperluaskan lagi rangkaian penerbangan, dan menambahbaik operasi dan kecekapan barisan pesawat mereka,” kata Pengerusi Eksekutif ALC, Steven F Udvar-Hazy.
Dalam kenyataan sama, Ketua Pengarah Urusan MAG, Izham Ismail berkata, selepas melalui proses tender yang ketat, syarikat itu bersetuju untuk melantik ALC sebagai penyewa pesawat bagi barisan Boeing 737-8.
“Langkah ini terikat dengan terma penstrukturan dalam perjanjian sewaan sedia ada dengan Boeing. Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan ALC, rakan kongsi yang komited untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan ke hadapan, seperti mana tergaris dalam Pelan Perniagaan Jangka Panjang 2.0 (LTBP 2.0).
“737-8 ini merupakan kunci kepada LTBP 2.0, dengan tawaran produk yang unggul, dan prestasi pesawat yang lebih baik, antara lain – meningkatkan kecekapan penggunaan minyak sehingga 15 peratus. Ini sejajar dengan rancangan kemampanan kami, yang juga membolehkan MAB mempunyai fleksibiliti dan ketangkasan untuk melaksanakan strategi rangkaian masa hadapan,” katanya lagi.
Selain 25 pesawat Boeing ini, Malaysia Airlines juga mempunyai perjanjian sewaan jangka Panjang untuk enam Airbus A350-900 dengan ALC.
Firdaus Azil
Mon Nov 13 2023

Pesawat Boeing 737-8 mampu meningkatkan kecekapan penggunaan minyak sehingga 15 peratus, sejajar dengan pelan kemampanan Malaysia Airlines. - Gambar ihsan Malaysia Airlines

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.

Premier Sarawak enggan dedah kos pengambilalihan MASwings
Abang Johari Tun Openg enggan mendedahkan kos pengambilalihan MASwings daripada Malaysia Aviation Group (MAG) demi menghormati perjanjian komersial dan pemain lain dalam industri syarikat penerbangan.

Kerajaan sedia beri kerjasama jika usaha pencarian MH370 membuahkan hasil - PM Anwar
Anwar berkata kerajaan perlu mengimbangi keperluan mencari pesawat tersebut, tetapi pada masa sama, memastikan penggunaan dana rakyat dilakukan dengan berhemah.

Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .

INNOMed lonjak Malaysia sebagai hab peranti perubatan - KP Kesihatan
Kerjasama awam-swasta melalui inisiatif INNOMed berpotensi mencipta asas ekosistem inovasi yang kukuh dalam penjagaan kesihatan sekali gus memberi manfaat kepada setiap lapisan masyarakat.

JPS terus pantau lembangan sungai di Kelantan berisiko banjir
JPS Kelantan akan membuat pemantauan berterusan dan mengemas kini hebahan amaran banjir sekiranya hujan yang signifikan berterusan di lembangan sungai utama negeri ini.

KPT gerakkan 558 sukarelawan MASKUM ke Kelantan bagi misi bantuan pascabanjir
Sebanyak 558 ahli Majlis Kesukarelawanan Universiti Malaysia (MASKUM) ditempatkan di Kelantan selama tiga hari hingga esok bagi membantu penduduk terjejas banjir.

Banjir: Sektor pertanian di Kelantan kerugian mencecah RM10 juta - KADA
Sektor pertanian di negeri Kelantan dianggarkan mengalami kerugian mencecah RM10 juta termasuk kerosakan infrastruktur, susulan banjir gelombang fasa pertama yang berlaku pada akhir bulan lepas.

Banjir: Kerosakan premis, peralatan PDRM di Kelantan dianggar RM1.55 juta
Kerosakan akibat banjir membabitkan bangunan, kenderaan serta peralatan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan dianggar bernilai RM1.55 juta.

Berhibur di Golok: Tiga anggota polis akan ditukarkan - KPN
Tiga anggota polis yang dikesan melakukan aktiviti salah laku dengan mengunjungi pusat hiburan di Golok, Thailand akan ditukarkan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.

Tengkujuh: Pasangan suami isteri raih pendapatan lumayan dengan menjual ubi kayu
Pasangan suami isteri tidak menjangka percubaan menjual ubi kayu pada musim tengkujuh di Kelantan ketika ini memberi pendapatan lumayan.