KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Berhad (MAB) telah menggunakan RM1.3 bilion daripada RM3.6 bilion modal yang diperuntukkan di bawah pelan pemulihan perniagaan syarikat penerbangan tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif Khazanah, Datuk Amirul Feisal Wan Zahir berkata, syarikat penerbangan nasional itu mempunyai banyak ruang untuk pertumbuhan pendapatan baharu termasuk dengan membeli pesawat baharu.
Beliau menambah, Khazanah akan terus menyokong MAB selama dua tahun lagi walaupun syarikat penerbangan itu telah melihat aliran tunai positif sejak pandemik COVID-19.
“Ini satu anugerah apabila mereka mempunyai aliran tunai positif. Mereka mengambil peluang semasa krisis itu, memperbaiki kewangan dan memastikan tumpuan diberi dalam menjadikan seluruh syarikat penerbangan itu menguntungkan," katanya dalam sidang media mengenai prestasi Khazanah pada 2022 hari ini.
"Untuk mempunyai perniagaan yang mampan, kita perlu mempertimbangkan pengalaman pelanggan. Ia harus menjadi yang terbaik dan untuk itu ia memerlukan pelaburan dan di situlah kami akan terus menyokong mereka.
"Berkenaan dengan pelaburan asing, saya ingin mereka berada dalam kedudukan yang lebih kukuh. Pastikan syarikat penerbangan itu mantap dan kemudian kita mungkin akan melihat mereka membentuk kerjasama dengan syarikat penerbangan lain," tambah Amirul Feisal.
Beliau bagaimanapun tidak memberi jangka masa mengenai bila Khazanah merasakan MAB akan dapat membuat pemulihan penuh selain menyifatkan ruang perniagaannya masih melalui proses pemulihan kesan daripada pandemik.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Mar 21 2023

Amirul Feisal berkata, syarikat penerbangan nasional itu mempunyai banyak ruang untuk pertumbuhan pendapatan baharu termasuk dengan membeli pesawat baharu. - Gambar/ Khazanah
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

63 kakitangan MAB Engineering Services berhenti - Anthony Loke
Hal itu berlaku berkemungkinan disebabkan tawaran gaji yang lebih lumayan oleh syarikat penyelanggaran atau syarikat penerbangan lain.

Malaysia Airlines penaja utama skuad Harimau Malaya - FAM
Persatuan Bolasepak Malaysia mengumumkan Malaysia Airlines sebagai penaja utama skuad Harimau Malaya dan badan induk bola sepak kebangsaan itu.

Tamat kontrak dengan Brahim's Food, MAG laksana BCP sediakan F&B atas penerbangan
Syarikat induk MAB, Malaysia Aviation Group akan mengaktifkan Pelan Kelangsungan Perniagaan, bagi memastikan meneruskan perkhidmatan makanan dalam penerbangan bagi laluan terpilih, mulai 1 Sept.

Malaysia Airlines guna RM1.3 bil, proses pemulihan beri petunjuk positif - Khazanah
Malaysia Airlines Berhad (MAB) telah menggunakan RM1.3 bilion daripada RM3.6 bilion modal yang diperuntukkan di bawah pelan pemulihan perniagaan syarikat penerbangan tersebut.

MAB, TH meterai perjanjian penerbangan carter haji tiga tahun
Perkhidmatan penerbangan carter tersebut akan diuruskan oleh penyedia penerbangan umrah dan haji, AMAL by Malaysia Airlines (AMAL).

Insiden MH2664: CAAM arah MAB laksana 5 perkara
CAAM memaklumkan lima perkara itu penting bagi mengekalkan pengawasan keselamatan yang lebih berkesan.

COVID-19: Majikan dinasihat utamakan kebajikan pekerja
Kementerian Sumber Manusia menasihatkan majikan termasuk Malaysia Airlines Berhad (MAB) agar mengambil beberapa tindakan yang mengutamakan kebajikan pekerja berikutan penularan virus COVID-19.

Tun M pertimbang cadangan swastakan Malaysia Airlines
Kerajaan akan menetapkan sama ada menjual MAB selain mengelakkan syarikat penerbangan itu terus dibebani hutang.

Kecilkan saiz penjawat awam: Jika ada pertindihan, mengapa tidak? - Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpandangan perlu ada kajian terperinci sebelum sebarang pengecilan saiz kakitangan awam dilaksanakan.

Mana pergi pelan pemulihan Malaysia Airlines, soal Najib
Cadangan kerajaan sama ada untuk menjual atau menutup syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines Berhad (MAB) satu langkah yang tidak tepat.