Malaysia Airlines Bhd memberikan pelanggannya lebih banyak faktor untuk melancong dengan menawarkan tambang tetap yang terkini bagi tempat duduk kelas ekonomi ke destinasi domestik berikutan permintaan terhadap perjalanan dalam negara mula menunjukkan aliran positif.
Pelanggan berpeluang menempah tambang sehala semua dalam satu bermula 8 hingga 13 September ini di laman web rasmi syarikat penerbangan itu, aplikasi mudah alih atau ejen yang dilantik untuk semua destinasi domestik bagi perjalanan segera sehingga 16 Dis 2020.
Tawaran bagi semua tempat duduk kelas ekonomi itu memberikan fleksibiliti kepada pelanggan untuk membuat tempahan perjalanan berdasarkan keperluan dan keutamaan perjalanan mereka serta kemampuan untuk membeli.
"Pelanggan akan mempunyai akses kepada tiga pilihan tambang unik (Lite, Basic, Flex) yang menawarkan manfaat berlainan seperti elaun bagasi, pemilihan tempat duduk dan perkhidmatan keutamaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Bagi destinasi ke Semenanjung dan dalam Sabah/Sarawak, tambang sehala semua dalam satu ialah RM179 (Lite), RM199 (Basic) dan RM259 (Flex), tambang ke Sabah ialah RM299 (Lite), RM319 (Basic) dan RM379 (Flex), manakala Sarawak RM239 (Lite), RM259 (Basic) dan RM319 (Flex).
Semua penumpang tanpa mengira kategori tambang akan terus berpeluang menikmati kelebihan dan perkhidmatan penuh penerbangan premium serba lengkap termasuk bagasi kabin sehingga tujuh kilogram, minuman serta makanan/snek percuma selain akses kepada sistem hiburan yang disediakan bagi pesawat Malaysia Airlines.
Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan, Kapten Izham Ismail berkata menerusi tawaran tambang tetap itu, MAB berharap untuk merancakkan lagi perjalanan domestik membabitkan tawaran melebihi 300,000 tempat duduk.
Syarikat penerbangan itu sedia maklum mengenai minat yang menggalakkan bagi perjalanan domestik sejak fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dengan tempahan yang tertinggi dicatatkan semasa cuti hujung minggu yang panjang bersempena Hari Kebangsaan.
"Perkembangan positif itu menghasilkan peningkatan tempahan tiket penerbangan melebihi 500 peratus di peringkat domestik. Selain itu, cabang operasi kami, MHholidays turut menunjukkan aliran peningkatan dengan pakej percutian yang ditawarkan melebihi 300 peratus daripada sasaran kami," katannya.
Perkembangan yang menggalakkan itu melibatkan terutamanya lokasi yang menawarkan tarikan semulajadi seperti pulau, pantai, tanah tinggi dan hutan seperti Pulau Pinang, Langkawi dan Johor Bahru.
Bagi memudahkan perjalanan penumpang, Malaysia Airlines akan meningkatkan kapasitinya mulai Oktober 2020 untuk beberapa destinasi utama termasuk Kota Kinabalu, Langkawi, Labuan, Johor Bahru dan Kuching.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 07 2020

Malaysia Airlines akan meningkatkan kapasitinya mulai Oktober 2020 untuk beberapa destinasi utama termasuk Kota Kinabalu, Langkawi, Labuan, Johor Bahru dan Kuching. - Gambar fail
Angka korban akibat ribut di selatan Argentina meningkat kepada 15
Angka korban akibat ribut kencang yang melanda bandar pelabuhan Bahia Blanca di selatan Argentina pada Jumaat meningkat kepada 15 orang dan dijangka akan terus meningkat.

Lady Gaga buat 4 konsert di Stadium Nasional Singapura pada Mei 2025
Singapura akan menjadi satu-satunya destinasi di rantau Asia bagi Lady Gaga dalam konsert jelajahnya kali ini.
"Amerika bukan Kanada", bidas Mark Carney terhadap ancaman AS
Bekas pegawai bank pusat, Mark Carney bertegas Kanada tidak akan pernah menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat dan sentiasa bersedia apabila ada pihak yang mencabar kedaulatannya.
Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza
Serangan berterusan di Gaza memberi kesan amat dahsyat kepada wanita, dengan seramai 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.
Rubio lawat Arab Saudi, Kanada bincang mengenai Ukraine
Menurut kenyataan Jabatan Negara AS pada Ahad, Rubio dijadual memulakan lawatannya ke Jeddah pada Isnin selama tiga hari dan akan bertemu rakan sejawatannya dari Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha Washington untuk menamatkan konflik.

Umairah kini miliki single raya pertama berjudul 'Tak Balik Raya'
Umairah Kini Miliki Single Raya Pertama Berjudul Tak Balik Raya - -Lagu Ini Mudah Melekat-
Kadar faedah The Fed dijangka lakukan tiga pemotongan tahun ini
Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, keputusan Rizab Persekutuan (The Fed) Amerika Syarikat (AS) yang dijangka akan menurunkan kadar faedah sehingga tiga kali pada 2025 didorong oleh faktor seperti tekanan inflasi yang semakin reda serta keperluan untuk menyokong pertumbuhan ekonomi dalam persekitaran ketidaktentuan global.
Gangguan bekalan air: 65,000 pengguna SADA di Kota Setar, Kubang Pasu terjejas
Henti tugas LRA Bukit Pinang itu menyebabkan pengguna di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu terjejas bermula 4.30 petang semalam sehingga kerja-kerja pembaikan dan pengagihan semula bekalan air selesai.
Institusi pondok - rakan strategik KDN, polis perkukuh kefahaman Islam
Institusi pondok berpotensi menjadi rakan strategik kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), khususnya dalam usaha membendung ekstremisme serta memperkukuh kefahaman mengenai Islam.

Syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways bakal beroperasi di Malaysia hujung 2025
Operasi Ascend Airways yang berpangkalan di United Kingdom akan dimulakan dengan dua pesawat Boeing B737-800s dan empat pesawat B737 MAX 8s.

Malaysia Airlines tawar tambang tetap bagi kelas ekonomi
Tawaran itu memberikan fleksibiliti kepada pelanggan untuk membuat tempahan perjalanan berdasarkan keperluan dan keutamaan perjalanan mereka serta kemampuan untuk membeli.