MALAYSIA Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) melengkapkan kehadiran tahun ke-11 ke Incentive Travel & Conventions Meetings (IT&CM China) 2024 yang berlangsung pada 26 hingga 28 Mac di Pusat Pameran & Konvensyen Shanghai International Sourcing (SHCEC).
Pameran perdagangan yang melibatkan lebih daripada 600 pempamer, 12,000 mesyuarat dan 400 pembeli dilihat mampu memberi peluang kepada MyCEB serta 13 rakan industri untuk memperlihatkan keupayaan sebenar Malaysia serta menghasilkan rangkaian dengan pihak berkepentingan dari China dan sekitarnya.
Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB, Azman Tambi Chik berkata, penyelarasan matlamat pelancongan strategik Malaysia mampu meningkatkan lagi daya tarikan negara sebagai destinasi acara perniagaan pilihan di pasaran China.
‘‘Kunjungan MyCEB ke IT&CM China menempatkan Malaysia di atas landasan yang sempurna untuk mengukuhkan lagi potensi MyCEB dalam industri tersebut,’’ katanya.
Di samping itu, Pavilion Malaysia kali ini mengambil peluang untuk mempersembahkan program MyTripleE dan program subsidi yang lebih komprehensif kepada pihak berkepentingan utama serta pelanggan berpotensi.
Turut hadir, Konsul Jeneral Malaysia, Syed Farizal Aminy Syed Mohamad dan Pengarah Tourism Malaysia, Noramanina Muhd Idris bagi meraikan kembalinya penyertaan Malaysia ke IT&CM Shanghai sejak 2019.
Wakil Malaysia juga berkesempatan memperkenalkan budaya tempatan melalui dua aktiviti menarik termasuk melukis batik dan mengikat sarung kain batik buat para pengunjung.
Mengulas lanjut mengenai jalinan kukuh antara Malaysia dan China sepanjang tahun, Azman berkata, kehadiran MyCEB di pameran perdagangan ini menjadi inisiatif untuk mencerminkan usaha berterusan Malaysia dalam membina rangkaian perkongsian.
Terdahulu, MyCEB memeterai Memorandum Persefahaman (MoC) bersama rakan sejawat di Xiamen, Acmar Marketing Group Sdn. Bhd. untuk kemampanan potensi yang lebih baik dalam landskap acara perniagaan MICE atau acara perniagaan bandar tersebut.
Selain itu, MyCEB turut dijadualkan membuat jelajah pada suku ketiga tahun 2024 di bandar utama China termasuk Guangzhou, Shanghai, Chengdu dan Beijing dengan membawa misi untuk mempromosikan kempen MyTripleE dan menyoroti tawaran unik Malaysia dalam Excel, Elevate dan Enliven untuk industri tersebut.
Melalui kempen itu, MyCEB berharap dapat menjalin hubungan yang lebih mendalam dengan peserta acara perniagaan China dengan berkongsi keupayaan negara dalam memenuhi keinginan mereka untuk acara seterusnya di Malaysia.
Untuk maklumat lanjut mengenai senarai aktiviti MyCEB bagi tahun ini, layari www.myceb.com.my.
Amzar Alif
Mon Apr 01 2024

Pelancaran Pavilion Malaysia turut dihadiri oleh Konsul Jeneral Malaysia, Syed Farizal Aminy Syed Mohamad dan Pengarah Tourism Malaysia, Noramanina Muhd Idris serta delegasi Malaysia. - Gambar MyCEB

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

MyCEB, Hospital Regen Rehab anjur Program Satu Pemimpin, Satu Kampung (Santuni MADANI)
Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) dengan kerjasama Hospital ReGen Rehab telah berjaya menganjurkan "Program Satu Pemimpin, Satu Kampung (Santuni MADANI)" pada Rabu.

MBEW 2024 corak masa depan acara perniagaan Malaysia
MyCEB secara rasmi melancarkan Minggu Acara Perniagaan Malaysia (MBEW) 2024 bertemakan "Business Events and Technology with Sustainability" (BEATS) yang dijangka menjadi titik tumpuan buat pakar.

MBEW 2024: Jadi penanda aras baharu, tarik pelabur dan idea teknologi
MBEW 2024 menyasarkan kehadiran 300 delegasi terkenal daripada pelbagai sektor acara perniagaan, dengan mengangkat tema inspirasi B.E.A.T.S.

Inovasi mampan jadi tumpuan utama ACAAF 2024, julung kali di Malaysia
Malaysia sekali lagi melakar detik bersejarah selepas menjadi tuan rumah kepada penganjuran Asia Convention Alliance Association Forum (ACAAF) 2024.

MyCEB, MACEOS meterai kerjasama strategik untuk transformasi MBEW 2024
Pencapaian besar untuk Minggu Acara Perniagaan Malaysia (MBEW) Ke-9 2024, menggariskan komitmen bersama untuk kedua-dua penganjur mengangkat sektor acara perniagaan di Malaysia.

MyCEB angkat profil global Malaysia di The Meetings Show London 2024
Platform luar biasa untuk Malaysia menyorot industri acara perniagaannya yang semakin rancak serta menangkap perhatian pemain industri antarabangsa.

MyCEB lancarkan MBEW edisi 2024, julang acara perniagaan ke arah kemampanan teknologi
MBEW 2024 menyasarkan kehadiran 300 delegasi terkenal daripada pelbagai sektor acara perniagaan.

MyCEB dan CSS kerjasama bawa produk warisan negara ke peringkat antarabangsa
Dalam misi memperkasakan nilai pemasaran produk warisan ke pasaran antarabangsa, MyCEB menjalinkan kerjasama strategik bersama Centexs Commercial Services (CCS) sebuah syarikat berkaitan kerajaan.

MyCEB lebar luas rangkaian dengan para pemain acara perniagaan di IMEX Frankfurt
Penyertaan tahun ini tepat pada masanya ketika MyCEB, agensi di bawah MOTAC, menggembleng usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Malaysia bina daya tarikan destinasi acara perniagaan pilihan pasaran China di IT&CM China 2024
Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) melengkapkan kehadiran tahun ke-11 ke Incentive Travel & Conventions Meetings (IT&CM China) 2024 yang dijadualkan telah berlangsung 26 hingga 28 Mac.