KUALA LUMPUR: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) akan mengambil peluang akibat ketegangan politik di Eropah dan kekurangan minyak masak untuk mempromosikan minyak sawit Malaysia, sekali gus membuka jalan bagi komoditi ini mendapatkan semula bahagian pasarannya terutamanya di Kesatuan Eropah (EU).
Menteri berkenaan Datuk Zuraida Kamaruddin berkata konflik di Ukraine sejak 24 Feb lepas telah menjejaskan bekalan global minyak sayuran yang ketara kerana ketidaktentuan eksport melalui Laut Hitam yang mengakibatkan harga minyak sayuran/masak menjadi lebih tinggi.
"Konflik Rusia-Ukraine ini telah menyebabkan kekurangan minyak bunga matahari dan minyak biji sesawi kerana kedua-dua negara menyumbang 80 peratus daripada eksport global.
"KPPK percaya ketegangan di Laut Hitam akan memberi impak positif kepada industri minyak sawit Malaysia berikutan banyak negara Eropah yang bergantung kepada minyak bunga matahari, kini sedang beralih kepada minyak sawit," katanya dalam kenyataan hari ini.
Zuraida berkata Ukraine dan Rusia sedang memasuki masa kritikal untuk penanaman bunga matahari yang sepatutnya bermula pada April, bagaimanapun, perang yang berpanjangan boleh memberi kesan kepada musim penanaman ini.
Eksport minyak bunga matahari dari Ukraine dan Rusia menyumbang 10 peratus daripada semua eksport minyak masak global, katanya.
Beliau berkata penganalisis pasaran kini menjangkakan peningkatan permintaan minyak sawit dari rantau EU dalam masa terdekat memandangkan kuantiti eksport kacang soya yang lebih rendah dari Brazil, Paraguay, Rusia dan Ukraine serta pengurangan minyak bunga matahari dari Rusia, Kazakhstan dan Ukraine.
Menurutnya selain langkah terbaru Indonesia selaku pengeksport minyak sawit terbesar dunia untuk meluaskan skop larangan eksport bahan mentah bagi minyak masak termasuk minyak sawit mentah dan ditapis, harga global minyak sayuran berkemungkinan kekal tinggi untuk separuh pertama 2022.
"Saya percaya inilah masanya untuk minyak sawit mendapatkan semula keyakinan daripada pembeli Eropah walaupun komoditi ini telah menerima publisiti yang kurang baik sebelum ini," katanya.
Menurut Zuraida, beliau telah mengarahkan agensi berkaitan di bawah KPPK seperti Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) untuk melaksanakan kempen yang agresif untuk komoditi ini supaya dapat mengisi jurang di pasaran global.
Katanya agensi-agensi ini dengan kerjasama KPPK perlu memastikan minyak sawit Malaysia kekal sebagai pilihan utama di pasaran global untuk jangka panjang, terutamanya kepada pengguna yang sebelum ini telah terdedah kepada propaganda negatif.
"Sudah tiba masanya untuk kita meningkatkan usaha menentang propaganda yang memburukkan kredibiliti minyak sawit dan perlu mempamerkan pelbagai manfaat kesihatan minyak emas ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 06 2022
![Malaysia buka jalan raih semula bahagian pasaran di EU - Zuraida Malaysia buka jalan raih semula bahagian pasaran di EU - Zuraida](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61626258228_LADANGSAWIT.jpg)
Menurutnya, harga global minyak sayuran berkemungkinan kekal tinggi untuk separuh pertama 2022. - Gambar hiasan
![Kos sara hidup: Lebih banyak bantuan akan diumum dalan belanjawan - Hsien Loong Kos sara hidup: Lebih banyak bantuan akan diumum dalan belanjawan - Hsien Loong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61690968147_TBSINGAPOREVACCINE.jpg)
Kos sara hidup: Lebih banyak bantuan akan diumum dalan belanjawan - Hsien Loong
Lebih banyak bantuan akan diumumkan dalam Belanjawan Singapura tahun ini terutama kepada mereka yang paling memerlukan.
![Perdana Menteri baharu Lubnan bentuk kerajaan yang lama dinanti Perdana Menteri baharu Lubnan bentuk kerajaan yang lama dinanti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736910279_NawafSalam.jpg)
Perdana Menteri baharu Lubnan bentuk kerajaan yang lama dinanti
Perdana Menteri Lubnan yang dilantik, Nawaf Salam mengumumkan pembentukan kerajaan baharu di Beirut pada Sabtu.
![Bursa Malaysia dijangka alami dagangan berhati-hati minggu depan Bursa Malaysia dijangka alami dagangan berhati-hati minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722341186_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia dijangka alami dagangan berhati-hati minggu depan
Bursa Malaysia dijangka mengalami dagangan secara berhati-hati minggu depan, dengan Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka berubah-ubah antara 1,580 dan 1,600 mata.
![China bantah usaha AS ganggu hubungan dengan Panama - Kementerian Luar China bantah usaha AS ganggu hubungan dengan Panama - Kementerian Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739023938_ChinaPanamaFlag.jpg)
China bantah usaha AS ganggu hubungan dengan Panama - Kementerian Luar
China tegas menentang usaha Amerika Syarikat (AS) untuk menggugat hubungannya dengan Panama melalui tekanan dan ancaman.
![FMM minta pengilang maklumkan inisiatif perubatan terkini PERKESO kepada pekerja FMM minta pengilang maklumkan inisiatif perubatan terkini PERKESO kepada pekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/71725273822_SohThianLai.jpg)
FMM minta pengilang maklumkan inisiatif perubatan terkini PERKESO kepada pekerja
Pengilang diminta memaklumkan kepada pekerja mereka mengenai inisiatif terkini PERKESO dalam mempermudah proses rawatan perubatan bagi pekerja yang mengalami kecederaan berkaitan pekerjaan.
![TEKUN: RM3.6 juta sudah diagih kepada 143 usahawan India dalam tempoh dua minggu - Ramanan TEKUN: RM3.6 juta sudah diagih kepada 143 usahawan India dalam tempoh dua minggu - Ramanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729680466_TBRamanan.jpg)
TEKUN: RM3.6 juta sudah diagih kepada 143 usahawan India dalam tempoh dua minggu - Ramanan
Sebanyak RM3.6 juta daripada RM100 juta peruntukan TEKUN Nasional sudah diagihkan kepada 143 usahawan komuniti India, selepas peruntukan itu diumumkan pada 14 Jan lepas.
![TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739009509_MohdAsgharKhan.jpg)
TUDM beri penekanan warganya kuasai teknologi AI
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memberi penekanan terhadap inovasi dan kreativiti warganya dengan penguasaan kemahiran baharu berasaskan teknologi khususnya kecerdasan buatan (AI).
![Sambutan Thaipusam inspirasi perpaduan dan keharmonian - Naib Presiden MIC Sambutan Thaipusam inspirasi perpaduan dan keharmonian - Naib Presiden MIC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739015792_NaibPresidenTMu.jpg)
Sambutan Thaipusam inspirasi perpaduan dan keharmonian - Naib Presiden MIC
Nilai pengorbanan, disiplin dan pengabdian dalam sambutan Thaipusam menjadi sumber inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengukuhkan perpaduan dan bersama-sama membina negara yang lebih baik.
![Indeks pengeluaran industri Vietnam susut pada Januari Indeks pengeluaran industri Vietnam susut pada Januari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739020959_950x600.jpg)
Indeks pengeluaran industri Vietnam susut pada Januari
Indeks pengeluaran industri nasional Vietnam menyusut 9.2 peratus pada Januari berbanding bulan sebelumnya.
Lebih 18,000 pelarian kembali ke Afghanistan
Lebih 18,000 pelarian Afghanistan kembali ke tanah air dari negara jiran, Pakistan, bulan lepas, lapor Xinhua yang memetik media tempatan, Tolo, pada Sabtu.
![Minyak sawit Malaysia tembusi pasaran baharu dengan penerimaan global lebih besar - Zuraida Minyak sawit Malaysia tembusi pasaran baharu dengan penerimaan global lebih besar - Zuraida](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51653752005_TBZuraida.jpg)
Minyak sawit Malaysia tembusi pasaran baharu dengan penerimaan global lebih besar - Zuraida
Minyak sawit Malaysia berjaya menembusi pasaran global baharu terutamanya di tiga negara iaitu, Estonia, Republik Czech dan Hungary.
![KPPK sasar penggunaan lada tempatan di semua hotel KPPK sasar penggunaan lada tempatan di semua hotel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81661418265_TBZURAIDAjpg.jpg)
KPPK sasar penggunaan lada tempatan di semua hotel
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) menyasarkan penggunaan lada tempatan di semua hotel di seluruh negara, kata menterinya Datuk Zuraida Kamaruddin.
![Kerajaan Sarawak diharap peruntukkan lebih banyak kawasan untuk penanaman lada - Zuraida Kerajaan Sarawak diharap peruntukkan lebih banyak kawasan untuk penanaman lada - Zuraida](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71661358930_TBzuraida.jpg)
Kerajaan Sarawak diharap peruntukkan lebih banyak kawasan untuk penanaman lada - Zuraida
Katanya, Sarawak mempunyai tanah yang luas, mampu menampung permintaan bekalan lada yang meningkat ketika ini.
![Manusia punca hidupan liar pupus, bukan minyak sawit - KPPK Manusia punca hidupan liar pupus, bukan minyak sawit - KPPK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51653752005_TBZuraida.jpg)
Manusia punca hidupan liar pupus, bukan minyak sawit - KPPK
Aktiviti pemburuan menjadi penyumbang utama kepada kemerosotan jumlah orang utan di Borneo sejak 200 tahun lepas, iaitu jauh sebelum bermulanya pembangunan minyak sawit sekitar 1970-an.
![KPPK harap proses pengambilan pekerja asing guna platform digital sepenuhnya KPPK harap proses pengambilan pekerja asing guna platform digital sepenuhnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61657524233_TBzuraida.jpg)
KPPK harap proses pengambilan pekerja asing guna platform digital sepenuhnya
Pengambilan pekerja asing secara berperingkat kepada platform digital sepenuhnya memudahkan lagi proses berkenaan.
![Aktiviti penuaian kelapa sawit masih terjejas akibat kekurangan pekerja asing Aktiviti penuaian kelapa sawit masih terjejas akibat kekurangan pekerja asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61626258228_LADANGSAWIT.jpg)
Aktiviti penuaian kelapa sawit masih terjejas akibat kekurangan pekerja asing
Aktiviti penuaian buah tandan segar dalam industri sawit negara masih lagi terjejas akibat kemasukan pekerja asing yang perlahan.
![Nilai eksport biokomposit negara catat RM4.3 bilion tahun lepas Nilai eksport biokomposit negara catat RM4.3 bilion tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/41656062496_TBweejeckseng.jpg)
Nilai eksport biokomposit negara catat RM4.3 bilion tahun lepas
Industri biokomposit di Malaysia kini berkembang pesat dengan negara mencatatkan nilai eksport sebanyak RM4.3 bilion.
![Isu bekalan ayam: Promosi sisa isirung sawit sebagai makanan haiwan Isu bekalan ayam: Promosi sisa isirung sawit sebagai makanan haiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/61653967278_TBisirung.jpg)
Isu bekalan ayam: Promosi sisa isirung sawit sebagai makanan haiwan
KPPK akan meningkatkan usaha mempromosikan penggunaan sisa isirung sawit sebagai makanan haiwan bagi memastikan Malaysia mempunyai bekalan ayam yang mampan.
![Malaysia buka jalan raih semula bahagian pasaran di EU - Zuraida Malaysia buka jalan raih semula bahagian pasaran di EU - Zuraida](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/61626258228_LADANGSAWIT.jpg)
Malaysia buka jalan raih semula bahagian pasaran di EU - Zuraida
KPPK akan mengambil peluang akibat ketegangan politik di Eropah dan kekurangan minyak masak untuk mempromosikan minyak sawit Malaysia, dab membuka jalan bagi komoditi ini mmendapat bahagian di EU.
![Kementerian dan pihak berkepentingan bincang pelan lima tahun promosi minyak sawit Kementerian dan pihak berkepentingan bincang pelan lima tahun promosi minyak sawit](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81637226507_LembagaMinyakSawit.jpg)
Kementerian dan pihak berkepentingan bincang pelan lima tahun promosi minyak sawit
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, agensi dan penggiat industri akan bersama-sama merangka pelan lima tahun untuk mempromosikan minyak sawit Malaysia.