KUALA LUMPUR: Mewujudkan perjanjian perkhidmatan udara baharu antara Malaysia dan Uruguay antara perkara yang dicadangkan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong kepada Menteri Pengangkutan dan Kerja Raya Uruguay Jose Luis Falero.
Ka Siong berkata perkara itu dibangkitkan semasa kunjungan hormatnya ke atas Falero pada hari terakhir Perhimpunan XXIV Suruhanjaya Penerbangan Awam Amerika Latin (LACAC) ke-24, semalam.
"Ia bertujuan memperkemas pemulihan industri penerbangan kita terutama menjelang pembukaan semula sempadan mulai 1 April (ini) dan seterusnya. TYT Falero bersetuju agar Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) segera memulakan perbincangan mengenai perkara ini dengan rakan sejawat mereka di sini," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Beliau berkata Uruguay juga bersetuju mengadakan perbincangan lanjut dengan Malaysia untuk bekerjasama dalam penggunaan minyak sawit sebagai Bahan Api Penerbangan Lestari (SAF) mengikut Skim Pengurangan dan Mengimbangi Karbon bagi Penerbangan Antarabangsa (CORSIA).
Menurut Ka Siong, perkara itu akan memberi manfaat kepada semua pihak ke arah industri penerbangan hijau dan mampan.
Wee berkata pada pertemuan itu juga, Uruguay turut menyatakan keinginan untuk mengetahui lebih lanjut tentang pembangunan dan pengurusan pelabuhan yang cekap dan berkesan oleh Malaysia.
Ia susulan kejayaan Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas sebagai pelabuhan kontena ke-12 dan ke-15 tersibuk di dunia.
"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada TYT Falero atas sokongan Uruguay kepada Malaysia yang berjaya dipilih semula ke Majlis Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) Disember lepas.
"Pusat Kecemerlangan Rel Kebangsaan (NRCOE) Malaysia akan menawarkan kepakaran dan kerjasama untuk melatih warga Uruguay dalam membina infrastruktur rel mereka untuk kereta api elektrik," katanya.
Pada pertemuan itu, Wee turut mengucapkan tahniah kepada Falero atas kejayaan menganjurkan perhimpunan LACAC ke-24 serta pelantikan Pengarah Penerbangan Awam dan Infrastruktur Aeronautik Uruguay Brig Jen Gaetano Battagliese sebagai Presiden LACAC yang akan datang.
"Di bawah kepimpinan mereka yang berkebolehan, Malaysia dan Uruguay mempunyai banyak potensi untuk bekerjasama," katanya.
LACAC ditubuhkan pada 1973 dan dianggotai 27 negara antaranya Argentina, Brazil, Costa Rica, Cuba, Guatemala, Panama, Jamaica, Mexico serta Venezuela.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 26 2022

Ka Siong berkata Uruguay juga bersetuju mengadakan perbincangan lanjut dengan Malaysia untuk bekerjasama dalam penggunaan minyak sawit. - Foto BERNAMA

Ukraine sedia terima gencatan senjata 30 hari dengan Rusia
Ukraine menyatakan kesediaannya untuk menerima gencatan senjata selama 30 hari dengan Rusia, ketika delegasi dari Kyiv dan Washington bertemu di Arab Saudi.

Perdagangan borong, runcit Malaysia cecah RM148.9 bilion pada Januari 2025
Perdagangan runcit mencatatkan jualan sebanyak RM66.1 bilion, meningkat 8.2 peratus atau RM5.0 bilion berbanding tahun lalu.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri - Tiket bas ada lagi nak balik raya?
Mungkin ada yang mula gelisah, ada lagi ke tiket bas nak balik raya? Ikuti perkongsian Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkenaan kemas kini semasa tiket bas untuk anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Saman sekolah selepas alami tekanan mental
Ortiz menyaman sekolah itu atas dakwaan pengabaian pendidikan yang menyebabkan tekanan emosi.

SPRM tahan 16 individu disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran kelahiran
SPRM telah melancarkan Op Outlander dan Op Birth semalam membabitkan serbuan ke atas beberapa premis.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

Lima video 'deepfake' janaan AI berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan AI dan diviralkan di media sosial.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 1 November 2023.

Malaysia cadang wujud perjanjian perkhidmatan udara baharu dengan Uruguay
Ia bertujuan memperkemas pemulihan industri penerbangan terutama menjelang pembukaan semula sempadan mulai 1 April.

MAVCOM laksana rasionalisasi RAS di Sabah dan Sarawak - PM
Ia sebagai salah satu usaha kerajaan bagi memastikan kemudahan tersebut dapat dinikmati oleh penduduk di luar bandar pada tahap yang terbaik.