KUALA LUMPUR: Malaysia kini menuju ke arah pemulihan dari segi angka ekonomi keseluruhan, tetapi Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengingatkan mengenai risiko terhadap pemulihan dalam persekitaran prospek ekonomi global yang tidak menentu.
Beliau berkata ini dapat dilihat daripada jumlah angka yang dicatatkan apabila Malaysia mempunyai pertumbuhan suku pertama yang kukuh pada tahun ini dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak lima peratus.
Katanya negara berada di landasan untuk mencapai pertumbuhan KDNK sebanyak 5.3 peratus hingga 6.3 peratus pada 2022.
"Sementara itu, kadar pengangguran merosot kepada 3.9 peratus pada Mei dan Jun 2022, menunjukkan aliran penurunan selama 14 bulan berturut-turut," katanya dalam ucaptama pada Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia XVI 2022 hari ini.
Tengku Zafrul berkata prestasi perdagangan Malaysia turut terus berdaya tahan dan mengekalkan momentum pertumbuhannya berikutan data perdagangan menunjukkan pertumbuhan dua angka selama 16 bulan berturut-turut sejak Februari 2021.
"Selepas pembukaan semula ekonomi yang sistematik, peningkatan yang berterusan untuk permintaan dalaman dan luaran serta penurunan kadar pengangguran, pelabur asing dilihat lebih yakin dengan prospek Malaysia.
"Semua data ini, termasuk kembalinya kesesakan lalu lintas dan kedai makan yang sesak, menunjukkan bahawa angka KDNK suku kedua kita dijangka kukuh, yang akan mengesahkan lagi dasar kami yang telah meletakkan Malaysia di landasan yang tepat ke arah pemulihan," katanya.
Bagaimanapun, katanya Malaysia turut menghadapi risiko dan cabaran terhadap pemulihan seperti inflasi global yang meningkat berikutan harga komoditi terus naik dan rantaian bekalan terganggu akibat konflik Rusia-Ukraine yang berterusan.
"Kadar inflasi kita meningkat kepada paras tertinggi dalam tempoh setahun pada 3.4 peratus pada Jun 2022, dengan inflasi makanan pada Jun sebanyak 6.1 peratus," katanya, sambil menambah kerajaan berjaya mengurangkan impak melalui subsidi dan had harga ke atas beberapa barangan utama.
Tengku Zafrul berkata terdapat kelembapan dalam pertumbuhan di peringkat global berikutan inflasi yang lebih tinggi daripada jangkaan di seluruh dunia, terutamanya di Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara utama Eropah, yang telah membawa kepada dasar monetari yang lebih ketat.
Kelembapan ekonomi China, sebahagiannya berikutan dasar sifar COVID-19 dan kesan limpahan daripada perang Rusia-Ukraine turut menambah kepada situasi tidak menentu.
"Tabung Kewangan Antarabangsa telah menurunkan unjuran pertumbuhannya untuk Malaysia kepada 5.1 peratus daripada 5.6 peratus, iaitu di bawah unjuran rasmi kami sebanyak 5.3 peratus hingga 6.3 peratus.
"Pada masa ini, kami terus optimis bahawa kami akan dapat berpegang kepada unjuran rasmi kami," katanya.
Beliau berkata kenaikan kadar terkumpul oleh Rizab Persekutuan AS sebanyak 225 mata asas secara keseluruhan, setakat ini telah menyebabkan banyak mata wang susut, termasuk ringgit.
"Risiko AS memasuki fasa kemelesetan, teknikal atau tidak, menjadikan prospek global lebih suram," katanya.
Tengku Zafrul turut menegaskan bahawa risiko varian dan subvarian baharu COVID-19 tetap ada dan Malaysia, bersama dengan seluruh dunia, perlu bersedia untuk menghadapi pandemik global yang akan datang dan mungkin perlu lebih memberi tumpuan kepada langkah-langkah pencegahan berbanding pemulihan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 06 2022
Zafrul sewaktu memberikan ucaptama pada Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar Malaysia XVI 2022 hari ini.- Foto Astro AWANI
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
Dagangan Malaysia berkembang seiring prospek WTO - MITI
Perdagangan Malaysia dijangka berkembang seiring dengan prospek yang diterbitkan oleh WTO, yang mengunjurkan jumlah dagangan barangan global tumbuh sebanyak tiga peratus.
Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka kekal 4.5 peratus pada 2025 - OCBC
Walaupun wujud turun naik bulanan, pertumbuhan eksport kekal berdaya tahan, disokong oleh tahap terendah dalam kitaran menurun eksport elektronik global.
BMI unjur ekonomi Malaysia 2024 berdaya tahan pada 5.0 peratus
BMI, syarikat Fitch Solutions, mengunjurkan ekonomi Malaysia pada 2024 berdaya tahan dengan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebenar 5.0 peratus.
Malaysia selaku Pengerusi ASEAN sedia peluang perkasa PMKS - Samenta
Peranan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN pada tahun ini juga menjadi peluang bagi negara ini menumpukan semula perhatian terhadap 70 juta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang merangkumi 9
KDNK 2025 Malaysia dijangka kekal stabil pada 5 peratus - CIMB Securities
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka kekal stabil pada kadar lima peratus pada 2025, selaras dengan sasaran kerajaan antara 4.5 dan 5.5 peratus, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh lebih 5.0 peratus pada 2025 - Amir Hamzah
Ekonomi Malaysia dijangka mengekalkan pertumbuhan yang stabil melebihi 5.0 peratus pada 2025, disokong oleh pelaburan strategik, pengurusan fiskal yang kukuh dan daya tahan ekonomi.
KSI unjur ekonomi Malaysia tumbuh 4.9 peratus pada 2025
Ekonomi Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan sederhana sekitar 4.9 peratus pada 2025, dengan mengambil kira kesan dasar domestik dan cabaran luar.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah tempatan ditutup bercampur-campur pada Jumaat, disokong oleh prestasi negara serantau yang bertindak balas terhadap prospek ekonomi China yang positif, kata seorang peniaga.
KDNK Malaysia diunjur naik 4.9 peratus pada 2025 - Firma penyelidikan
Unjuran ini menandakan penyederhanaan daripada pertumbuhan sebanyak 5.2 peratus dicatatkan pada sembilan bulan pertama 2024.
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah ditutup bercampur-campur pada Selasa, berikutan sentimen pasaran terjejas oleh harga minyak mentah yang merosot.