Parlimen Perancis membatalkan kenaikan cukai import minyak sawit selepas bantahan dibuat oleh Indonesia dan Malaysia.
Pada Khamis, Dewan Negara mengundi untuk mengenakan cukai tambahan sebanyak 30 euro (RM137) setiap tan bagi tahun 2017, di atas levi 104 euro (RM475) levi sedia ada, iaitu satu per sepuluh daripada cukai tambahan yang diluluskan Senat.
Sebelum ini, cadangan cukai sebanyak 300 euro setiap tan minyak sawit telah diluluskan selepas menerima tekanan daripada pejuang alam sekitar. Mereka mendakwa kemusnahan sebahagian besar hutan hujan adalah disebabkan penanaman kelapa sawit secara besar-besaran.
Cukai tersebut digelar sebagai 'Cukai Nutella' di Perancis kerana minyak sawit digunakan dalam produk popular berkenaan.
BACA: MPOC kecam keputusan Perancis naikkan cukai import minyak sawit
Pelaksanaan cukai itu adalah di bawah rang undang-undang biodiversiti. Semasa Dewan Negara Perancis bersidang, ahli Parlimen parti Sosialis telah mencadangkan cukai baharu iaitu 90 euro bagi setiap tan minyak sawit, dan telah diluluskan setelah mendapat undi tertinggi.
Indonesia mengecam cadangan cukai Senat dengan menyifatkannya sebagai 'angkuh' dan 'keterlaluan' dan ia satu langkah yang boleh mengancam hubungan dua hala.
Ahli Parlimen Perancis, Jean-Louis Bricout dari Parti Sosialis, berkata bahawa bukan satu keperluan untuk 'tiba-tiba menjejaskan kestabilan bekalan kepada syarikat-syarikat di Perancis, atau hasil pengeluar minyak tersebut, yang kebanyakannya di negara-negara ekonomi membangun'.
Ia adalah kali ketiga sejak 2012, isu cukai telah dibawa ke Parlimen.
Agensi
Fri Mar 18 2016
Sebelum ini cukai sebanyak USD$338 setiap tan minyak sawit telah diluluskan susulan tekanan daripada pecinta alam sekitar
Pesawat hilang ditemui terhempas, semua mangsa disahkan maut
Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) mengesahkan penemuan bangkai pesawat yang sepadan dengan keterangan sebuah pesawat dilaporkan hilang di pesisir barat Alaska pada Khamis, lapor Xinhua.
Penunggang motosikal maut langgar lori pancit tepi jalan
Penunggang motosikal maut selepas melanggar bahagian belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan akibat tayar pancit di Kilometer 222.4 Lebuhraya Utara-Selatan.
'Garis panduan untuk peringatan, bukan Islam tidak perlu campur' - Akmal Saleh
Dr Akmal Saleh berkata keperluan penyediaan garis panduan terbabit adalah sebagai sumber rujukan dan peringatan kepada umat Islam.
AWANI Ringkas: Bilangan mangsa di PPS berkurangan setakat 8 pagi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Aliff cipta sensasi tumbangkan Shamil Adukhov pada pusingan pertama
ATLET Muay Thai negara, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib mencipta sensasi apabila menumbangkan petarung dari Rusia, Shamil Adukhov dalam aksi One Fight Night 28 pada Sabtu.
PLKN 3.0: Majikan tidak beri pelepasan kepada pelatih perlu ada justifikasi - JKLN
Individu yang dipanggil menjalani latihan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 perlu hadir melapor diri dan memohon penangguhan jika mempunyai halangan berbuat demikian.
PLKN 3.0: Uniform celoreng tentera selaras amalan negara lain
Kajian menunjukkan kebanyakan negara menggunakan uniform celoreng tentera berbanding uniform seragam alternatif.
Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil - Nanostix
Nanostix Innovations Sdn Bhd dalam satu kenyataan mahu kerajaan menekankan pertimbangan utama bagi memastikan pelaksanaan yang lebih seimbang.
Tanpa pembiayaan AS, lebih 6 juta berisiko maut akibat HIV/AIDS - Agensi PBB
20 juta daripada 30 juta orang positif HIV di seluruh dunia bergantung kepada bantuan AS untuk mendapatkan rawatan.
Imigresen rampas RM3.6 juta dalam operasi khas di premis pengirim wang tanpa lesen
Jabatan Imigresen berjaya merampas RM3.6 juta dan menahan 10 warga asing dalam operasi khas di sekitar Klang, Selangor dan Brickfield.
Isu orang utan: Video ucapan Zuraida disunting di luar konteks
Tindakan pihak tertentu yang menyunting rakaman ucapan tersebut telah menjejaskan usaha kementerian dalam mempromosikan minyak sawit.
AS sekat import minyak sawit FGV? Tidak beri impak signifikan kepada industri Malaysia
India dan China masih lagi menjadi pengimport terbesar minyak kelapa sawit dengan 200,000 hingga 300,000 sebulan.
Khairuddin sahkan dua jam disoal siasat
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mengesahkan disoal siasat selama dua jam oleh PDRM pada Khamis malam berhubung kegagalan mematuhi kuarantin wajib.
Nigeria dijangka tingkatkan import minyak sawit Malaysia - MPOC
Nigeria dijangka meningkatkan import minyak sawit mentah (MSM) Malaysia serta olein sawit dalam beberapa bulan akan datang bagi menambah stok simpanan sedia ada serta menampung permintaan bagi tempoh
COVID-19 dan sekatan pergerakan: India dijangka kembali import minyak sawit Malaysia
India kelihatannya tidak mempunyai banyak pilihan dan dijangka kembali semula mengimport minyak sawit dari Malaysia.
Minyak sawit kembali curi perhatian
Pertandingan diadakan untuk mendidik dan menimbulkan kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai kelebihan minyak sawit dan bagaimana untuk menggunakannya dalam pelbagai cara.
IOI sedia peruntukan pelaburan RM1 bilion
Beliau berkata, langkah itu bagi menjadikan portfolio pelaburan syarikat yang lebih seimbang.
Malaysia, Indonesia bantah: Perancis batal kenaikan cukai import minyak sawit
Parlimen Perancis membatalkan kenaikan cukai import minyak sawit selepas bantahan dibuat oleh Indonesia dan Malaysia.
MPOC kecam keputusan Perancis naikkan cukai import minyak sawit
MPOC mengecam keputusan Perancis mengenakan cukai import ke atas minyak sawit dari negara ekonomi membangun.