KUALA LUMPUR: Malaysia mengekalkan kedudukannya sebagai pengeksport gas asli cecair (LNG) kelima terbesar pada 2023, selepas Rusia, Qatar, Australia dan Amerika Syarikat.
Menurut laporan tahunan ke-15 World LNG Report 2024 yang dikeluarkan oleh Kesatuan Gas Antarabangsa (IGU) semalam, jumlah eksport LNG Malaysia pada 2023 ialah sebanyak 26.75 juta tan (MT), membentuk kira-kira tujuh peratus daripada jumlah LNG yang diniagakan di seluruh dunia.
"Medan gas Kasawari di Malaysia dengan kapasiti karbon dioksida (CO2) sebanyak 3.7 juta tan setahun (MTPA) disenaraikan sebagai salah satu projek penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon berkaitan LNG, dengan kemudahan penangkapan karbon yang memperoleh CO2 dari huluan atau komponen pencecairan projek LNG sebagai satu lagi langkah pengurangan pelepasan.
"Secara global, Malaysia merupakan sebagai salah satu kapasiti pencecairan terbesar yang beroperasi pada 32 MTPA di antara 21 pasaran yang mengendalikan kemudahan eksport LNG," kata laporan itu.
Laporan itu juga menunjukkan rantau Asia Pasifik adalah pengeksport tertinggi, dengan jumlah sebanyak 134.80 MT.
"Rantau ini juga kekal sebagai pengimport terbesar dengan 155.32 MT untuk LNG, yang mana perdagangan dalam kalangan negara-negara serantau sebanyak 95.0 MT pada 2023," tambahnya.
Presiden Kesatuan Gas Antarabangsa Li Yalan berkata ketika dunia menuju ke arah masa depan yang mengamalkan pelepasan rendah, banyak negara mencari jalan untuk mencapai komitmen iklim mereka sambil memastikan tenaga yang mampu milik, tersedia dan selamat.
"LNG ialah komoditi yang penting untuk menyediakan daya tahan yang lebih besar bagi sistem tenaga yang berubah dengan pantas di seluruh dunia, dan ia mempunyai peranan penting dalam mengurangkan risiko ketidakpastian yang wujud melalui proses itu," katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Gas Malaysia (MGA) Abdul Aziz Othman berkata pihaknya mengiktiraf peranan penting LNG yang akan ditekankan dalam pelan hala tuju peralihan tenaga Malaysia, yang menjangka permintaan gas meningkat daripada 43 peratus kepada 56 peratus menjelang 2050.
"Unjuran kenaikan ini menekankan perlunya untuk pemain industri LNG bersedia sepenuhnya bagi memenuhi jangkaan yang semakin meningkat," katanya.
Beliau berkata pada masa hadapan, MGA sangat menyokong aspirasi kerajaan untuk pasaran gas yang diliberalisasi sepenuhnya, termasuk sektor tenaga.
"Kami percaya langkah sedemikian akan meningkatkan keselamatan bekalan tenaga dan memupuk persekitaran pasaran yang lebih cekap yang akhirnya memberi manfaat kepada pengguna Malaysia," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 28 2024
Abdul Aziz berkata pihaknya mengiktiraf peranan penting LNG yang akan ditekankan dalam pelan hala tuju peralihan tenaga Malaysia, yang menjangka permintaan gas meningkat daripada 43 peratus kepada 56 peratus menjelang 2050. - Foto BERNAMA
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Muzium Nasional Hangeul di Seoul terbakar, seorang anggota bomba cedera
Ketika kejadian, muzium berkenaan ditutup kepada orang ramai bagi kerja-kerja pembesaran.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Menteri luar negara arab tolak cadangan Trump
Para menteri luar negara Arab pada Sabtu menolak cadangan pemindahan warga Palestin dari tanah mereka dengan apa juga alasan.
Tumpuan Ahad – 2 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jumlah mangsa di Sabah, Sarawak menurun malam ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak menurun dan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
13 penuntut universiti beri keterangan pada Ahad
Seramai 13 penuntut universiti telah diberikan pemakluman untuk hadir memberi keterangan esok bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah di hadapan sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini pada Sabtu lepas.
Pengurusan taman tema akan dipanggil, jawab beberapa persoalan - Amirudin
Amirudin berkata, pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit, antara lain membabitkan isu keselamatan.
Perdagangan LNG Malaysia dijangka terus berkembang susulan Petronas tingkat pelaburan luar negara
BMI menjangka perniagaan perdagangan LNG Malaysia terus berkembang susulan Petronas berusaha meningkatkan portfolio LNG di peringkat global.
Malaysia kekal pengeksport LNG kelima terbesar pada 2023
Jumlah eksport LNG Malaysia pada 2023 ialah 26.75 juta tan, membentuk kira-kira 7% daripada jumlah LNG yang diniagakan di seluruh dunia.
Kerajaan baharu Argentina harap projek LNG dengan Petronas akan diteruskan - Mondino
Kerajaan baharu Argentina berharap projek gas asli cecair (LNG) bersama yang bernilai berbilion dolar dengan syarikat minyak dan gas Malaysia, Petronas, akan diteruskan.
Malaysia kekal pengeksport LNG kelima terbesar pada 2022
Malaysia mengekalkan kedudukannya sebagai pengeksport gas asli cecair (LNG) kelima terbesar pada 2022 selepas Australia, Amerika Syarikat, Qatar dan Rusia.
Malaysia punyai sumber mencukupi untuk bina lebih banyak loji jana kuasa turbin gas - Pakar
Malaysia mempunyai jumlah sumber asli mencukupi untuk membina lebih banyak loji jana kuasa turbin gas bagi menyediakan permintaan tenaga elektrik yang semakin meningkat di Malaysia.
AS pengeksport utama LNG susulan kebergantungan Eropah - EIA
AS menjadi pengeksport LNG gas asli cecair terbesar di dunia pada separuh pertama 2022.
Malaysia kekal pengeksport LNG ke-5 terbesar pada 2021
Eksport tahun lepas sebanyak 24.9 MTPA, meningkat sedikit daripada 23.9 MTPA pada 2020.
Petronas, syarikat tenaga global pertama hasilkan LNG daripada dua kemudahan terapung
Petronas menjadi syarikat tenaga global yang pertama mengeluarkan gas asli cecair daripada dua kemudahan terapung berikutan penghantaran kargo pertama oleh Petronas Floating LNG DUA pada 24 Mac, 2021.
Malaysia anjur Forum Menteri-menteri Gas IEF-IGU ke-7
Kerajaan Malaysia akan diwakili oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri.
Keuntungan bersih 2019 Petronas gas meningkat kepada RM1.93 bilion
Keuntungan bersih Petronas Gas Berhad bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2019 meningkat kepada RM1.93 bilion daripada RM1.79 bilion pada 2018.