Malaysia mengekalkan kedudukan utamanya dalam 'Established Index' sebagai pasaran pembuatan pilihan bagi penempatan semula pada masa depan, demikian menurut laporan Cushman & Wakefield.
Kejayaan ini adalah berdasarkan perkhidmatan infrastruktur Malaysia yang kondusif kepada produktiviti, dengan kualiti infrastruktur yang agak tinggi, walaupun wujud kebimbangan yang menyelubungi ketersediaan bekalan air dan gangguan bekalan elektrik sejak kebelakangan ini, katanya.
"Walaupun negara berpendapatan sederhana yang lain mampu menyaingi Malaysia dari segi standard infrastruktur, laporan oleh Bank Dunia baru-baru ini menunjukkan kedudukan Malaysia masih lebih tinggi berbanding saingannya dari segi prestasi logistik keseluruhan berhubung kualiti infrastruktur perdagangan dan pengangkutan," katanya dalam laporan bertajuk 'Indeks Risiko Pembuatan 2017'.
Beribu pejabat di Chicago, Amerika Syarikat, Cushman & Wakefield menyediakan perkhidmatan hartanah komersial bagi membantu pelanggan mengubah aset tetap kepada aset yang lebih dinamik.
Indeks Risiko Pembuatan merupakan kajian tahunan ke atas sektor pembuatan, yang mengukur bagaimana risiko politik, ekonomi, teknologi dan alam sekitar, diurus dalam penilaian portfolio dan pemilihan tapak oleh penghuninya.
Ia mengandungi Established Index yang menentukan kedudukan 30 negara terbesar dalam keluaran pembuatan dan Indeks Pioneering yang menetapkan kedudukan 10 teratas lokasi pembuatan, pertumbuhan, dan kurang mantap dari segi pengeluaran, namun berpotensi untuk matang dan menjadi lokasi pilihan.
Malaysia, bersama Taiwan, China, Korea Selatan, Singapura, Thailand dan Jepun, terus menguasai 15 tempat teratas, menduduki tujuh tempat dalam Established Index.
Berdasarkan tahap kematangan yang berbeza dari segi pemakaian teknologi dan keutamaan di seluruh Asia Pasifik, setiap negara di rantau ini mempunyai tumpuan khusus dalam bidang inovasi untuk mempromosikan pertumbuhan sektor - seperti pembuatan pintar dalam bentuk automasi di China disebabkan inflasi upah atau tawaran masyarakat terhubung syarat kukuh untuk menjalankan perniagaan di Singapura, walaupun profil kos yang lebih tinggi, kata laporan itu.
Di China, laporan itu menyebut, dasar sama ada menggalakkan atau pembiayaan langsung pelaburan dalam bidang sains dan teknologi, pemindahan teknologi, kemampanan, dan pembangunan infrastruktur, dilihat membantu syarikat China mewujudkan kelebihan daya saing yang penting melalui massa kritikal, walaupun kawasan itu tidak menghadapi saingan daripada pasaran negara jiran.
India sebaliknya telah meningkat ke tempat kelima tahun lepas - ekoran tumpuan kerajaan ke atas usaha 'Make in India'.
Menurut laporan itu, India menyaksikan peningkatan pelaburan oleh para pengilang global.
"Peningkatan pelaburan ini dijangkakan akan terus menyokong projek-projek peningkatan infrastruktur, dasar dan kawal aturan," katanya.
Mengenai penilaian keseluruhan pasaran, laporan itu berkata dalam jangka pendek, pembuatan terus menghadapi kekangan ekoran kurangnya pelaburan modal untuk kilang yang mengurangkan secara radikal keputusan ke atas lokasi.
"Namun, dalam jangka sederhana, banyak persoalan akan dibangkitkan mengenai lokasi yang pada asasnya menyediakan perkhidmatan untuk era yang berbeza apabila kita beralih kepada apa yang disebut oleh perunding, McKinsey, Industri 4.0 atau revolusi perindustrian ke-4," katanya.
Dalam persekitaran semasa, kos kekal sebagai kriteria utama pemilihan lokasi bagi kebanyakan syarikat.
Namun, Indeks Risiko Pembuatan menilai asas lain seperti keadaan operasi dan profil risiko negara.
"Kami menjangkakan faktor ini dan kriteria lain, menjadi penyumbang yang lebih penting kepada keputusan pemilihan lokasi pada masa akan datang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 17 2017

Bank Dunia baru-baru ini menunjukkan kedudukan Malaysia masih lebih tinggi berbanding saingannya dari segi prestasi logistik keseluruhan berhubung kualiti infrastruktur perdagangan dan pengangkutan. - Gambar fail

Bekas banduan beri sokongan, miliki bahan berkaitan pengganas Daish dipenjara 15 tahun
Seorang bekas banduan dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan berbaiah, memberi sokongan dan memiliki bahan berkaitan kumpulan pengganas Daish.

Pelantikan Naib Canselor tidak dibuat semberono - Zambry
Pelantikan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor sesebuah universiti awam tidak dibuat secara semberono atau berdasarkan faktor politik seperti yang disebarkan di media sosial atau surat layang.

KBS pertimbang gunakan teknologi dan inovasi dalam sukan untuk tarik tajaan korporat
Kementerian Belia dan Sukan sedang mempertimbangkan penggunaan teknologi dan inovasi dalam sukan.
Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan
Kebakaran sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat kepada fenomena jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara, seterusnnya boleh memberi kesan kepada aktiviti ekonomi dan masyarakat.
Malaysia akan cadang inisiatif AI kepada Sekretariat ASEAN
Speaker Dewan Rakyat yang juga Presiden Perhimpunan Agung antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46, Tan Sri Johari Abdul berkata Malaysia akan mencadangkan inisiatif kecerdasan buatan (AI) kepada Sekretariat ASEAN untuk kemajuan serantau.

3,670 laman sesawang bersifat lucah disekat sehingga 15 Feb lepas - Fahmi
Sejumlah 3,670 laman sesawang bersifat lucah disekat dari 2022 sehingga 15 Feb lepas, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Pemukiman Menteri-Menteri Pertahanan buka tirai
Lintas langsung bersama wartawan Astro AWANI, Khalis Khadir yang mengikuti sesi pemukiman Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN di Pulau Pinang.
Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) bermula pada Selasa
Sesi Permukiman Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) bermula pada Selasa di Batu Feringhi sehingga 27 Februari akan datang dengan kehadiran Menteri-menteri dan pegawai dari negara-negara anggota.
Pantau Agenda Reformasi: Apa tindakan selepas laporan Ketua Audit?
Pantau Agenda Reformasi bersama Datuk Seri Akhbar Sattar memberikan analisis mengenai Laporan Ketua Audit Negara yang dibentangkan pada Selasa

PERKESO perkasa program Rawatan Bencana Kerja, manfaatkan pencarum Akta 4
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) memperkasa Program Rawatan Bencana Kerja (RBK) bagi memudahkan urusan serta meringankan beban pencarum yang mengalami kemalangan di tempat kerja.

Malaysia kekal sebagai pasaran pembuatan paling menarik
Malaysia mengekalkan kedudukan utamanya dalam 'Established Index' sebagai pasaran pembuatan pilihan bagi penempatan semula pada masa depan, demikian menurut laporan Cushman & Wakefield.