BEIJING: Malaysia berpotensi besar untuk mengukuhkan kehadirannya di pasaran minyak sawit dan produk-produk nilai tambah berasaskan minyak sawit di China dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang, sambil mengurangkan lagi pergantungannya pada pasaran Eropah, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Mengakui jumlah import China dari Malaysia telah menurun secara perlahan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Pengerusi Datuk Mohamad Helmy Othman Basha berkata Malaysia kini menumpukan untuk mengeksport lebih banyak produk nilai tambah ke republik itu.
"Inilah yang kami (mahu lakukan) sekarang. Kami tidak mempunyai masalah dengan Indonesia yang mengeksport sejumlah besar minyak sawit mentah ke seluruh dunia.
"Bagi Malaysia, kami mahu mereka (China) mengimport produk nilai tambah yang lebih banyak dan kami melihat peningkatan (dalam sektor ini) tahun ke tahun," kata Mohamad Helmy, yang turut berada dalam misi promosi minyak sawit ke China yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi.
Beliau berkata Institut Penyelidikan dan Perkhidmatan Teknikal Sawit MPOB (PORTSIM), yang ditubuhkan pada 2005, telah mencipta antara tiga dan lapan produk nilai tambah baharu menggunakan minyak sawit setiap tahun bagi memenuhi keperluan pengguna China.
"Pengguna China kini sangat canggih. Mereka memerlukan produk kesihatan yang lebih baik, nutrien yang lebih baik, dan sudah tentu produk yang mampan dan minyak sawit mampan kami adalah jawapannya.
"Jadi kami berada di landasan yang betul," kata Mohamad Helmy.
Beliau juga berkata pengeluar China (makanan dan bukan makanan) kini menghadapi masalah kekurangan lemak (lemak haiwan) untuk produk mereka, dan terdapat potensi bagi Malaysia menggantikannya dengan minyak sawit.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Minyak Sawit Malaysia Belvinder Sron berkata China lebih prihatin terhadap keperluan alam sekitar, sosial dan tadbir urus kerana ia mengeksport produk-produknya ke negara lain.
"Kita berada dalam kedudukan yang baik untuk membantu China memenuhi permintaan itu kerana kita memiliki pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) yang mana ia merupakan satu kelebihan daya saing yang kita ada berbanding negara pengeluar minyak sawit yang lain."
Beliau sehubungan itu menggesa syarikat-syarikat Malaysia untuk menjadi lebih agresif menembusi pasaran China yang memiliki 1.4 bilion penduduk dan membuat lawatan lebih kerap untuk lebih dekat dengan pembeli mereka. Beliau berkata terdapat peluang yang belum diterokai dalam kedua-dua sektor iaitu makanan dan bukan makanan.
Belvinder berkata strategi pengembangan masa depan bagi minyak sawit Malaysia adalah di Asean.
"Tetapi China dan India akan kekal sebagai pasaran utama. Timur Tengah dan benua Afrika adalah pasaran seterusnya.
"Kita tidak boleh (bergantung) pada Kesatuan Eropah apabila ia mengeluarkan begitu banyak peraturan yang menjejaskan eksport kita," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia Mohd Shahari Idris, yang turut mengadakan pertemuan dengan Fadillah semasa misi minyak sawit oleh TPM yang berakhir 19 Nov, berkata Malaysia tidak boleh lagi membuka ladang-ladang baharu kerana sekatan berkaitan Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).
"Kita benar-benar perlu berusaha bagaimana kita boleh menambah nilai dari segi kadar pengekstrakan minyak. Salah satu cara untuk melakukannya ialah dengan menggunakan bahan penanaman yang lebih baik.
"Selain itu, kita tidak seharusnya mensia-siakan buah lerai yang telah tertanggal daripada (tandan) tetapi hendaklah ia dikutip dan digunakan dengan baik.
"Ia boleh membantu meningkatkan kadar perahan minyak tetapi kita mesti memberi insentif kepada pekerja yang mengutip buah lerai yang tertanggal itu kerana sebelum ini ia tidak dikutip," katanya sambil menambah buah lerai yang jatuh ke tanah menunjukkan ia telah masak.
Sementara itu, dalam mengakhiri misinya ke China, TPM Fadillah berkata negara itu komited untuk meningkatkan import minyak sawitnya kepada 3.4 juta tan tahun depan berbanding anggaran 3.14 juta tan setakat ini.
Beliau juga menyifatkan lawatan itu sebagai misi minyak sawit yang paling berjaya untuk 2023. Fadillah juga mengunjungi EU dan Kenya untuk mempromosikan minyak sawit Malaysia.
China telah menjadi rakan dagang terbesar Malaysia sejak 14 tahun lalu.
Eksport agrikomoditi ke China merangkumi 12.8 peratus (RM26.46 bilion) daripada jumlah eksport komoditi pertanian Malaysia pada 2022, meningkat sebanyak 11 peratus dari 2021.
Eksport produk berasaskan minyak sawit dan minyak sawit ke China masing-masing berjumlah RM16.41 bilion dan RM8.44 bilion pada 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 20 2023
Mohamad Helmy berkata Malaysia kini menumpukan untuk mengeksport lebih banyak produk nilai tambah ke republik itu.
AWANI Borneo [15/01/2025] - Kebakaran besar| Bekalan gas| Maritim
AWANI Borneo 15 Januari 2025 bersama Jasmine Abu Bakar
1. Kebakaran di Kanowit, 88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang.
2. PETROS akan laksana fungsi sebagai agregator tunggal.
3. Komuniti nelayan diperkukuh bantu dasar Ekonomi Biru
1. Kebakaran di Kanowit, 88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang.
2. PETROS akan laksana fungsi sebagai agregator tunggal.
3. Komuniti nelayan diperkukuh bantu dasar Ekonomi Biru
Sabah softwood peruntuk RM3.6 juta bina sekolah CLC sejak 2020
Bagi menyediakan akses pendidikan kepada anak anak pekerja ladang, RM3.6 juta diperuntukkan Sabah Softwood Berhad di Kalabakan sejak Julai 2020
ia pembinaan enam buah Sekolah Comunity Learning Centre (CLC) bagi anak-anak pekerja Indonesia yang bekerja di syarikat itu.
ia pembinaan enam buah Sekolah Comunity Learning Centre (CLC) bagi anak-anak pekerja Indonesia yang bekerja di syarikat itu.
Loke harap penyusunan semula MAHB dimuktamad tidak lama lagi
Loke menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kelewatan keputusan oleh MAHB, termasuk projek aerotrain yang mendapat kritikan.
Komuniti nelayan diperkukuh bantu dasar ekonomi biru
Kerajaan komited dalam usaha memperkukuh sosioekonomi komuniti nelayan tradisi di Sipitang melalui pelaksanaan inisiatif berkaitan ekonomi biru.
Labuan lancar Pelan Tindakan Pelancongan Komprehensif bagi 2025-2030
Pelan tindakan ini menjadi panduan strategik, menggariskan pelbagai inisiatif yang akan diambil untuk meningkatkan sektor pelancongan Labuan dari 2025 hingga 2030.
Penerima SARA rancang perbelanjaan, utamakan keperluan asas
Kebanyakan penerima dan bakal penerima (SARA) di Lahad Datu sudah mula merancang perbelanjaan, termasuk membeli pelbagai barangan keperluan asas.
Bantuan: SARA melalui MyKad disalurkan bermula hari ini
Usaha penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui penggunaan MyKad akan diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun ini berbanding hanya di negeri-negeri Semenanjung Malaysia pada 2024.
88 penghuni rumah panjang tinggal sehelai sepinggang
Kira-kira 88 penghuni tinggal sehelai sepinggang apabila rumah panjang rumah mereka musnah sepenuhnya dalam satu kebakaran di Rumah Paulus Yan, Sungai Bawan di Jalan Nibong Tada pada rabu.
ASEAN 2025 | 15 Jan
ASEAN 2025 hari ini bersama Pia Ernadya membawa tumpuan berikut:
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Eksport minyak sawit Malaysia susut 9.97 peratus kepada 1.34 juta tan pada Disember - MPOB
Eksport minyak sawit Malaysia pada Disember 2024 menyusut 9.97 peratus kepada 1.34 juta tan daripada 1.49 juta tan pada bulan sebelumnya, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
FGV, MPOB jalin kerjasama tingkat kebolehkesanan, perkasa pekebun kecil
FGV Holdings Bhd (FGV) dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menjalin kerjasama strategik dengan memeterai memorandum kerjasama (MoC) untuk meningkatkan kebolehkesanan dan memperkasa pekebun kecil.
Malaysia sokong komitmen Indonesia teruskan mandat biodiesel B40 - Johari
Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, langkah dibuat Indonesia itu membantu industri minyak sawit secara keseluruhannya.
Pekebun kecil disaran tingkat hasil sawit hingga 10 tan setahun untuk perkukuh industri - Johari
Golongan pekebun kecil kelapa sawit disaran untuk meningkatkan kadar pengeluaran hasil antara lima hingga 10 tan metrik setahun.
Harga MSM dijangka sekitar RM4,000 satu tan menjelang akhir tahun ini - MPOB
Ketua Pengarah MPOB Datuk Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata harga MSM pada tahun lepas adalah antara RM3,800 hingga RM4,200 satu tan.
KPSM digesa lebih proaktif majukan ladang sawit terbiar untuk penanaman semula - Johari
KPSM di bawah MPOB digesa memainkan peranan proaktif memajukan ladang sawit terbiar menerusi projek penanaman semula bagi meningkatkan pengeluaran komoditi utama negara itu.
Eksport minyak Malaysia naik 39.92 peratus kepada 1.69 juta tan pada Julai - MPOB
Eksport minyak sawit Malaysia melonjak 39.92 peratus kepada 1.69 juta tan pada Julai 2024 daripada 1.21 juta tan pada Jun 2024, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Stok minyak sawit Malaysia meningkat 4.35 peratus kepada 1.83 juta pada Jun - MPOB
Jumlah stok minyak sawit Malaysia meningkat 4.35 peratus kepada 1.83 juta tan pada Jun 2024 daripada 1.75 juta tan pada Mei 2024, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia.
KPK cadang semak semula levi untung luar biasa sawit dalam Belanjawan 2025 - Johari
KPK bercadang menyemak semula levi keuntungan luar biasa (WPL) ke atas minyak sawit di negara ini dalam pembentangan Belanjawan 2025, seiring dengan harga semasa komoditi itu.
Stok minyak sawit Malaysia naik 0.5 peratus kepada 1.75 juta tan metrik pada Mei - MPOB
Stok minyak sawit Malaysia meningkat 0.5 peratus kepada 1.75 juta tan metrik pada Mei 2024 daripada 1.74 juta tan metrik pada April 2024, demikian menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).