Malaysia berhasrat meningkatkan eksportnya ke Arab Saudi, khususnya menerusi industri perkhidmatan selain memanfaatkan gagasan Wawasan 2030 negara berkenaan.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata industri teknologi maklumat (IT) merupakan sektor teras berikutan lebih banyak program pelaksanaan perkhidmatan kerajaan akan membabitkan aspek pendigitalan.
"Kita (Malaysia) mempunyai syarikat teknologi tempatan yang baik dan boleh memanfaatkan program transformasi Arab Saudi.
"Selain itu kita juga berharap sektor seperti pendidikan, penjagaan kesihatan, pelancongan, kejuruteraan, seni bina dan perkhidmatan perundingan dapat menyumbang kepada eksport negara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi dialog di mesyuarat pertama Majlis Perniagaan Malaysia-Arab Saudi (MSBC) di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Mustapa berkata satu jawatankuasa sementara membabitkan kerajaan dan sektor swasta yang berkaitan, telah ditubuhkan oleh anggota MSBC sebelum ini bagi merancakkan lagi aktiviti perdagangan serta perniagaan yang berpotensi untuk kedua-dua negara.
Mustapa turut mempelawa perniagaan sedia ada di Arab Saudi dan entiti lain yang berminat, untuk menghadiri satu seminar perniagaan di bangunan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di sini pada 27 Februari ini.
Ia bertujuan menjadi platform bagi bertukar-tukar pandangan mengenai cara untuk berniaga di Arab Saudi.
Perdagangan Malaysia dengan Arab Saudi bernilai RM13.9 bilion (US$3.17 bilion) pada 2016 khususnya membabitkan import minyak mentah berbanding RM10.95 bilion (US$2.82 bilion) pada 2015.
"Walaupun jumlah dagangan terjejas akibat harga produk minyak serta komoditi kita pada 2015, data dua hala terkini bagi Januari-Disember 2016 menunjukkan pemulihan dengan mencatat 24.8 peratus," katanya.
Arab Saudi adalah rakan dagang ketiga terpenting untuk Malaysia mewakili negara-negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) iaitu selepas Indonesia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).
Sementara itu, Pengerusi MSBC Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus berkata mesyuarat pertama itu diadakan sebagai persiapan kunjungan rasmi Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud yang dijadual pada akhir bulan ini.
"Sejajar kedudukan kukuh kita sebagai hab halal, wujud banyak peluang untuk mengembangkan perdagangan dalam produk serta perkhidmatan halal.
"Kita berharap untuk bekerjasama erat dengan agensi kerajaan berkaitan bagi kejayaan lawatan (Raja Salman) itu," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 13 2017
TOK PA: Malaysia berhasrat meningkatkan eksportnya ke Arab Saudi, khususnya industri perkhidmatan dan memanfaatkan gagasan Wawasan 2030 negara itu. - Gambar fail
Lukashenko secara rasmi diisytihar pemenang Pilihan Raya Presiden Belarus
Lukashenko pertama kali dipilih sebagai presiden Belarus pada 1994 dan kemudian dipilih semula pada 2001, 2006, 2010, 2015 dan 2020.
10 Berita Pilihan - (3 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah umum pengebumian Hassan Nasrallah pada 23 Februari
Pengebumian rasmi pemimpin Hizbullah, Sayyed Hassan Nasrallah yang gugur syahid dalam serangan udara Israel di pinggir selatan ibu kota Beirut pada September lalu akan diadakan pada 23 Februari ini.
Tumpuan Selasa – 4 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Keperluan kemanusiaan di Gaza amat besar -WFP
Program Makanan Sedunia (WFP) menegaskan bahawa keperluan kemanusiaan di Semenanjung Gaza amat besar, di tengah-tengah kepulangan rakyat Palestin yang dipindahkan ke kawasan utara selepas kira-kira 15 bulan perang Israel, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
WHO kurangkan bajet AS$400 juta selepas Amerika tarik diri
Negara-negara anggota yang menyertai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan bertemu bagi mengadakan perbincangan yang memberi tumpuan terhadap pemotongan bajet sebanyak 400 juta dolar. Ia selepas keputusan Amerika Syarikat selaku penyumbang dana terbesarnya menarik diri dari menyertai pertubuhan itu, atas arahan Presiden Donald Trump.
Netanyahu dapat 'lampu hijau' ke fasa dua genjatan senjata
Ketua Pembangkang Israel, Yair Lapid menegaskan bahawa tiada sebab yang menyekat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk meneruskan rundingan genjatan senjata fasa dua di Gaza. Ujarnya, Netanyahu mempunyai setiap jaringan sokongan dari parti politik di Israel untuk bergerak ke arah fasa dua genjatan senjata Gaza kini.
18 wanita maut dalam insiden letupan kereta di Manbij
Kejadian letupan sebuah kereta di utara Syria mengorbankan sekurang-kurangnya 19 mangsa setakat ini, yang mana kebanyakkannya adalah wanita. Menurut laporan Associated Press (AP), 18 mangsa adalah wanita, manakala seorang lagi mangsa lelaki.
Harimau sasar beruang sebagai makanan
Kajian hidupan liar terbaharu yang dijalankan di sebuah taman negara di China mendedahkan situasi yang unik dan jarang berlaku dalam ekosistem rimba. Harimau cuba menjadikan beruang sebagai 'menu' makanan mereka. Ini dapatan terbaharu yang dikongsikan menerusi kajian yang diselia oleh Universiti Beijing Normal di Northeast China Tiger and Leopard National Park (NCTLNP).
ISDG: Mampu capai matlamat kesejahteraan sejagat digariskan PBB
Penganjuran Konvensyen 'Islamic Sustainable Development Goals' (ISDG) buat julung kalinya bukan sahaja dilihat sebagai ruang untuk mengetengahkan suara-suara ilmuan dari pelbagai negara mengenai peranan islam dalam mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).
Malah ianya juga dilihat sebagai platform yang sesuai dan relevan bagi menerapkan nilai-nilai yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam pelbagai sektor.
Malah ianya juga dilihat sebagai platform yang sesuai dan relevan bagi menerapkan nilai-nilai yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam pelbagai sektor.
Arab Saudi keluar amaran hujan lebat, ribut petir hingga Isnin
Mekah dan Riyadh dijangka menghadapi hujan sederhana hingga lebat, hujan batu dan angin kencang yang membawa debu.
Najib anggap surat derma daripada Arab Saudi tulen
Najib berkata beliau tidak bertanyakan mengenai keaslian surat-surat berkaitan derma daripada Arab Saudi kerana beliau menganggap dokumen itu adalah tulen.
Agak mustahil pakej umrah bawah RM6,000
Berdasarkan situasi semasa, kos umrah yang ideal adalah antara RM6,000 dan RM7,000 serta akan meningkat pada cuti sekolah dan Ramadan.
Haji: Malaysia mohon kuota tambahan 10,000
Malaysia memohon kuota haji tambahan sebanyak 10,000 dan akan diberikan pertimbangan sewajarnya oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.
Indonesia hantar 221,000 jemaah haji pada 2025
Indonesia akan menghantar 221,000 jemaah haji pada musim haji 2025, seperti yang digariskan dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kerajaan Indonesia dan Arab Saudi.
Najib pulangkan wang derma kerana PRU13 telah berakhir
Najib berkata beliau ingin mengelakkan sebarang salah tafsiran yang mungkin timbul daripada kewujudan jumlah wang yang besar dalam akaun peribadinya.
Ronaldo gembira tinggal di Arab Saudi
Ronaldo menepis spekulasi mahu meninggalkan kelabnya, Al-Nassr dan menegaskan dia dan keluarganya gembira tinggal di Arab Saudi.
Syria ingin wujudkan kerajaan inklusif - Menteri Luar
Kerajaan Syria ingin mewujudkan sebuah kerajaan berdasarkan perkongsian dan kecekapan yang merangkumi semua komponen Syria.
Rakyat Malaysia ditahan di Arab Saudi: Kementerian Luar beri bantuan
Kementerian Luar hari ini mengesahkan penahanan seorang rakyat Malaysia di Arab Saudi.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.