KUALA LUMPUR: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yakin Malaysia mampu mencapai sasaran peningkatan produktiviti 3.6 peratus pada tahun ini.
Ketua Pengarahnya Datuk Abdul Latif Abu Seman berkata, unjuran itu dapat dicapai pada tahun ini dengan sokongan sektor awam dan swasta susulan pelaksanaan inisiatif yang dirancang dalam pelan tindakan produktiviti di bawah Pelan Tindakan Produktiviti Malaysia (MPB) terutamanya untuk 11 subsektor utama yang diterajui oleh Nexus Produktiviti.
Beliau memetik kenyataan daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed yang menyatakan bahawa produktiviti buruh bagi suku tahun kedua 2022 meningkat sebanyak 5.5 peratus yang merupakan peningkatan lebih tinggi berbanding 2.7 peratus pada suku pertama.
"Ini bererti Malaysia berada pada landasan yang positif. Peningkatan produktiviti buruh dipacu olehproduktiviti dalam sektor perkhidmatan yang meningkat sebanyak 7.5 peratus, sektor pembuatan sebanyak empat peratus dan sektor pembinaan sebanyak 2.9 peratus.
"Ini satu kejayaan selepas peralihan ke fasa endemik bermula 1 April 2022," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Abdul Latif berkata MPC melaksanakan pelbagai strategi dalam merealisasikan sasaran peningkatan produktiviti, antaranya ialah inisiatif dalam melahirkan tenaga kerja masa hadapan yang menyasarkan 10,000 peningkatan kemahiran baharu pekerja sektor swasta bagi 2022.
Selain itu, MPC turut memperkasa industri dalam melaksanakan program peningkatan produktiviti negara melalui platform Nexus Produktiviti.
"MPC juga memberi tumpuan kepada pengembangan teknologi dan digitalisasi yang mana usaha inisejajar dengan inisiatif di bawah Dasar Negara Mengenai Industry4WRD yang diterajui oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)," katanya.
Menurutnya, MPC menyasarkan sebanyak 260 syarikat menerima kelulusan Penilaian Kesediaan (RA) pada tahun ini.
Sementara itu, Abdul Latif berkata bengkel digital MPC melalui Myreskill IOT yang disediakan kepada pekerja yang terkesan semasa pandemik terutama di organisasi swasta turut meningkatkan pertumbuhan produktiviti dan ekonomi.
"Peranan MITI bersama MPC dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) mampu merealisasikan agenda transformasi industri dengan menjadikan teknologi dan digitalisasi sebagai pemboleh ubah strategik untuk memacu produktiviti negara," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 22 2022

Produktiviti buruh bagi suku tahun kedua 2022 meningkat sebanyak 5.5 peratus, iaitu lebih tinggi berbanding 2.7 peratus pada suku pertama. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kerugian ekonomi akibat jerebu
Kerugian kepada ekonomi akibat jerebu boleh dinilai secara langsung dan tak langsung. Kesan secara langsung menilai impak jerebu ke atas kesihatan pekerja dan prestasi sektor-sektor ekonomi.

Gaji median tidak stagnan malah meningkat pada 2015 - Richard Riot
Menurut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, gaji median dan upah bulanan pekerja meningkat 6.5 peratus kepada RM1,600 pada 2015 berbanding tahun sebelumnya iaitu RM1,500.