KUALA LUMPUR: Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, berkata sepanjang tempoh tersebut sebanyak 85,062 Sijil Asal (CO) telah dikeluarkan.
"CO yang dikeluarkan pada suku pertama lebih tinggi daripada CO yang dikeluarkan dalam tempoh yang sama tahun lepas, yang mana FOB yang dijana tahun lepas berjumlah RM64.38 bilion dan CO sebanyak 82,997," katanya pada sidang media bagi mengumumkan Kad Laporan suku pertama MITI di sini, pada Rabu.
CO membolehkan pengeksport menikmati layanan keutamaan melalui duti import yang lebih rendah atau sifar.
Tengku Zafrul berkata tiga FTA utama yang memberi banyak manfaat kepada pengeksport Malaysia ialah Perjanjian Perdagangan Barangan ASEAN, Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-China dan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN-Korea.
Mengulas lanjut mengenai inisiatif MITI untuk meningkatkan perdagangan pada suku pertama 2024, beliau berkata agensi MITI, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) telah meneraju misi ke pameran Arab Health 2024 dan Gulf Food 2024.
Manakala bahagian perdagangan MITI, meneruskan usaha menyambung semula Perjanjian Perdagangan bebas Malaysia-Korea (ROK) yang memberi manfaat kepada pengeksport Malaysia.
"Semasa pameran perdagangan penjagaan kesihatan Arab Health 2024 selama empat hari, kita melihat potensi eksport berjumlah RM291 juta, termasuk 14 syarikat dan 1,077 pertanyaan perniagaan. Kita juga menyertai pameran Gulf Food 2024, yang mempunyai potensi eksport sebanyak RM1.49 bilion.
"Terdapat sembilan memorandum persefahaman yang ditandatangani antara syarikat Malaysia dan syarikat global.
"Penyambungan semula FTA Malaysia-Korea berpotensi meningkatkan perdagangan dan pelaburan kedua-dua negara dalam sektor baharu termasuk rantaian bekalan, ekonomi digital, bioekonomi dan hidrogen hijau," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 24 2024

Tengku Zafrul berkata, sepanjang tempoh tersebut sebanyak 85,062 CO telah dikeluarkan. - Foto fail/Astro AWANI
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.
Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johar
Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Pemilihan CEC DAP: Chow Kon Yeow umum bertanding
Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow mengesahkan akan bertanding pada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP bulan depan.

Paus Francis stabil selepas alami masalah pernafasan - Holy See
Paus Francis yang sedang menerima rawatan akibat radang paru-paru telah melalui malam yang tenang selepas mengalami serangan asma.

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

KWSP perjelas pendapatan pelaburan dan agihan dividen 2023
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menegaskan bahawa angka bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2023 adalah tepat dan mematuhi sepenuhnya piawaian pelaporan kewangan yang ketat.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Malaysia sasar sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030 - MITI
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menyasar untuk mewujudkan sekurang-kurangnya 3,000 kilang pintar menjelang 2030.

Beberapa kerjasama baharu Malaysia-Bahrain dijangka dimeterai sebelum Mei - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa kerjasama yang dibincangkan dalam lawatan rasmi pertamanya ke Bahrain termasuk berkaitan teknologi kewangan dijangka dimeterai sebelum Mei ini.

Bursa Malaysia ditutup rendah ketika sentimen serantau berhati-hati
Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Khamis, dipengaruhi oleh penyusutan beberapa saham wajaran tinggi.

Malaysia di trajektori tepat jadi pusat teknologi serantau - MCCA
Sektor teknologi digital menerima pelaburan RM163.6 bilion, mengatasi nilai pelaburan digital diluluskan pada 2023 sebanyak 250 peratus.

Apa peluang dagangan baharu untuk Thailand dan Malaysia?
Malaysia dan Thailand memiliki kelebihan tersendiri dalam sektor tertentu yang boleh saling melengkapi.

ASEAN perlu utama kepentingan serantau di sebalik perubahan geopolitik global - Tengku Zafrul
ASEAN perlu mengutamakan kepentingan kolektif blok itu berbanding hubungan mana-mana anggotanya dengan kuasa besar atau kumpulan alternatif lain.