Malaysia memantau rapat perkembangan dalam perang perdagangan atau 'trade war' antara Amerika Syarikat (AS) dan China agar kesan buruk yang timbul dapat dikawal.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Chua Tee Yong berkata ia membimbangkan kerana impaknya bukan sahaja kepada Malaysia, tetapi juga negara-negara lain yang terlibat dalam aktiviti import dan eksport dengan kedua-dua negara itu.
"Dari segi Malaysia, kita mengetahui bahawa kedua-dua negara ini merupakan pasaran yang penting buat kita.
"Oleh itu, pihak kami sedang bekerjasama dengan rangkaian pejabat yang kita ada di kedua-dua negara untuk memantau perkara ini dan cuba mencari jalan penyelesaian," katanya.
Ini penting supaya Malaysia tidak menerima kesan buruk daripada perang perdagangan ini, tambahnya.
Chua berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Bebas-Bandar Tun Razak) di Dewan Rakyat hari ini.
Abdul Khalid bertanya mengenai tindakan yang diambil Malaysia susulan berita tentang 'perang perdagangan' antara AS dan China.
Sebelum ini, China dilaporkan memberi amaran kepada AS bahawa negara itu ‘tidak gentar menghadapi perang perdagangan’ ketika mengancam mengenakan tarif bernilai AS$3 bilion (RM11.7 bilion) ke atas produk AS.
Ia sebagai tindak balas terhadap tarif yang dikenakan Presiden Donald Trump ke atas import keluli dan aluminium dari beberapa negara termasuk China.
Hafiz Marzukhi
Wed Apr 04 2018
CHUA: Pihak kami sedang bekerjasama dengan rangkaian pejabat yang kita ada di kedua-dua negara untuk memantau perkara ini dan cuba mencari jalan penyelesaian. - Gambar fail
Pahang dan UAE ganding bahu lindungi spesies harimau Malaya
Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat bercemar duli menyaksikan majlis tandatangan kerjasama strategik antara Pahang dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) untuk melindungi harimau Malaya yang semakin kritikal populasinya.
Projek bernilai RM99.8 juta yang dibiayai oleh Tabung Pemuliharaan Spesies Mohamed bin Zayed itu memberi tumpuan kepada pemuliharaan spesies harimau, pemulihan habitat semula jadi serta pembangunan komuniti setempat.
Projek bernilai RM99.8 juta yang dibiayai oleh Tabung Pemuliharaan Spesies Mohamed bin Zayed itu memberi tumpuan kepada pemuliharaan spesies harimau, pemulihan habitat semula jadi serta pembangunan komuniti setempat.
Fasa tiga e-invois terima lebih 4,900 penyertaan secara sukarela - LHDN
Fasa tiga e-invois menerima lebih 4,900 penyertaan awal secara sukarela daripada pembayar cukai, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Bekalan ikan mencukupi menjelang Tahun Baharu Cina - LKIM
Bekalan ikan menjelang musim perayaan Tahun Baharu Cina adalah mencukupi bagi menampung keperluan pengguna di negara ini.
AWANI Borneo [18/1/2025] – Ribuan terjejas| Suara rakyat| Sukan SEA 2027
AWANI Borneo 18 Januari 2025 bersama Assim Hassan
1. Pitas dan Beluran dilanda banjir.
2. Puluhan tahun tunggu bekalan elektrik.
3. Majlis perasmian Sukan SEA 2027 di Stadium Sarawak.
1. Pitas dan Beluran dilanda banjir.
2. Puluhan tahun tunggu bekalan elektrik.
3. Majlis perasmian Sukan SEA 2027 di Stadium Sarawak.
JKOM akan lebih tegas dan proaktif tangani lambakan berita palsu
Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan bersikap lebih tegas dan proaktif dalam menangani lambakan berita palsu yang boleh merosakkan imej Kerajaan MADANI.
Jambatan Marudi bantu jana sosioekonomi penduduk Marudi
Jambatan Marudi yang siap September 2024 jamin konektiviti dan dapat tingkat taraf hidup penduduk selain jana ekonomi.
Pembinaan jambatan konkrit jadi "game changer" kepada Marudi
Timbalan Premier yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Pelabuhan Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Jambatan Marudi akan mempermudahkan segala urusan, termasuk dari sudut ekonomi dan pembangunan.
'Buat kacau, conteng baju habis SPM'
Gara-gara mengganggu ketenteraman awam dengan membuat bising di jalanan, sekumpulan pelajar lepasan Sijil Pelajaran (SPM)ditahan polis.
Majlis perasmian diadakan di Stadium Sarawak
Majlis Perasmian Sukan SEA 2027 akan diadakan di Stadium Sarawak di Kuching.
Polis Marin rampas mercun bernilai RM21 juta
Pasukan Polis Marin Wilayah 5 (PPMW5) Limbang merampas pelbagai jenama mercun dianggarkan bernilai RM21 juta dalam serbuan ke atas sebuah kapal kargo di Dermaga Lawas.
Di UK, PM Anwar ulangi Malaysia amal pendekatan terbuka dengan AS, China
Malaysia akan terus mengamalkan pendekatan terbuka dan pragmatik dalam menjalin hubungan dengan Amerika Syarikat (AS) dan China, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Israel tangguh kelulusan gencatan senjata, AS kata perjanjian di landasan betul
Mesyuarat Kabinet Israel pada Khamis mengundi perjanjian tersebut ditangguhkan, dengan Israel menyalahkan Hamas atas kelewatan itu.
AS yakin gencatan senjata di Gaza akan bermula Ahad ini - John Kirby
Amerika juga sedang berusaha menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Amerika mahu haramkan jualan kereta keluaran China, Rusia
JOE Biden menghabiskan hari-hari terakhir beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat dengan meluluskan beberapa lagi arahan pengharaman teknologi ke atas China dan Rusia.
Donald Trump pertimbang tangguh pengharaman TikTok hingga 90 hari
Menurut laporan Washington Post, Trump sedang mempertimbangkan untuk memanjangkan tempoh jualan TikTok yang dikeluarkan oleh pentadbiran Biden pada Mac tahun lalu.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Ringgit stabil pada paras 4.50 berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok sedikit kepada 4.5035/5100 berbanding dolar AS daripada 4.5080/5120 pada penutup Isnin.
Sekatan eksport cip AI oleh AS: Ini fakta anda perlu tahu
Peraturan ini mengawal aliran cip AI dan teknologi AS yang diperlukan untuk aplikasi AI yang paling canggih.
Biden anugerahkan pingat kebebasan berprestij kepada Paus Francis
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Sabtu menganugerahkan Pingat Kebebasan Presiden dengan penghormatan khas kepada Paus Francis.
Menteri Luar Jepun wakili Tokyo ke upacara angkat sumpah Presiden AS
Lawatan itu menekankan usaha Jepun untuk mengukuhkan hubungan dengan sekutu utamanya di bawah pentadbiran baharu.